Melampau: Akaun fb Tian Siang Ong Menghina Allah! Tindakan Tegas Perlu Diambil!
Satu posting yang menghina Allah telah dibuat oleh pemilik akaun facebook bernama Tiang Siang Ong. Posting biadab itu dibuat pada 29 Mac lalu di laman facebook Hizbut Tahrir Malaysia di bawah posting bertajuk “Hukum Melarang Solat Jumaat dan Solat Berjemaah di Masjid ketika Wabak”.
Posting berkenaan berbunyi, “haha kafir. Puiii. U punya tuhan ada hebat Takan (takkan) bezakan manusia tuhan dgn kafir atau tidak kafir. U punya tuhan bodoh ke? Cipta manusia macam I kafir utk pertikaikan dia? Puiii. Heyyy puak sesat simpanla” dan ia turut disusuli dengan kata-kata kesat yang lain.
Nampaknya si pemilik akaun tersebut sengaja melakukan penghinaan dan provokasi sedangkan dia tahu tindakannya bukan sahaja akan mengundang kemarahan umat Islam, malah boleh dihukum di sisi undang-undang. Dia juga seolah-olah sengaja tidak mahu mengambil pengajaran daripada kes-kes penghinaan sebelum ini, yang telah mengheret pelakunya ke mahkamah. Tindakan biadab pemilik akaun ini mesti diambil tindakan tegas oleh pihak berwajib.
Satu laporan polis telah pun dibuat oleh pengguna facebook yang lain terhadap penghinaan yang dilakukan oleh pemilik akaun fb Tian Siang Ong tersebut.
Kebiadaban sebegini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja oleh pihak polis, kerana telah berlaku banyak penghinaan seumpama ini, tetapi tidak menyebabkan si penghina ini mengambil iktibar. Nampaknya hukuman yang dikenakan oleh mahkamah sebelum ini tidak menakutkan orang lain untuk terus melakukan penghinaan yang serupa. Sekiranya hukuman berat yang sewajarnya diambil, sudah pasti ia akan menghantar satu mesej yang tegas kepada mana-mana pihak yang membenci Islam agar perkara yang sama tidak berulang.
Walaupun di saat negara sedang menjalani perintah kawalan pergerakan susulan penularan Covid-19, dengan adanya laporan polis yang telah dibuat, diharap pihak polis akan mengambil tindakan segera dan tegas ke atas pemilik akaun yang berkenaan.