Yahudi terus biadab, penguasa terus khianat
Telah tersebar video sekumpulan askar Yahudi menceroboh masuk Masjidil Aqsa dan membelasah kaum Muslimin yang sedang beriktikaf di dalamnya. Para jemaah dipukul secara bertubi-tubi atas alasan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh entiti haram tersebut yang tidak membenarkan kaum Muslimin solat di masjid yang ketiga sucinya dalam Islam itu di sepanjang Ramadhan.
Sungguh hal ini sudah terjadi secara berulang-ulang dan hampir setiap Ramadhan kita menyaksikan kaum Yahudi laknatullah itu melakukan kebiadaban mereka di tanah yang diberkati itu, tanpa menghiraukan kesucian Ramadhan.
Kenapakah Yahudi begitu berani memperlakukan sedemikian pada umat Islam, di tanah suci umat Islam, dan dalam bulan yang disucikan oleh Islam? Jawapannya mudah sahaja – kerana umat Islam sudah kehilangan perisainya. Sabda Rasulullah (saw),
إِنَّمَا الإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu laksana perisai, orang-orang akan berperang dan berlindung di belakangnya” [HR Bukhari dan Muslim]
Sejak runtuhnya Khilafah 102 tahun yang lalu, umat Islam sudah tidak mempunyai apa-apa perisai lagi daripada serangan musuh-musuhnya. Dengan itu musuh-musuh Islam dapat membantai umat ini dengan cukup mudah, malah tanpa belas kasihan.
Sejak runtuhnya Khilafah, negeri-negeri umat Islam yang terpecah-belah berdasarkan nation-states ini telah diperintah oleh para penguasa yang bacul lagi khianat, yang bukan sahaja tidak mempedulikan nasib umat Islam di Palestin, malah sebaliknya menyokong dan menjalin hubungan baik dengan entiti haram Yahudi yang menjajah Palestin!
Ya benar kaum Yahudi tidak pernah mempedulikan Ramadhan, namun para penguasa Muslim pun demikian juga. Seharusnya Ramadhan membangkitkan ruhiyah yang lebih tinggi kepada penguasa Muslim, namun ternyata Ramadhan tidak menjadikan mereka peduli tentang masalah Palestin.
Telah sangat nyata dalam sejarah sejak zaman Rasulullah (saw) bahawa Ramadhan ialah bulan jihad, namun ternyata Ramadhan tidak pernah menjadikan para penguasa Muslim peduli akan jihad, walaupun mereka menyaksikan kaum Muslimin dibantai tanpa peri kemanusiaan di hadapan mereka oleh musuh-musuh Allah.
Inilah hakikat para penguasa Muslim yang ada sekarang – semuanya bacul dan khianat, dan Ramadhan tidak membawa apa-apa erti bagi mereka!
Kerana merekalah, tanah Palestin jatuh ke tangan Yahudi; kerana merekalah, Masjidl Aqsa yang diberkati berada dalam genggaman Yahudi; kerana merekalah, umat Islam di Palestin dibantai saban waktu oleh Yahudi; kerana merekalah, entiti haram Yahudi masih boleh wujud hingga sekarang; kerana merekalah, kaum Muslimin tidak dapat beribadah di Masjidil Aqsa dengan aman. Sungguh hina dan keji para penguasa ini!
Biarpun umat Islam dibunuh dengan cara yang amat kejam, biarpun bangunan dan rumah-rumah umat Islam dibedil dan dibom tanpa henti, biarpun ribuan kali Masjidil Aqsa dicemari oleh kaum Yahudi, namun para penguasa Muslim tetap membisu. Jika mereka bersuara sekalipun, mereka sekadar melalak yang bunyinya lebih buruk daripada suara keldai! Inilah hakikat para penguasa Muslim pada hari ini.
Sungguh satu-satunya cara untuk menghentikan segala kebiadaban Yahudi ialah dengan memerangi kaum terlaknat itu melalui jihad fi sabilillah. Kekuatan tentera Islam jauh daripada mencukupi untuk menghancurkan Yahudi dalam sekelip mata, namun malangnya para penguasa Muslim pada hari ini telah mengurung mereka di berek-berek mereka. Para tentera ini pula, walaupun boleh sahaja bagi mereka untuk memecahkan kurungan tersebut dengan mudah, lalu keluar memerangi Yahudi, namun sayangnya mereka tidak berbuat demikian!
Justeru, kaum Muslimin sangat memerlukan kembalinya Khilafah yang merupakan perisai mereka. Jika puasa adalah perisai bagi diri seseorang Muslim, maka Khilafah pula adalah perisai bagi umat, itulah yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (saw). Dengan kembalinya perisai umat ini insya Allah, Yahudi bukan sahaja bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri, tetapi mereka akan bergegas ke perkuburan mereka sebagai destinasi terakhir mereka tatkala berhadapan dengan tentera Khilafah.
Wallahu a’lam.