Di sebalik kemenangan Khabib dan kerinduan umat Islam kepada seorang hero
Khabib Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi baru-baru ini. Ini merupakan kejuaraan ke-13 dengan rekod tanpa kalah 13-0 (di UFC), dan 29-0 dalam keseluruhan karier pro MMA. Rata-rata umat Islam meraikan kemenangannya sebagai hero umat Islam. Tidak kurang juga ada yang menganggap bahawa Khabib telah memartabatkan Islam di persada dunia.
Apa yang dapat kita perhatikan, umat Islam hari ini sebenarnya mendambakan dan merindui seseorang untuk diangkat sebagai hero yang mampu untuk membela dan melindungi Islam. Sebagai contoh, pada permulaan karier Khabib, beliau telah dihina oleh Connor McGregor yang merupakan seteru tradisinya. McGregor telah menghina keluarga Khabib dan agama Khabib iaitu Islam. Khabib kemudian dijulang menjadi hero yang membela Islam apabila berjaya menumpaskan McGregor.
Hakikatnya, umat Islam hari ini telah kehilangan hero mereka. Seorang hero yang melindungi umat Islam yang mana orang-orang akan berperang dan berlindung di belakangnya. Apabila hero ini telah hilang, maka kehormatan, harta, darah dan nyawa umat Islam sentiasa berada dalam keadaan terancam. Inilah realiti yang sedang kita saksikan pada hari ini.
Di sebalik kemenangan Khabib, puluhan ribu umat Islam masih terus diperangi oleh puak kuffar, dan ini belum masuk lagi jutaan yang hidup dalam penderitaan akibat pemimpin yang zalim yang memimpin mereka. Di sebalik kemenangan Khabib, tanah suci Palestin masih terus terjajah di tangan Yahudi laknatullah, umat Islam di Syria, Yemen dan lain-lain masih terus diperangi, umat Islam di Turkestan Timur masih terus terkurung dan terhukum akibat kezaliman pemerintah China. Di sebalik kemenangan Khabib, Islam terus diperlecehkan dan dihina, termasuk Rasulullah (saw) yang terus dihina oleh puak kuffar tanpa ada apa-apa pembelaan daripada pemimpin umat Islam.
Inilah hakikatnya. Ketika Nabi (saw) dihina di Perancis, tidak ada seorang pemimpin yang bertindak tegas bagi membela dan melindungi kehormatan baginda (saw), melainkan hanya menyuarakannya dengan sekeping surat bantahan yang tidak mengandungi apa-apa erti. Ketika ribuan nyawa umat Islam melayang di seluruh dunia, tidak ada seorang pemimpin pun yang melindungi darah dan nyawa umat Islam yang terancam.
Sudah tiba saatnya umat Islam hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) yang merupakan hero sebenar mereka, seperti Khalifah Sultan Abdul Hamid II yang mengancam British dan Perancis dengan jihad fi sabillillah apabila negara kuffar itu ingin menganjurkan teater yang menghina Rasulullah (saw); seperti Salahuddin al-Ayyubi yang melancarkan jihad bagi menamatkan kekejaman Kristian yang menjarah tanah suci Palestin; seperti Khalifah al-Mu’tasim Billah yang mengisytiharkan jihad ke Amuriyah, Rom bagi menyahut jeritan seorang Muslimah yang telah dijatuhkan maruahnya, ditangkap dan dipenjarakan oleh orang Rom. Bahkan yang lebih utama dan wajib diteladani, junjungan kita Rasulullah (saw) yang telah menghantar tentera dan mengalahkan Bani Qainuqa’ setelah seorang Yahudi mempermainkan maruah seorang Muslimah.
Hero yang sebenar ini tidak lagi wujud pada hari ini. Kerana itulah umat Islam tercari-cari dan menganggap siapa sahaja yang kelihatan membela Islam, sebagai hero. Namun insya Allah dengan usaha berterusan oleh Hizbut Tahrir dan umat Islam yang merindukan hero yang sebenar ini, ia akan muncul sedikit masa lagi dengan izin Allah (swt).
Wallahu a’lam