SN647 – Takbir Raya di Sebalik Penderitaan Gaza
Bil: SN647 (PDF/Print) – 28 Ramadhan 1445 / 7 April 2024
Saban tahun, kalimah takbir, tahlil dan tahmid di Hari Raya pastinya akan menimbulkan perasaan penuh keinsafan, kesedihan dan kepiluan disamping sambutan yang penuh kemeriahan. Namun, sehingga hari ini bumi Gaza masih terus dibasahi air mata dan darah umat Islam. Malapetaka kemanusiaan yang dihadapi sejak bulan Oktober tahun lepas, di mana lebih 32,000 nyawa telah syahid, turut memusnahkan harta benda dan kediaman. Puluhan ribu anak-anak menjadi yatim dan kaum wanita terus dianiaya oleh rejim entiti haram Yahudi laknatullah. Persoalannya, sejauh manakah kita benar-benar menghayati pengertian di sebalik lantunan kalimah Takbir Raya ini? Takbir Raya merupakan lafaz yang mengandungi pengertian yang agung dan penuh inspirasi terutama dalam perjuangan siyasah Islam. Ia merupakan lafaz yang menyuntik semangat kita untuk istiqamah dengan seluruh ajaran Islam, bertekad menerapkannya secara kaffah serta memelihara jati diri dan bersedia mendepani sebarang cabaran.
Refleksi Dari Peristiwa Ahzab
Peristiwa Ahzab atau dikenali juga sebagai Perang Ahzab adalah peristiwa di mana Rasulullah SAW dan para sahabat berperang dengan strategi bertahan di bumi Madinah menghadapi serangan daripada kuffar Quraisy. Perang Ahzab juga dikenali sebagai Perang Khandaq (Perang Parit). Ini kerana Rasulullah SAW dan para sahabat telah menggali parit yang besar mengelilingi sebahagian besar kota Madinah untuk menahan serangan daripada pasukan gabungan (Ahzab) kuffar Quraisy. Walaupun pada awalnya pasukan musuh terkejut melihat parit yang besar menjadi penghalang, namun pasukan gabungan yang terdiri daripada kafir Quraisy dan orang-orang Yahudi tetap nekad mengepung Madinah untuk menghapuskan Rasulullah SAW dan kaum Muslimin dalam perang tersebut.
Sirah ini mengingatkan kita kepada situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW serta para pejuang Islam. Di sepanjang masa kepungan itu, pelbagai cabaran dan dugaan telah menimpa kepada kaum Muslimin. Ketika mereka asyik menumpukan perhatian terhadap serangan daripada musuh-musuh Allah di luar kota Madinah, orang-orang Yahudi dan kaum munafik yang menetap di dalam kota Madinah pula telah berpaling tadah dengan melakukan pengkhianatan terhadap perjanjian-perjanjian mereka dengan kaum Muslimin. Situasi tersebut telah menguji tahap keimanan kaum Muslimin sehingga mereka merasakan seolah-olah putus harapan disebabkan ancaman luaran dan dalaman yang mereka hadapi.
Namun begitu, walaupun ancaman yang mereka hadapi adalah sangat dahsyat, mereka tetap yakin dengan janji Allah SWT dan RasulNya dan tetap bertahan tanpa sedikitpun rasa ingin berundur atau kecewa. Mereka mengikhlaskan diri mereka untuk pengabdian yang penuh kepada Allah SWT tanpa menghiraukan ancaman kaum kuffar terhadap mereka – sebagaimana yang digambarkan di dalam kalimat Takbir Raya. Mereka yakin dengan janji Allah yang akan memberikan mereka pertolongan dan kemenangan dalam menghadapi serangan daripada pasukan Ahzab dan ancaman daripada dalam yang disebabkan oleh pengkhianatan orang-orang Yahudi di Madinah.
Akhirnya, setelah melalui ujian yang amat berat, Allah SWT menurunkan bantuan kepada tentera Islam dengan mendatangkan ribut kencang yang memusnahkan barisan Ahzab dan memberikan kemenangan kepada umat Islam. Setelah itu Rasulullah SAW membacakan takbir yang sebahagian utamanya bermaksud:
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah kecuali kepada-Nya dengan ikhlas menuruti Deen (Islam) walaupun dibenci oleh golongan kafir”
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa Yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya dan yang memuliakan para tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keEsaan-Nya”
[Takbir raya]
Di Sebalik Penderitaan Gaza
Penderitaan umat Islam di Gaza adalah cerminan terhadap situasi genting yang pernah dihadapi oleh kaum Muslimin ketika peristiwa Ahzab. Masa kan tidak, umat Islam di Gaza pada ketika ini sedang berada pada saat paling genting dan amat dahsyat kerana dikepung dari segenap penjuru. Mereka diserang, dibunuh, dihalau, ditekan dan dihimpit sehingga ke perbatasan negeri Arab yang berjiran dengan mereka. Kaum Muslimin di Gaza bukan sahaja terpaksa menghadapi serangan kejam entiti Yahudi siang dan malam, mereka juga langsung tidak berpeluang untuk mempertahankan diri, bahkan, hendak melarikan diri melintasi perbatasan juga tidak dibenarkan oleh negara Arab yang berjiran.
Tindakan pemimpin Mesir yang tidak membenarkan saudara seagama mereka untuk melintasi sempadan demi mengelak genosida yang dilakukan oleh entiti haram Yahudi adalah perbuatan yang amat hina di mata Islam; bahkan ia cukup hina disepanjang sejarah peradaban manusia kerana kesanggupan mereka melihat saudara sesama agama dibunuh, dianiaya dan sengsara di hadapan mata mereka sendiri. Bukankah lebih baik jika mereka sendiri sahaja yang menembak dan membunuh saudara seIslam mereka daripada membiarkan mereka menderitai segala azab dan kesengsaraan akibat genosida oleh entiti haram Yahudi dan tentera pakatan kuffar Barat? Sesungguhnya, ini merupakan satu pengkhianatan yang sangat jelas!
Di samping itu, para pemimpin seluruh dunia Islam telah menjadikan umat ini sebagai bahan jenaka di mata dunia. Tidak ada negara kaum Muslimin yang terkecuali dalam pengkhianatan ini. Semuanya bersekongkol dan turut bersubahat membenarkan entiti haram Yahudi terus membunuh dan memusnahkan bumi Palestin yang diberkati. Jurang yang semakin melebar antara kaum Muslimin dengan pemerintah mereka telah mencapai tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini sehingga istilah pengkhianat dan pengecut tidak lagi memadai untuk menzahirkan realiti yang sangat dahsyat dan menyakitkan ini.
Bagaimana pula dengan umat Islam hari ini? Adakah kita telah benar-benar menolong agama Allah dan berusaha menegakkannya dalam kehidupan ini? Adakah kita benar-benar mengambil berat keadaan umat Islam di seluruh dunia khususnya di Gaza yang sangat tenat saat ini? Atau kita lebih mementingkan kenikmatan dunia, memberikan pelbagai alasan, dan berdiam diri tatkala agama Islam dan umatnya dipermainkan dan diserang daripada pelbagai arah?
Perpecahan umat Islam kepada lebih 50 buah negara bangsa, diikat dengan kitaran kehidupan kapitalis sehingga hanyut dengan kesibukan dunia, ditambah dengan hilangnya pemikiran siyasah Islam telah menyebabkan sebahagian besar dari kita tidak peduli dan hanya sekadar merasa geram dan insaf sesaat namun membiarkan isu ini terus berlalu. Bahkan ada segolongan daripada kita yang sanggup mengatakan isu Gaza bukanlah masalah kita. Bagi kelompok ini, apa yang penting adalah menjaga periuk nasi dan tanggungjawab hidup masing-masing. Jika begitulah fahamannya, maka sudah tentulah ini amat bertentangan dengan makna kandungan Takbir Raya yang mereka lantunkan saban tahun.
Takbir Raya bukanlah semata-mata untuk dibaca tanpa ada apa-apa kesedaran siyasah. Ini adalah kerana kandungan Takbir Raya itu sendiri mengingatkan setiap Muslim tentang nilai pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT dan kesanggupan untuk berkorban menghadapi cabaran dan dugaan demi memperjuangkan Islam walaupun mendapat ancaman dan cacian daripada kaum kuffar dan para boneka yang mereka ciptakan sejak lenyapnya kehidupan syariat Islam kaffah dari mukabumi ini. Pengabdian total kepada Allah SWT inilah yang melayakkan kaum Muslimin untuk mendapat pertolonganNya dalam menghancurkan segala pakatan, perancangan dan pengkhianatan yang dirancang oleh musuh-musuh Islam.
Kesimpulan
Takbir Raya bukanlah sekadar seruan ruhiyyah yang tinggi kepada Allah, bahkan ia memiliki sisi siyasah yang mengingatkan umat Islam tentang kewajiban kepada yang Maha Esa untuk mengembalikan kehidupan Islam secara keseluruhannya. Kewajiban yang berat ini bukan hanya untuk dipikul oleh seorang individu, dua individu atau sekelompok individu, namun ia merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam.
Kewajiban ini memerlukan kesedaran siyasah Islam yang tinggi serta pengorbanan segenap tenaga dan kudrat untuk menegakkan Deen ini sehingga Allah SWT memberikan pertolongan bagi kaum Muslimin mencapai kemenangan yang mutlak melalui penyatuan dan kepimpinan di bawah Sistem Khilafah. Inilah ruh Takbir Raya yang kita lantuni saban tahun.