Amerika dan Khilafah (Bahagian 1)

Dalam percaturan politik internasional saat ini, Amerika terus menonjolkan dirinya sebagai kekuatan global tunggal yang tak tertanding. Dalam beberapa tahun terakhir, Amerika telah membuka sektor perang baru: meningkatkan pertempuran di Somalia; serangan dengan pesawat tanpa awak (drone) di Yaman dan Pakistan; serangan terhadap Libya. Amerika bertindak sama ada bersendirian, mahupun dengan para sekutu NATO-nya.

Islam pernah menjadi kekuatan utama dunia selama berabad-abad di bawah naungan Khilafah. Pusat-pusat pembelajaran yang didirikan di Baghdad, Kaherah, Maghribi dan negara-negara lain sudah terkenal dalam sejarah. Perkembangan ilmiah yang luar biasa telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangannya dalam masa yang cukup panjang. Semua itu terjadi pada masa Kekhilafahan Islam. Khilafah Islam adalah negara super power (kuasa utama) pada masa itu, sebagaimana Amerika Syarikat pada masa kini yang merupakan super power.

Akar sejarah Amerika dan hubungannya dengan dunia luar selalunya mengarahkan ke zaman Christopher Columbus, yang dianggap berjasa dalam memimpin penemuan benua Amerika. Namun, pelbagai penelitian telah menunjukkan bahawa sekitar tujuh abad sebelum kunjungan Columbus, para penjelajah Muslim dari negara Khilafah telah mendarat di Amerika, dan mulai memiliki keturunannya di negara itu.

Pelbagai penggalian arkeologi, termasuk penemuan pelbagai mata wang, peralatan dan perkakas telah menunjukkan kewujudan kaum Muslimin di Amerika. Analisis linguistik dan filologis bahasa dan penggunaan nama-nama permukiman di Amerika juga menunjukkan kemiripan dengan yang digunakan oleh umat Islam pada zaman Kekhalifahan Abbasiyah.

Penemuan-penemuan daripada Profesor Barry Fell (anggota Society of Scientific & Archeological Discoveries, Harvard University) telah mengamati kenyataan bahawa umat Islam tiba di benua itu pada zaman Uthman al-Affan, Khalifah ketiga kaum Muslimin. Profesor Fells menyajikan sejumlah fakta untuk mendukung jejak sejarah ini. Penemuan-penemuan itu termasuk penggalian arkeologi di Colorado, New Mexico dan Indian bersama dengan tulisan-tulisan, gambar-gambar pada batu-batu dalam kaligrafi Kufic (dari Afrika Utara yang berbahasa Arab), yang menunjukkan bahawa umat Islam bukan hanya datang dari negara Khilafah dan menetap di wilayah tersebut, tetapi mereka juga mendirikan institusi-institusi pembelajaran yang memberi pelajaran dalam subjek seperti matematik, geografi, navigasi, sejarah dan lain-lain. Khilafah telah mendorong penubuhan pusat-pusat pembelajaran di seluruh wilayah negara itu.

Peta Piri Reis yang terkenal juga diambil sebagai bukti kehadiran kaum Muslimin di Amerika, kerana ia merupakan peta kecil Amerika, yang memuat pengukuran sangat tepat (accurate) berhubung jarak antara Afrika dan Amerika. Menurut Salvatore Michael Trento (bekas pengarah Pusat Penelitian arkeologi di Middletown, New York), sebelum melakukan pelayaran pertamanya ke Amerika, Columbus telah membaca buku Roger Bacon dari Universiti Oxford, yang memuat kompilasi dari berbagai-bagai sumber berbahasa Arab, tentang wilayah geografi di seberang Lautan Atlantik itu.

Penelitian arkeologi yang dilakukan oleh Profesor Heizer dan Baumhoff California University pada penggalian di Nevada, ditemukan tulisan-tulisan dalam bahasa Arab dan tulisan bergaya naskhi cufic (naskh kufi). Terdapat kesamaan kaligrafi antara berbagai gaya penulisan nama Nabi (Muhammad) yang ditemukan selama tempoh yang beragam, khususnya yang berkaitan dengan Afrika dan Amerika. (Misalnya Gambar A ditemukan di al-Ain Lahag, Maghribi dan Gambar B ditemukan di Timor Sungai Walker; keduanya pada waktu ini berada di University of California; Gambar C ditemukan di Nevada dan Gambar C dan D ditemukan di Churchill County yang juga saat ini ‘diawetkan’ di University of California). Semua prasasti itu merujuk pada abad kelapan dan kesembilan. Semuanya menggambarkan kemiripan dalam bentuk masing-masing antara Afrika Utara dan Amerika Utara. Oleh yang demikian, ia menunjukkan bahawa adanya umat Islam yang telah melakukan perjalanan dari Afrika ke Amerika.

Walaupun daripada sumber-sumber Islam, perincian-perincian seperti itu jarang ditemui, namun bukti-bukti arkeologi yang ada cukup banyak untuk dibuat kesimpulan. Beberapa peneliti berpendapat, bahawa pada abad ke-12, suku Athapcan, yang terdiri daripada penduduk asli Navajo dan Apache, telah menyerbu wilayah yang didiami oleh orang-orang Arab. Kemudian, para penduduk Muslim itu terpaksa melarikan diri, atau diasingkan ke arah selatan.

Penemuan lain yang mengejutkan mengenai kehadiran Muslim di Amerika adalah pada tahun 1787, ketika Reverend Thaddeus Mason Harris memperoleh beberapa duit syiling yang ditemui oleh para pekerja ketika pembinaan jalan di Massachusetts. Duit-duit syiling itu dikirim ke perpustakaan Harvard College. Setelah dilakukan pemeriksaan, diketahui bahawa duit-duit syiling itu sebenarnya adalah dirham Samarqand dari abad kelapan dan kesembilan dan inskripsi pada duit-duit itu menyatakan “La ilaha illaLlah Muhammad RasululLah” dan “Bismillah”. Hal ini menunjukkan bahawa Khilafah memiliki sistem matawang yang digunakan sehingga ke wilayah-wilayah paling jauh di mana kaum Muslimin berpergian.

Columbus dan para penjelajah Sepanyol dan Portugis yang lain telah mendapat faedah oleh pengetahuan geografi dan navigasi berdasarkan yang disediakan oleh kaum Muslimin. Misalnya, karya Al-Masudi (871-957 CE) Muruj’uz-Zahab, yang berdasarkan kompilasi daripada para pedagang Muslim dari seluruh Asia dan Afrika.

Tambahan lagi, dua kapten kapal Columbus pada pelayaran pertamanya, pada faktanya adalah dua orang Muslim:

(1) Martin Alonso Pinzon yang bertanggung jawab atas kapal Pinta; dan

(2) Saudaranya, Vicente Yanez Pinzon, kapten yang dilantik untuk kapal Nina.

Keduanya berasal dari Dinasti Morocco Marinid, yang merupakan keturunan daripada Sultan Abu Zayan Muhammad III (1362-1366). Terdapat juga catatan daripada para misionaris abad ke-16 di Amerika yang mengungkapkan bahawa lombong-lombong tembaga tempatan di Virginia, Tennessee dan Wisconsin dikendalikan oleh orang-orang dari Timur Tengah, yang dihormati oleh penduduk asli.

[Bersambung] [Sharique Naeem]

Sharique Naeem adalah seorang jurutera, komentator politik  dan penulis. Tulisan-tulisannya diterbitkan di surat-surat khabar nasional Pakistan, Bangladesh, India, Yaman dan Iran.

[sumber: https://hizbindonesia.best/2014/03/04/amerika-dan-khilafah-bagian-1/]

http://www.newcivilisation.com/home/islamic-civilisation/america-and-the-caliphate-past-and-present/