Pandangan Para Ulama Sunni Tentang Wajibnya Melantik Seorang Imam / Khalifah (Siri 1)
1. Hukum melantik seorang Khalifah adalah fardhu kifayah
Pada poin pertama ini kami kumpulkan sebahagian pendapat para ulama’ mu’tabar daripada pelbagai mazhab, terutama mazhab Syafie yang merupakan mazhab kebanyakan kaum Muslimin di Nusantara (termasuk Malaysia), tentang wajibnya mengangkat seorang Khalifah (Imamah) untuk seluruh kaum Muslimin. Apa yang pasti, pendapat mereka tersebut merupakan hasil istinbat (penggalian) dalil-dalil syarak, tidak kira samada mereka menjelaskan hal tersebut mahupun tidak.
Syeikh al-Islam al-Imam al-Hafidz Abu Zakaria an-Nawawi berkata:
الفصل الثاني في وجوب الإمامة وبيان طرقها لا بد للأمة من إمام يقيم الدين وينصر السنة وينتصف للمظلومين ويستوفي الحقوق ويضعها مواضعها. قلت تولي الإمامة فرض كفاية
Fasal kedua tentang wajibnya Imamah serta penjelasan metode untuk mewujudkannya. Hendaklah ada bagi umat seorang Imam (Khalifah) yang menegakkan agama dan yang membantu (menegakkan) Sunnah serta yang memberikan hak kepada orang yang dizalimi dan menunaikan hak serta menempatkan hal tersebut pada tempatnya. Aku katakan bahawa mengurus (untuk mewujudkan) Imamah itu adalah fardhu kifayah [Imam al-Hafidz Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Marwa an-Nawawi, Raudhah ath-Thalibin wa Umdah al-Muftin, Juz III hal 433].
Al-Allamah asy-Syeikh Muhammad asy-Syarbini al-Khatib menjelaskan:
فَقَالَ [ فَصْلٌ ] فِي شُرُوطِ الْإِمَامِ الْأَعْظَمِ وَبَيَانِ انْعِقَادِ طُرُقِ الْإِمَامَةِ .وَهِيَ فَرْضُ كِفَايَةٍ كَالْقَضَاءِ
Maka (pengarang) berkata (fasal) tentang syarat-syarat Imam yang agung (Khalifah) serta penjelasan metode-metode pelantikannya. Mewujudkan Imamah yang agung itu adalah fardhu kifayah sebagaimana peradilan [Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifati al-Fadzil Minhaj, Juz 16 hal 287].
Syeikh al-Islam Imam al-Hafidz Abu Yahya Zakaria al-Anshari dalam kitab Fathul Wahab bi Syarhi Minhaj ath-Thullab (Jilid 2 hal 268) berkata:
فصل في شروط الامام الاعظم، وفي بيان طرق انعقاد الامامة، وهي فرض كفاية كالقضاء (شرط الامام كونه أهلا للقضاء) بأن يكون مسلما حرا مكلفا عدلا ذكرا مجتهدا ذا رآى وسمع وبصر ونطق لما يأتي في باب القضاء وفي عبارتي زيادة العدل (قرشيا) لخبر النسائي الائمة من قريش فإن فقد فكناني، ثم رجل من بني إسماعيل ثم عجمي على ما في التهذيب أو جر همي على ما في التتمة، ثم رجل من بني إسحاق (شجاعا) ليغزو بنفسه، ويعالج الجيوش ويقوي على فتح البلاد ويحمي البيضة، وتعتبر سلامته من نقص يمنع استيفاء الحركة وسرعة النهوض، كما دخل في الشجاعة …
Fasal tentang syarat-syarat Imam yang agung (Khalifah) serta penjelasan metode pelantikan Imamah, ia merupakan fardhu kifayah sebagaimana peradilan (salah satu syarat menjadi Imam / Khalifah adalah ia merupakan seorang yang ahli dalam peradilan). Maka hendaknya Imam yang agung tersebut seorang Muslim, merdeka, mukallaf, adil, lelaki, mujtahid, memiliki visi, mendengar, melihat dan seorang yang bijak berbicara dalam peradilan dan dalam ungkapan saya, tambahan dalam keadilan (dari kabilah Quraisy) berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i: “…bahawa para Imam itu dari golongan Quraisy”. Apabila tidak ada golongan Quraisy maka dari Kinanah, kemudian dari lelaki keturunan Ismail dan seterusnya orang asing (selain orang Arab) berdasarkan apa yang ada pada (kitab) at-Tahdzib atau Jurhumi berdasarkan apa yang terdapat dalam (kitab) at-Tatimmah. Setelah itu, lelaki dari keturunan Ishaq (pemberani) yang berani berperang sendiri, mengatur pasukan serta memperkuat (pasukan) untuk menaklukkan negeri lain serta melindungi kemurnian (Islam). Dan dia harus bebas daripada kekurangan yang akan menghalangnya daripada mencapai kesempurnaan dalam pergerakan dan kesegeraan untuk mencapai kemajuan yang merupakan sebahagian daripada keberanian…
Ketika Imam Fakhruddin ar-Razi, penulis kitab Manaqib asy-Syafie, menjelaskan firman Allah (swt) dalam Surah al-Maidah ayat 38, beliau menegaskan:
…احتج المتكلمون بهذه الآية في أنه يجب على الأمة أن ينصبوا لأنفسهم إماماً معيناً والدليل عليه أنه تعالى أوجب بهذه الآية إقامة الحد على السراق والزناة ، فلا بدّ من شخص يكون مخاطباً بهذا الخطاب ، وأجمعت الأمة على أنه ليس لآحاد الرعية إقامة الحدود على الجناة ، بل أجمعوا على أنه لا يجوز إقامة الحدود على الأحرار الجناة إلا للإمام ، فلما كان هذا التكليف تكليفاً جازماً ولا يمكن الخروج عن عهدة هذا التكليف إلا عند وجود الإمام ، وما لا يتأتى الواجب إلا به ، وكان مقدوراً للمكلف ، فهو واجب ، فلزم القطع بوجوب نصب الإمام حينئذٍ
… para Mutakallimin berhujah dengan ayat ini bahawa wajib atas umat untuk melantik seorang Imam (Khalifah) untuk mereka. Dalilnya adalah bahawa Allah (swt) mewajibkannya di dalam ayat ini untuk menegakkan hudud ke atas pencuri dan pelaku zina. Maka merupakan satu kewajipan adanya seseorang yang akan melaksanakan perintah tersebut. Umat telah sepakat bahawa tidak seorang pun dari rakyat yang boleh menegakkan hudud ke atas penjenayah tersebut. Bahkan mereka telah sepakat bahawa tidak boleh (haram) menegakkan hudud ke atas penjenayah yang merdeka kecuali oleh Imam. Oleh itu, ketika taklif tersebut sifatnya jazim (pasti) dan tidak mungkin keluar dari ikatan taklif ini kecuali dengan adanya Imam, dan ketika kewajipan itu tidak dapat ditunaikan kecuali dengan adanya suatu yang dapat menunaikan kewajipan tersebut (Imam), dan itu masih dalam batas kemampuan mukallaf, maka adanya Imam adalah wajib. Oleh itu merupakan suatu kewajipan yang pasti untuk melantik seorang Imam ketika itu. [Imam Fakhruddin ar-Razi, Mafatih al-Ghaib fi at-Tafsir, Juz 6 hal 57 dan 233].
Imam Abu al-Qasim an-Naisaburi asy-Syafie berkata:
… أجمعت الأمة على أن المخاطب بقوله { فاجلدوا } هو الإمام حتى احتجوا به على وجوب نصب الإمام فإن ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب.
…umat telah sepakat bahawa yang menjadi objek seruan (“maka sebatlah”) adalah Imam (Khalifah). Dengan demikian, mereka berhujah atas wajibnya melantik Imam. Ini kerana, apabila suatu kewajipan itu tidak sempurna tanpa adanya sesuatu yang menunaikan kewajipan tersebut, maka sesuatu itu menjadi wajib. [Imam Abu al-Qasim al-Hasan bin Muhammad bin Habib bin Ayyub asy-Syafie an-Naisaburi, Tafsir an-Naisaburi, Juz 5 hal 465].
Al-Allamah asy-Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani menyatakan:
قوله: (هي فرض كفاية) إذ لا بد للامة من إمام يقيم الدين وينصر السنة وينصف المظلوم من الظالم ويستوفي الحقوق ويضعها موضعها
Dia mengatakan: (mewujudkan Imamah itu adalah fardhu kifayah) kerana umat tidak boleh tidak, mesti mempunyai seorang Imam (Khalifah) untuk menegakkan agama dan menolong (menegakkan) Sunnah serta memberikan hak orang yang dizalimi dari orang yang zalim serta menunaikan hak-hak dan menempatkan hak-hak tersebut pada tempatnya. [Asy-Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani, Hawasyi asy-Syarwani, Juz 9 hal 74].
Dalam kitab Hasyiyata Qalyubi wa Umairah dinyatakan:
فَصْلٌ فِي شُرُوطِ الْإِمَامِ الْأَعْظَمِ وَمَا مَعَهُ وَالْإِمَامَةُ فَرْضُ كِفَايَةٍ كَالْقَضَاءِ فَيَجْرِي فِيهَا مَا فِيهِ مِنْ جَوَازِ الْقَبُولِ وَعَدَمِهِ .
Fasal mengenai syarat-syarat Imam yang agung (Khalifah) dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Imamah itu adalah fardhu kifayah sebagaimana peradilan. Maka berlaku pada Imamah apa yang berlaku pada peradilan tidak kira dalam perkara yang diperbolehkan menerimanya atau tidak. [Hasyiyata Qalyubi wa Umairah, Juz 15 hal 102].
Al-Allamah asy-Syeikh Sulaiman bin Umar bin Muhammad al-Bajairimi berkata:
…فِي شُرُوطِ الْإِمَامِ الْأَعْظَمِ وَفِي بَيَانِ طُرُقِ انْعِقَادِ الْإِمَامَةِ وَهِيَ فَرْضُ كِفَايَةٍ . كَالْقَضَاءِ فَشُرِطَ لِإِمَامٍ كَوْنُهُ أَهْلًا لِلْقَضَاءِ قُرَشِيًّا لِخَبَرِ : { الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ } شُجَاعًا لِيَغْزُوَ بِنَفْسِهِ وَتُعْتَبَرُ سَلَامَتُهُ مِنْ نَقْصٍ يَمْنَعُ اسْتِيفَاءَ الْحَرَكَةِ وَسُرْعَةَ النُّهُوضِ كَمَا دَخَلَ فِي الشَّجَاعَة…
…tentang syarat-syarat Imam yang agung (Khalifah) serta penjelasan metode sahnya pelantikan Imamah – mewujudkan Imamah tersebut adalah fardhu kifayah sebagaimana peradilan. Maka disyaratkan untuk Imam itu hendaknya layak untuk peradilan (menjadi hakim), seorang Quraisy (berdasarkan) dalam perkhabaran hadis: “bahawa para Imam itu adalah dari Quraisy”, pemberani, agar berani berperang sendirian dan bebas dari kekurangan yang menghalangi kesempurnaan pergerakan dan kesegeraan dalam mencapai kemajuan, sebagaimana semua ini termasuk dalam bentuk keberanian…[Syeikh Sulaiman bin Umar bin Muhammad al-Bajairimi, Hasyiyah al-Bajairimi ala al-Khatib, Juz 12 hal 393].
…bersambung