Pencegahan Penyakit di Masa Khilafah

Pencegahan Penyakit di Masa Khilafah

Siapa pun mengetahui bahawa pada hari ini bahawa pembiayaan kesihatan sangat mahal harganya.  Apabila seseorang jatuh sakit, untuk dia kembali sihat, apatah lagi apabila memerlukan rawatan kesihatan seperti pembedahan atau setidaknya jika perlu dimasukkan ke hospital, semua ini boleh melenyapkan wang yang telah ditabung selama bertahun-tahun. Akibatnya lebih ramai orang miskin “dilarang” jatuh sakit. Menurut seorang pakar instrumentasi kesihatan, daripada biaya perubatan yang tinggi itu, untuk mengetahui apakah penyakitnya, 60% kos adalah berupa peralatan yang canggih seperti sinar roentgen, CT-scan dan lain-lain peralatan makmal untuk ujian darah, manakala bakinya  40 peratus barulah untuk rawatan itu sendiri.

Oleh kerana itu, sangatlah wajar apabila orang ramai pergi ke arah pencegahan (berbanding mengubati), kerana biayanya yang jauh lebih murah.  Gerakan “hidup sihat ala Nabi” menjadi trend semasa. Rasulullah (saw) memang banyak memberi contoh kebiasaan sehari-hari untuk mencegah penyakit.  Misalnya menjaga kebersihan; makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang; lebih banyak makan buah (saat itu buah paling tersedia di Madinah adalah rutab atau kurma segar); mengisi perut dengan sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga udara; kebiasaan puasa Isnin dan Khamis; memakan madu, susu kambing atau habatus saudah, dan sebagainya.

Bagi yang terlanjur sakit dan mencari pengubatan yang lebih murah, juga tersedia kaedah “berubat cara Nabi” atau Thibbun Nabawi, yang ubatnya didominasi dengan madu, habatus saudah dan beberapa jenis herba.  Kadang-kadang ditambah bekam dan ruqyah.  Pengubatan jenis ini jauh lebih murah kerana untuk mengamalkannya, cukup dengan hanya mengikuti kursus singkat, tanpa perlu mengikuti kuliah di fakulti  perubatan selama bertahun-tahun.

Namun sebahagian aktivis gerakan ini dalam perjalanannya terlalu bersemangat, sehingga cenderung menolak ilmu perubatan moden, seakan perubatan moden ini “bukan cara Nabi”.  Realiti perkhidmatan kesihatan moden yang saat ini sangat kapitalistik menjadi alasan untuk menuduh seluruh ilmu perubatan moden ini sudah tercemar oleh pandangan hidup Barat, sehingga mesti ditolak.

Salah satu contoh adalah gerakan menolak vaksinasi.  Sambil mereka mengutip data dampak negatif vaksinasi dari media popular Barat (yang sebenarnya kontroversi), dengan penuh semangat, gerakan ini menyatakan bahawa “di masa Khilafah tanpa vaksinasi juga manusia tetap sihat” atau “sebelum ada vaksinasi, tidak ada penyakit-penyakit ganas seperti kanser”.

Oleh itu, sudah tentu agak menarik untuk melihat bagaimanakah pencegahan penyakit di masa Khilafah.

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa vaksinasi memang sebuah teknologi dalam ilmu perubatan yang baru ditemui oleh Edward Jenner pada akhir abad ke-18 dan dipopularkan awal abad ke-19.  Vaksin penemuan Jenner ini berhasil melenyapkan penyakit small pox (cacar) – bukan chicken pox (cacar air).  Pada abad ke-19, penyakit cacar ini membunuh jutaan manusia setiap tahun, termasuk warga Daulah Khilafah! Namun saat itu, Daulah Khilafah sudah dalam masa kemundurannya.  Andaikata ia berada ketika saat kejayaan Daulah Khilafah, barangkali teknik vaksinasi justeru ditemukan oleh kaum Muslimin.

Rasulullah (saw) pernah menunjukkan persetujuannya pada beberapa teknik pengubatan yang dikenali semasa hidup baginda, seperti bekam atau meminumkan air kencing unta pada sekelompok orang Badwi yang menderita demam.  Kemudian ada hadis di mana Rasulullah (saw) bersabda, “Antum a’lamu umuri dunyakum” (Kamu lebih tahu urusan dunia kamu). Walaupun hadis ini muncul terkait dengan teknik pertanian, namun difahami oleh generasi Muslim terdahulu bahawa ia juga berlaku untuk teknik perubatan. Atas dasar itulah selama beberapa abad, kaum Muslimin memimpin dunia di bidang perubatan, baik pengubatan penyakit mahu pun pencegahannya, baik di bidang teknologi mahu pun pengurusannya.

Muhammad ibn Zakariya ar-Razi (865-925 M) menemui kemoterapi. Sekitar tahun 1000 M, Ammar ibn Ali al-Mawsili menemui jarum hypodermik, yang dengan menggunakannya dia dapat melakukan pembedahan katarak pada mata! Pada kurun waktu yang sama, Abu al-Qasim az-Zahrawi mengembangkan pelbagai jenis anastetik dan alat-alat bedah, yang dengannya antara lain dapat dilakukan operasi kuret (curette) untuk wanita yang mengalami keguguran.

Pada abad-11, Ibnu Sina menerbitkan bukunya Qanun fi at-Thib, sebuah ensiklopedia perubatan yang menjadi standard perubatan dunia hingga abad ke-18. Di dalam kitab itu juga didapati saranan Ibnu Sina untuk mengatasi kanser, yakni dengan “memisahkan daripada jaringan yang sihat, potong dan angkat”. Jadi, 1000 tahun yang lalu, jauh sebelum ada vaksinasi, sudah ada penyakit kanser!  Oleh kerana penyakit ini memang sudah ditemui sejak Hipocrates, doktor Yunani Kuno, maka tidak benar tuduhan bahawa kanser disebabkan oleh vaksinasi.

Kitab Qanun fit Thib karya Ibnu Sina

Semua penemuan teknologi ini tentulah hanya akan berhasil diaplikasikan apabila masyarakat semakin sedar cara hidup sihat, pemerintah membangunkan fasiliti umum pencegah penyakit dan juga fasiliti pengubatan bagi yang telah jatuh sakit.  Kemudian para kakitangan kesihatan juga orang-orang yang profesional dan memiliki integriti bukan orang-orang yang bermentaliti keuntungan.

Adalah menarik untuk dicatatkan bahawa dalam Daulah Islam, pada tahun 800-an Masihi, madrasah sebagai pusat pendidikan untuk rakyat sudah wujud di mana-mana.  Maka tak hairanlah jika tahap pemahaman masyarakat tentang kesihatan pada waktu itu sudah sangat baik.

Pada kurun ke-9-10 M, Qusta ibn Luqa, ar Razi, Ibn al Jazzar dan al-Masihi membangunkan sistem pengelolaan sampah perbandaran, yang sebelumnya hanya diserahkan atas kesedaran masing-masing individu, di mana bandar yang padat penduduk sering menimbulkan masalah kebersihan.  Kebersihan kota menjadi salah satu modal sihat selain kesedaran cara hidup sihat kesan daripada pendidikan.

Kakitangan kesihatan diurus secara sistematik dari segi kelayakannya.  Doktor Khilafah menguji setiap tabib agar mereka hanya menjalankan proses pengubatan selari dengan pendidikan atau keahlian masing-masing. Mereka mesti ditugaskan sebagai penasihat kesihatan, dan bukan sebagai orang yang mempromosikan dirinya mampu mengubati segala penyakit.

Pada abad ke-9, Ishaq bin Ali Rahawi menulis kitab Adab at-Tabib, yang pertama kalinya ditujukan kepada kod etika perubatan.  Ada 20 bab di dalam buku tersebut, antaranya mengesyorkan agar ada peer-review atas setiap pendapat baru di dunia perubatan. Meskipun madu atau habatus saudah sudah disyorkan sebagai ubat oleh Rasulullah (saw), tetapi dos yang tepat untuk penyakit-penyakit tertentu tetap harus diteliti. Jika ada pesakit yang meninggal, maka rekod perubatan sang doktor akan diperiksa oleh suatu dewan para doktor untuk menguji apakah yang dilakukannya itu sesuai dengan standard perkhidmatan perubatan.  Hal-hal semacam ini yang sekarang justeru masih tidak kelihatan di kalangan penggiat Thibbun Nabawi.

Ini adalah bahagian hulu untuk mencegah penyakit, sehingga beban di bahagian hilir dalam pengubatan jauh lebih ringan.  Meskipun demikian, negara telah membangunkan banyak hospital di hampir semua kota di dalam Daulah Khilafah.

Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa kaum Muslimin terdahulu memahami bahawa kesihatan bukanlah hanya urusan doktor sahaja, tetapi pertamanya adalah urusan setiap individu, walaupun dengan hanya kebiasaan memakan madu atau habatus saudah (untuk menjaga kesihatan).  Ada sinergi yang luar biasa antara negara yang menyediakan pengurusan kesihatan yang terpadu dan sekelompok ilmuwan Muslim yang memikul tanggung jawab mengembangkan teknologi perubatan.

Andaikata Khilafah kembali tegak, maka pencegahan penyakit tidak hanya sekadar urusan vaksinasi, tetapi insya Allah Khilafah juga tidak akan menafikan kewujudan vaksin kerana ini adalah produk teknologi seperti teknologi lain yang dikembangkan ilmuwan Muslim terdahulu.

[Disunting dari: http://hizb-indonesia.info/2011/10/19/pencegahan-penyakit-di-masa-khilafah/]