Perspektif Islam terhadap Undang-undang Maritim Antarabangsa

Terjemahan artikel asal oleh Muneeb Rehman yang diterbitkan pada 2 Januari 2023 di laman Khilafah.com

Gambar-gambar yang diambil dari angkasa lepas menunjukkan bahawa planet kita ini sebahagian besar berwarna warna biru hasil dari luasnya lautan yang ada. Dan disebabkan itu juga planet kita juga dipanggil planet biru.

Tidak dinafikan, lautan merupakan salah satu dari rahmat Allah (swt) yang diciptakan-Nya untuk kita manfaatkan. Apabila kita melihat keseluruhan sejarah manusia semenjak dari Hazrat Adam (as) hingga hari ini, kita akan dapati bahawa kita banyak mendapat Rizq hasil dari laut. Ini termasuklah sumber makanan dalam bentuk ikan, dan pergerakan kapal-kapal dagang yang belayar di sekelilingnya untuk mengambil barang-barang dari satu tempat ke tempat lain.

Sebelum kapal terbang dicipta, manusia menggunakan laut untuk perjalanan jarak jauh. Bukan itu Sahaja, tentera laut ditubuhkan bertujuan untuk menakluk kawasan yang jauh. Penerokaan saintifik juga menemukan banyak khazanah yang berharga untuk kita tertanam di laut dalam seperti petroleum, gas dan sumber mineral lain-lainnya. Kita juga dapati bahawa lautan adalah tempat terhasilnya sebahagian besar sumber oksigen untuk kita bernafas.

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذبٰن

“Lalu nikmat Tuhanmu yang mana kamu nafikan?” [Surah Al-Rahman].

Semasa era Khalifah Usman (ra), buat pertama kali, Muawiyyah, sang Gabenor Syria, diarahkan untuk menyediakan sepasukan tentera laut. Sejurus selepas itu tentera Islam yang pertama menyerang Constantinople seraya meneruskan pengembangan dakwah Islam. Muawiyah menakluki pulau-pulau Cyprus di Laut Mediterranean melalui tentera laut tersebut. Begitu juga penaklukan Sepanyol dan Sicily juga disebabkan kerana tentera laut. Sementara itu dalam penaklukan Sindh, tentera laut berperanan sebagai sokongan untuk logistik. [1]

Bersama-sama dengan tentera laut, pedagang Islam juga menggunakan sepenuhnya laluan laut dalam menyebarkan dakwah Islam ke seluruh dunia. Mesej-mesej Islam sampai ke India Selatan, Sri Lanka, pulau-pulau Indonesia dan Malaysia, dan wilayah selatan China melalui pedagang Muslim ini.

Pengislaman penduduk asal di wilayah-wilayah tersebut terjadi hasil daripada usaha tersebut, bukan daripada penjajahan. Struktur pemerintahan juga secara semulajadi berubah mengikut sistem Islam apabila kepimpinan tempatan memegang kuasa. Peniaga-peniaga Arab yang juga menetap di sana telah bergaul dengan persekitaran tempatan dan masyarakat mengikut Ahkam Syariah. Dan penduduk asal tidak pernah menganggap mereka sebagai orang luar atau penjajah kerana undang-undang Islam terpakai sama rata kepada semua manusia dan tidak membezakan antara manusia berdasarkan warna atau bangsa mereka. Keadaan ini berbeza ketika negara-negara Eropah menjajah di kebanyakan bahagian dunia termasuk Amerika, Afrika, dan Asia yang mewujudkan undang-undang yang berasingan dan mendiskriminasikan negara-negara yang ditakluki mereka. [2]

Sesungguhnya, umat Islam menubuhkan tentera laut mereka semenjak dari zaman Khulafa ar-Rashidun. Manakala Khilafah Umayyah yang menamatkan kuasa tentera laut Empayar Rom menjadikan umat Islam menjadi satu-satunya kuasa tentera laut di dunia dengan kawalan tersebar di laut dari Laut Mediterranean ke Laut Merah, Teluk Parsi dan dari Laut Arab ke Lautan Hindi. Hal ini diteruskan oleh Khilafah Abbasiyyah sehingga Uthmaniyyah sesudahnya. Laluan perdagangan Timur-Barat berada di bawah kawalan penuh umat Islam sehingga pedagang Eropah terpaksa melalui tanah Islam untuk sampai ke India dan China. Walau bagaimanapun, masih terdapat satu lagi pilihan terakhir dan alternatif pada waktu itu, di mana mereka dapat mengelak melalui tanah Islam dan sampai ke India dan China, iaitu melalui Constantinople. Tetapi selepas penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammad Fateh pada tahun 1453, laluan ini juga tertutup buat Eropah, yang membawa natijah bahawa Eropah kini benar-benar berada di belas ehsan umat Islam untuk berdagang dengan negara-negara Timur Jauh melalui darat dan laut. [3]

Tetapi malangnya pada masa yang sama, umat Islam Sepanyol berada dalam fasa kejatuhan selepas keruntuhan kubu kuat Islam terakhir iaitu Kesultanan Grenada pada tahun 1492. Eropah memperoleh khazanah ilmu pengetahuan yang ditinggalkan oleh umat Islam di Sepanyol, dan daripada khazanah ini Eropah mewarisi dua negara yang kuat, iaitu Sepanyol dan Portugal. Namun begitu, negara-negara ini dan negara-negara Eropah selatan yang lain tidak cukup kuat untuk bersaing dengan Tentera Laut Uthmaniyyah di laut terbuka. Oleh itu, mereka mencari laluan perdagangan alternatif untuk memintas tanah Islam untuk mendapatkan kekayaan India, China, dan negara-negara Timur Jauh.

Christopher Columbus, seorang pelayar Itali yang mengetuai ekspedisi tajaan Raja dan Ratu Sepanyol pada tahun 1492 berusaha untuk mencari laluan laut alternatif ke Asia. Walau bagaimanapun, ia tidak tiba di India, sebaliknya tiba di benua Amerika. Pada masa itu, Amerika telah pun ditemui oleh pelayar Islam dan beberapa negara lain. Dan mereka juga melakukan perdagangan tetapi pada skala yang lebih rendah, dan penting untuk diperhatikan bahawa umat Islam tidak pernah menjajah mereka. [4]

Walau bagaimanapun, perjalanan berulang kali Columbus ke Amerika menyebabkan penjajahan ke atas Amerika oleh Sepanyol, dan diikuti oleh negara-negara Eropah yang lain. Pada masa yang sama, Portugal juga mencari laluan alternatif ke India, dan pelayar mereka iaitu Vasco de Gama, dengan bantuan pelayar Muslim “Ahmed Ibn Majid”, menemuinya dengan mengelilingi bahagian paling selatan Afrika melalui Cape of Good Hope. Perlu diperhatikan bahawa laluan ini juga telah digunakan oleh pelayar Muslim dan negara-negara Afrika Barat yang digunakan untuk berdagang dengan India melalui laluan laut ini. [5] Walau bagaimanapun, penemuan Vasco de Gama mengenai laluan ini meletakkan asas permulaan bagi penjajahan kawasan pantai Afrika oleh Portugal dan kemudian oleh negara-negara Eropah yang lain.

Oleh kerana Sepanyol dan Portugal adalah dua kuasa maritim utama Eropah pada masa itu setelah penemuan laluan baru, maka Raja-raja Sepanyol dan Portugal bercanggah tentang siapa yang harus mengawal perdagangan dan penjajahan laluan baru. Portugal adalah kuasa laut yang lebih besar daripada Sepanyol pada masa itu. Raja Portugis menghantar surat tegas kepada rakan sejawatannya dari Sepanyol. Raja Sepanyol menyedari bahawa negaranya tidak mempunyai kuasa tentera laut yang mencukupi di Lautan Atlantik untuk bersaing dengan Portugis. Jadi Sepanyol memilih saluran diplomatik. Kedua-dua kuasa Eropah ini adalah kerajaan Kristian Roman Katolik. Sepanyol mendatangi Paus Alexander VI untuk menyelesaikan konflik. Orang Sepanyol adalah kegemaran Paus kerana faktor Reconquista Sepanyol, iaitu satu kempen untuk pengusiran dan pemurtadan secara paksa ke atas umat Islam dan Yahudi di Sepanyol. Ini juga salah satu sebab mereka diberi gelaran “Katolik” oleh Paus Alexander VI.

Pada 4 Mei 1493, Paus Alexander VI telah melukis satu garis di tengah-tengah Lautan Atlantik dengan menggunakan formula Barat yang paling dipersetujui, iaitu “compromise,” untuk memutuskan bahawa barat terletak di sebelah garis ini, Semua tanah barat adalah milik Sepanyol dan semua tanah di timur garis ini adalah milik Portugal. Paus telah membahagikan dunia bukan Eropah ibarat kek antara Sepanyol dan Portugal. Akan tetapi Portugal tidak berpuas hati dengan penandaan ini dan Raja Portugis meneruskan rundingan langsung dengan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Sepanyol. Dia mahu memperluaskan lagi garisan ke barat supaya dia dapat lebih banyak tanah.

Perjanjian Tordesillas:

Hasilnya, pada bulan Jun 1494, satu perjanjian telah ditandatangani di bandar Sepanyol (Tordesillas) yang menetapkan bahawa garis utara-selatan yang dilukis oleh Paus Alexander VI akan dikekalkan tetapi bergerak lebih jauh ke barat 920 batu (1480 km). Oleh itu semua Afrika dan Asia diberikan kepada Portugal, manakala Amerika Utara dan Selatan diberikan kepada Sepanyol.

Pada masa yang sama, Paus Vatican menggesa kedua-dua Sepanyol dan Portugal untuk mengkristiankan orang asli di tanah jajahan mereka. Dekri Paus ini digunakan oleh kedua-dua Sepanyol dan Portugal untuk mengabsahkan penjajahan mereka, dengan Sepanyol mendakwa penjajahan Amerika dan penjajahan Portugal ke atas Afrika dan Asia sebagai “hak Ilahi” mereka. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa ia adalah “undang-undang antarabangsa” Eropah pada masa itu, yang dijunjung dan dipertahankan oleh kedua-dua Sepanyol dan Portugal supaya tiada siapa yang melanggar “undang-undang” ini dan memperakui hak mereka di Amerika, Afrika, dan Asia. Selain daripada kedua-dua negara ini, tiada siapa yang dibenarkan membina koloni, dan monopoli mereka ke atas laut ini harus diterima. [6]

Jelas sekali, bagi Khilafah Uthmaniyyah, semua perjanjian dan dekri Paus ini adalah sampah dan tidak penting kerana bagi umat Islam, satu-satunya sumber panduan adalah Hukum Allah (swt). Dan Allah (swt) telah menundukkan laut bagi kita, itulah sebabnya umat Islam menggunakan kuasa dan kekuatan tentera laut mereka untuk mengekalkan dan mengekalkan keberadaan mereka di laut, seperti yang telah dilakukan oleh umat Islam selama berabad-abad.

Akibatnya, satu siri peperangan tentera laut yang sengit antara Tentera Laut Uthmaniyyah dan Portugal bermula di pantai dan laut Afrika dan India. Oleh kerana paksi Sepanyol terletak Amerika, tempat di mana Khalifah Uthmaniyyah tidak mempunyai sebarang kepentingan di sana, maka konflik dengan Sepanyol tidak begitu banyak, melainkan beberapa siri pertembungan antara Tentera Laut Uthmaniyyah dan Sepanyol dari semasa ke semasa di Laut Mediterranean. Tetapi disebabkan paksi Portugal adalah Afrika dan Asia, yang laut dan tanahnya dikuasai oleh Khalifah Uthmaniyyah, perseteruan dengan Portugal adalah lebih sengit. [7]

Apabila kuasa laut Eropah baru muncul pada abad ke-17, seperti England, Belanda, dan Perancis, mereka adalah Protestan dan bukan Katolik. Itulah sebabnya mereka juga menolak keputusan Paus Katolik. Sementara itu, kuasa Sepanyol dan Portugal juga mula merosot, akibatnya, ia membuka ruang bagi negara-negara Eropah yang lain untuk menjajah wilayah yang dikawal oleh Sepanyol dan Portugal. Apabila keseimbangan kuasa di Eropah berubah, undang-undang baru mengenai laut juga muncul. Dalam erti kata lain, negara-negara berkuasa baru mula menulis “undang-undang antarabangsa” baru mengikut kepentingan mereka sendiri. [6]

Dan yang paling proaktif dalam hal ini ialah Belanda. Pakar perundangan Belanda Hugo Grotius, yang juga dianggap sebagai pengasas undang-undang antarabangsa moden, adalah yang pertama menyebarkan bahawa kawasan pantai mempunyai hak untuk perairan berdekatan, keluasan lebarnya seiring dengan keupayaan mereka untuk menjalankan kawalan yang berkesan ke atasnya.

Mengambil titik ini lebih jauh, pakar undang-undang Belanda Cornelius van Bynkershoek meletakkan idea Grotius ke dalam amalan dengan menyatakan bahawa kawalan berkesan sedemikian harus dinyatakan dengan sejauh mana kuasa tembakan kawasan pantai. Peguam Itali Ferdinand Galiami menganggarkan julat meriam paling maju pada masa itu ialah 3 batu nautika. Konsep ini kemudian menjadi undang-undang antarabangsa dan dikenali sebagai “peraturan tembakan meriam”.

Sekitar abad ke-17, ia dianggap sebagai standard yang diterima di peringkat antarabangsa lebar laut wilayah. Jadi konsep “kebebasan laut” muncul bahawa hak negara dan negeri terhad kepada jalur air tertentu yang biasanya dilanjutkan 3 batu nautika (had 3 batu) dari garis pantai negara. Semua perairan di luar sempadan negara hendaklah dianggap sebagai perairan antarabangsa, yang boleh diakses oleh semua negara, dan tidak mempunyai hak atau tuntutan kepada sesiapa pun. [6]

Pada awal abad ke-20, beberapa negara menyatakan hasrat untuk memperluaskan sempadan maritim negara untuk melindungi stok ikan dan sumber mineral, dan menyediakan satu kaedah untuk mengawal pencemaran. Liga Bangsa-bangsa mengadakan persidangan di The Hague pada tahun 1930 namun tiada persetujuan dicapai.

Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa maritim terbesar, dan seperti yang selalu menjadi prinsip sejarah manusia, iaitu yang berkuasa membuat peraturan dan undang-undang yang kemudiannya mereka gelar sebagai “undang-undang antarabangsa”. Pada tahun 1945, Presiden AS Harry S. Truman memperluas kawalan AS kepada semua sumber semula jadi dalam kawasan pelantar benuanya, menggunakan prinsip antarabangsa tradisional  berhubung hak sesebuah negara untuk melindungi sumber semula jadinya.

Negara-negara lain bingkas menggunakan strategi ini, ada yang memperluas perairan perikanan mereka kepada 200 batu nautika, sementara yang lain memperluas laut negara mereka kepada 12 batu nautika.

Selepas itu, konsep-konsep ini telah disahkan melalui tiga konvensyen, iaitu Konvensyen Geneva Laut Lepas pada tahun 1958, Persidangan Kedua mengenai Undang-Undang Laut pada tahun 1960, dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut pada tahun 1982. [6]

Kini, jika kita datang ke Pakistan, kita dapati bahawa sempadan maritim Pakistan juga 200 batu nautika, bermakna sempadan perairan antarabangsa bermula selepas itu, dengan ertikata lain, bahawa apa sahaja aktiviti berlaku di perairan antarabangsa ini, Pakistan tidak perlu ambil tahu. Ini menjadi punca bagaimana kapal selam India berjaya memasuki perairan wilayah Pakistan dari perairan antarabangsa sebanyak dua kali pada tahun-tahun yang lalu.  Tetapi tentera laut Pakistan yang kuat hanya memberi amaran dan menghantar mereka kembali ke perairan antarabangsa dengan selamat.

Demikian juga, kita terus mendengar dan membaca berita setiap hari bahawa nelayan Pakistan dan India telah memasuki sempadan maritim masing-masing, dan ditangkap oleh pengawal pantai Pakistan dan India. Nelayan-nelayan miskin di kedua-dua belah pihak telah lama menderita dan terbiar lama di penjara kerana apa yang dipanggil “undang-undang maritim antarabangsa” ini. [8] [9]

Begitu juga dengan insiden pesawat Atlantik yang berlaku pada tahun 1999 apabila pesawat pengangkutan Tentera Laut Pakistan disasarkan oleh Tentera Udara India dan 16 askar telah terkorban. Oleh kerana serpihan pesawat itu ditemui di perairan Pakistan dan India, “Komuniti antarabangsa” mengelak daripada menyalahkan India sementara pemerintah Pakistan hanya menunjukkan kebaculan mereka seperti biasa dan mengeluarkan kenyataan sekadar untuk memenuhi permintaan media. [10]

Dengan cara yang sama, kita melihat bahawa Tentera Laut Amerika Syarikat dan negara-negara imperialis Barat yang lain berdiri di perairan antarabangsa yang sama untuk mengebom negara-negara Islam dari kapal pengangkut pesawat mereka dan membuat wilayah kita berdarah. Bahkan tentera laut mereka juga pernah melalui perairan wilayah negara-negara Islam seperti Terusan Suez, Selat Hormuz dan Selat Melaka, akibat dari pengkhianatan pemimpin-pemimpin boneka yang dilantik ke atas kita. [11]

Begitu juga jika kita melihat peringkat global, China berusaha sedang membina pulau tiruan untuk menuntut kedaulatannya di Laut China Selatan, supaya ia dapat mengembangkan sempadan maritimnya, sementara Amerika Syarikat dan Barat mendakwanya sebagai peencerobohan perairan antarabangsa.

Perkara seumpama juga berlaku di Lautan Artik, terdapat pertikaian mengenai sempadan maritim antara Amerika Syarikat, Kanada, negara-negara Eropah Utara, dan Rusia kerana kawasan itu kaya dengan minyak. Oleh itu, isu sempadan maritim 200 batu nautika menyebabkan komplikasi serius dan konflik negara-negara yang jarak antaranya sangat dekat satu sama lain atau jarak maritimnya kurang dari 400 batu. Masing-masing menuntut hak perairan wilayah mereka di perairan masing-masing. [12] [13]

Perkara pokoknya adalah bahawa hakikatnya tidak ada perkara seperti undang-undang antarabangsa atau perairan antarabangsa, sebaliknya satu-satunya prinsip yang terpakai sepanjang sejarah manusia adalah “Might is Right”, iaitu sesiapa yang mempunyai kuasa akan membuat undang-undang. Semua peraturan dan undang-undang era sekarang telah diwujudkan oleh Amerika Syarikat dan Barat demi manfaat empayar mereka, yang kemudian mereka bentangkan kepada seluruh dunia sebagai undang-undang antarabangsa seolah-olah ia adalah demi kepentingan mereka dan juga supaya mereka juga menerima pakai undang-undang ini sebagai undang-undang mereka. Ikut sahaja, laksanakan dan pertahankannya seolah-olah kelangsungan hidup negara mereka bergantung sepenuhnya dari itu.

Akibatnya, Amerika Syarikat dan Barat bukan sahaja mengenakan undang-undang imperialis mereka ke atas dunia tetapi membuat negara-negara ini menerimanya dan mengakui kepemilikannya. Akibat dari itu, seluruh dunia mengekalkan imperialisme Amerika Syarikat dan Barat atas nama undang-undang antarabangsa. Ia sama seperti mereka memperhambakan diri mereka dengan meletakkan gari di tangan mereka sendiri dan juga mengesahkan kesahihan perhambaan mereka sendiri.

Sempadan yang dilukis oleh penjajah di darat adalah tidak sah, termasuk juga sempadan maritim ini. Adalah haram untuk mempertimbangkan sempadan darat Westphalian ini suci, ia juga haram untuk mempertimbangkan sempadan laut ini berdasarkan Perjanjian Tordesillas sebagai suci. Sama seperti konsep negara-negara bangsa bertujuan untuk menghentikan pertumbuhan Khilafah Uthmaniyyah ke Eropah. Konsep persempadanan maritim juga bertujuan untuk menamatkan ketuanan Tentera Laut Uthmaniyyah dari laut.

Oleh itu, adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam untuk menerima dan mempercayai undang-undang yang dibuat oleh taghut dan berpaling kepada mereka untuk menyelesaikan masalah, seperti yang difirman oleh Allah (swt),

(اَلَمْ تَـرَ اِلَى الَّـذِيْنَ يَزْعُمُوْنَ اَنَّـهُـمْ اٰمَنُـوْا بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمَآ اُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيْدُوْنَ اَنْ يَّتَحَاكَمُوٓا اِلَى الطَّاغُوْتِ وَقَدْ اُمِرُوٓا اَنْ يَّكْـفُرُوْا بِهٖۖ وَيُرِيْدُ الشَّيْطَانُ اَنْ يُّضِلَّهُـمْ ضَلَالًا بَعِيْدًا

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [Surah Al-Nisa: 60]

Di masa hadapan nanti sewaktu Khilafah muncul, yang sangat hampir waktunya InshaAllah, polisi Maritim umat Islam akan sama dengan polisi umat Islam di awal abad. Berdasarkan firman Allah (swt) ini,

وَاَعِدُّوْا لَـهُـمْ مَّا اسْتَطَعْتُـمْ مِّنْ قُوَّةٍ وَّمِنْ رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُوْنَ بِهٖ عَدُوَّ اللّـٰهِ وَعَدُوَّكُمْ وَاٰخَرِيْنَ مِنْ دُوْنِـهِـمْۚ لَا تَعْلَمُوْنَـهُـمُ اللّـٰهُ يَعْلَمُهُـمْ

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya” [Surah Al-Anfal: 60].

Oleh itu, dasar tentera laut Negara Islam Khilafah adalah berdasarkan ayat ini, di mana umat Islam diperintah secara umum untuk mendapatkan kekuatan penuh terhadap Kafir Harbi. Untuk ini mencapai misi tersebut, kapal perang moden, kapal selam, dan kapal pengangkut pesawat perlu disediakan supaya penguasaan Islam dicitakan di laut dengan cara yang sama ia dilaksanakan di atas darat.

Begitu juga kuasa Kuffar perlu dirobohkan melalui jihad, sebagaimana firman Allah (swt),

وَقَاتِلُوْهُـمْ حَتّـٰى لَا تَكُـوْنَ فِتْنَةٌ وَّیَكُـوْنَ الدِّيْنُ لِلّـٰهِ

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” [Surah Al-Baqarah: 193].

Pada masa yang sama, negera Khilafah juga akan memastikan bahawa tiada siapa-siapa yang akan dieksploitasi kerana Khilafah bukan negara penjajah dan empayar. Bukan itu sahaja, Khilafah akan menghormati undang-undang antarabangsa selagi Syariah membenarkannya. Memandangkan lautan telah diisytiharkan sebagai harta awam oleh Allah (swt) untuk semua manusia, Khilafah tidak akan menghalang sesiapa pun daripada mendapat manfaat daripadanya. Oleh itu, nelayan-nelayan miskin yang juga mempunyai kaitan dengan Harbi Kuffar (berperang) tidak akan dihalang daripada mendapatkan rezeki dari laut. [14] Walau bagaimanapun, mereka akan dihalang daripada mendapatkan rizab mineral seperti petroleum dan gas, hal ini demikian untuk menghalang mana-mana negara-negara yang berperang dapat memperoleh kuasa.

Selain daripada itu, Negara Khilafah sendiri akan menggalakkan penyelidikan saintifik di laut dan tidak akan menghalang negara-negara lain untuk terlibat dalam hal ini. Bagi kapal-kapal komersial, negera Khilafah akan berurusan dengan mereka mengikut empat kategori berikut:

  1. Kapal dagang milik warga Khilafah:sama ada orang Islam atau bukan Islam, Khilafah perlu menyediakan kemudahan untuk menjalankan perniagaan dan adalah haram untuk mengenakan apa-apa jenis cukai ke atas mereka.
  2. Kapal dagang milik negara-negara yang kita terikat dengan perjanjian:Khilafah akan melayan mereka melalui duti dan levi selaras dengan perjanjian.
  3. Kapal dagang milik negara-negara imperialis, dalam keadaan kita tidak berada dalam fasa peperangan:kesemua langkah-langkah keselamatan akan diambil terhadap mereka.Kapal-kapal mereka akan disiasat untuk mengetahui apakah barang-barang tersebut dibawa oleh mereka untuk mendapat kekuatan ketenteraan. Manakala kapal dagang mereka pula akan dikenakan cukai berdasarkan polisi timbal balik.
  4. Kapal dagang milik negara-negara yang berada dalam keadaan perang dengan kita:kapal-kapal dagang tersebut hendaklah dirampas dengan kargo mereka dan krew mereka akan dijadikan tawanan perang. [15]

Secara ringkasnya, Allah (swt) telah mengutus Rasulullah (saw) sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia dan syariah adalah kanun undang-undang bagi semua manusia. Oleh itu, sebagaimana Nabi (saw) yang kita cintai menyampaikan mesej Allah kepada kita, kini ia menjadi kewajipan kita untuk menyampaikannya kepada semua manusia dan menyedarkan mereka dengan cahaya Islam, keluar dari kegelapan Kufr. Sebagaimana ajaran Islam, ini dapat dicapai melalui dakwah dan jihad.

Sama seperti pedagang Islam pada awal abad yang membawa seruan Islam ke kepulauan negara-negara Timur yang jauh melalui laut, dan menakluki Sepanyol di Barat. Mereka terdorong dari seruan jihad ini. Contoh-contoh ini adalah kriteria bagi kita hari ini bahawa kita juga harus menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia melalui Dakwah dan Jihad dengan apa cara sekalipun. Dan ia hanya boleh dilakukan apabila negara Khilafah ditubuhkan kerana ummah berjanji setia kepada Khalifah atas dasar bahawa dia akan melaksanakan Islam di peringkat dalaman dan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menyebarkannya ke seluruh dunia.

Tetapi pada masa yang sama kita perlu memahami realiti dunia semasa, sejarahnya, latar belakangnya, dan ilusinya agar kita dapat memperoleh visi intelektual dan politik demi mengukuh negara Khilafah yang akan datang. Kita juga perlu menasihati dan memujuk Khalifah berdasarkan hujah intelektual dan politik yang kuat. Kita juga perlu mengenal pasti kesilapan intelektual dan politik Khalifah dan memperbetulkannya agar beliau menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Kegagalan usaha ini menjadi faktor kejatuhan perlahan-lahan Khilafah Uthmaniyyah pada penghujung pemerintahan Islam. Sesungguhnya, usaha untuk mengembalikan Khilafah akan menjadi faktor pemangkin yang akan membawa kepada kebangkitan ummah.

Rujukan:

  1. سیرۃالصحابہ خلفائے راشدین  (شیخ شاہ معین الدین احمد ندوی)
  2. Negara Islam (Sheikh Taqiuddin An-Nabhani)
  3. سلطنتِ عثمانیہ (ڈاکٹر علی محمد الصلابی)
  4. Orang Afrika, dan Muslim, Penemuan Amerika – Sebelum Columbus, Buku oleh Dr. Abdullah Hakim Quick
  5. مسلمان جہاز ران (تابش صدیقی).
  6. Unsur-unsur Ekonomi Biru oleh Naib Laksamana Retd Iftikhar Ahmed Rao
  7. https://historyofislam.com/contents/onset-of-the-colonial-age/the-portuguese-devastations-in-the-indian-
  8. https://www.dawn.com/news/1678075
  9. https://www.dawn.com/news/16986941
  10. https://en.wikipedia.org/wiki/1999_Pakistan_Breguet_1150_Atlantic_shootdown
  11. https://maritime-executive.com/editorials/beyond-the-gulf-broadening-u-s-maritime-security-ops-in-the-mideast
  12. https://www.aljazeera.com/news/2021/11/19/china-supports-maritime-militia-to-assert-south-china-sea-claim
  13. https://en.wikipedia.org/wiki/Territorial_claims_in_the_Arctic#:~:text=The%20status%20of%20certain%20portions,km)) %20or%20internal%20waters.
  14. Prinsip Shar’i untuk berurusan dengan Sungai (Sheikh Ata Bin Khalil Abu Rashtah)
  15. Pengenalan kepada Perlembagaan, Vol:2, Perkara 189 (Sheikh Taqiuddin An-Nabhani)