Malaysia Menyambut Kemerdekaan, tetapi di manakah Kemerdekaan dan Siapakah Pengkhianat yang Sebenar?

Kenyataan Media

Malaysia Menyambut Kemerdekaan, tetapi di manakah Kemerdekaan dan Siapakah Pengkhianat yang Sebenar?

Semasa menyampaikan ucapan hari kemerdekaan ke-67, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan beberapa perkara yang cuba mengangkat dirinya sebagai “hero” di mata rakyat. Anwar dilihat lantang ingin menghapuskan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan, seakan-akan beliau tidak sedar bahawa timbalan yang dilantiknya sendiri adalah seorang yang terpalit dengan begitu banyak kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa, namun dibebaskan oleh mahkamah dalam keadaan yang cukup kontroversi. Rakyat tertanya-tanya apakah timbalannya itu akan bebas dengan mudah, setelah kes prima facie terhadapnya telah pun terbukti, jika Anwar bukan Perdana Menteri?

Dalam ucapannya, Anwar juga dengan lantang menyatakan bahawa setelah diberi amanah kepimpinan, beliau bertekad akan menoktahkan amalan keji tersebut dan akan memulakan budaya baru di mana pimpinan harus bertanggungjawab dan tidak diizinkan untuk merompak kekayaan negara untuk kepentingan peribadi. Adakah Anwar tidak sedar atau pura-pura lupa bahawa kekayaan negara sejak dulu sehinggalah ke pemerintahannya pada hari ini sama sahaja, yakni tidak pernah mengalir kepada rakyat? Lihat sahaja hasil-mahsul negara berupa minyak, gas asli, balak, bauksit dan lain-lain, yang semuanya merupakan al-milkiyyah al-ammah (milik umum) yang seharusnya masuk ke poket rakyat, tetapi ke poket siapakah semua keuntungannya masuk, jika bukan ke poket para pemimpin dan kroni mereka?!

Anwar dengan nada kesal menyebut bahawa semasa negara ini berada di bawah penjajahan, penjajah telah memunggah semua kekayaan negara ini ke negara mereka. Ya benar apa yang disebut oleh Anwar, namun persoalannya setelah kita “merdeka”, siapakah yang telah mengambil alih tempat penjajah untuk memunggah semua kekayaan tersebut jika bukan mereka yang memegang kuasa, dan kroni-kroni mereka? Hakikatnya di negara ini, siapa sahaja yang memegang kuasa akan pasti kaya raya, manakala rakyat terus sengsara. Dari manakah para penguasa ini memunggah kekayaan jika bukan dari hasil-mahsul negara? Adakah Anwar cuba menafikan hakikat ini, atau cuba memperbodohkan rakyat dengannya?

Perdana Menteri Malaysia itu juga telah membangkitkan mengenai isu pulau Batu Puteh yang telah “terlepas” kepada Singapura. “Tidak banyak negara di dunia yang pandang enteng satu inci tanah, satu batu kecil diserah kepada negara lain dengan mudah. Ya kita terima kenyataan keputusan ICJ (International Court of Justice), terlepas Batu Puteh…tetapi kerana kecuaian kita, kecuaian itu membawa pengkhianatan kepada negara…mana ada negara di dunia yang melepaskan kawasan dengan mudah. Negara-negara berperang, kehilangan nyawa hanya untuk mempertahankan wilayah kecil” ucap Anwar.  Walaupun Anwar tidak menyebut nama orang yang terlibat sehingga Malaysia kehilangan pulau Batu Puteh kepada Singapura, namun semua orang tahu yang Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu ialah Dr. Mahathir Mohamad.

Ya benar kita perlu mempertahankan hak kita walaupun hanya seinci tanah dan sebutir batu. Jika begitulah pendirian Anwar, maka sudah tiba masanya untuk Malaysia mendapatkan semula pulau Singapura yang telah “diserahkan” oleh Perdana Menteri pertama Malaysia dengan begitu sahaja kepada Singapura pada tahun 1965. Sudah tiba masanya untuk Anwar menuntut balik empat wilayah kita di utara tanahair iaitu Songkhla, Narathiwat, Yala dan Pattani yang telah terlepas kepada Thailand akibat Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, sebuah perjanjian “tidak sah” yang ditandatangani oleh British dan Siam. Semua wilayah ini adalah tanah kita yang telah terlepas kepada pihak asing di mana Anwar seharusnya bermati-matian berusaha untuk mendapatkannya kembali, jika Anwar benar-benar serius dalam ucapannya.

Lebih dari itu, Anwar juga seharusnya bermati-matian untuk mendapatkan kembali Masjidil Aqsa, yang merupakan masjid kita semua, dan juga keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, yang merupakan tanah kita semua, yang kini sedang dijajah oleh kaum Yahudi la’natullah. Bukankah bangsa-bangsa perlu berperang untuk mendapatkan semula walau hanya seinci wilayahnya yang dirampas, sebagaimana kata Anwar? Lalu kenapa Anwar tidak melakukannya untuk mendapatkan kembali Masjidil Aqsa dan Palestin? Lebih ironi, kenapa Anwar boleh bersetuju dengan penyelesaian dua-negara terhadap Palestin? Adakah Anwar tidak tahu yang penyelesaian dua negara bermaksud menyerahkan sebahagian besar tanah kita (Palestin) kepada si penjajah Yahudi? Bukankah satu butir tanah kita wajib diambil kembali? Lalu bagaimana mungkin Anwar dengan sukarela ingin memberikan sebahagian besar tanah kita (Palestin) kepada Yahudi si perampas dan si penjajah melalui penyelesaian dua negara?!

Anwar juga melahirkan keinginan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat di rantau Asia dan di dunia. Sungguh, niat dan cita-cita itu sudah cukup bagus. Malangnya ia akan hanya kekal sebagai retorik jika tidak disandarkan kepada akidah dan syariat Islam. Mustahil Malaysia akan menjadi hebat jika masih kekal sebagai sebuah negara bangsa yang kecil dan tunduk kepada Barat. Mustahil Malaysia akan menjadi hebat jika masih mengamalkan ideologi, sistem, undang-undang, budaya, malah cara berfikir dari kafir penjajah. Mustahil Malaysia akan menjadi hebat jika asas akidah negara ini masih sekular yakni memisahkan agama daripada kehidupan dan juga pemerintahan. Kehebatan apakah yang kita ingin capai jika Malaysia tidak pernah mencapai “kemerdekaan” dalam konteksnya yang sebenar?!

Sesungguhnya negara dan umat ini hanya akan mencapai kemerdekaan yang hakiki apabila ketaatan dan ketundukan sepenuhnya hanya kepada Allah (swt), bukan kepada sistem, undang-undang dan cara hidup yang diberi oleh penjajah. Selagi mana pemerintah memerintah dengan sistem dan undang-undang kufur yang datangnya dari penjajah, maka negara ini tidak akan pernah mencapai kemerdekaan yang hakiki. Malah, pemerintah yang memerintah dengan sistem dan undang-undang yang datang dari penjajah, merekalah yang merupakan pengkhianat sebenar kepada negara dan umat ini, kerana mereka sesungguhnya telah mengkhianati amanah pemerintahan yang Allah (swt) letakkan di bahu mereka yakni untuk menerapkan hukum-hukum-Nya secara kaffah.

Hanya apabila bertukarnya akidah negara ini daripada sekularisme kepada Islam, dan sekali gus sistem serta undang-undangnya yang sekular bertukar kepada Islam sepenuhnya, barulah negara ini akan mencapai kemerdekaan yang hakiki. Sesungguhnya hal ini tidak mungkin dapat dicapai kecuali dengan tegaknya Khilafah, yang bukan sahaja akan menerapkan hukum Allah secara kaffah, tetapi akan membebaskan dan mempersatukan umat Islam dan keseluruhan wilayah Islam di bawah satu payung pemerintahan. Hanya dengan jalan ini sahajalah (tegaknya Khilafah), negara dan umat Islam akan menjadi hebat dari segenap sudutnya, malah akan memimpin dunia sebagai sebuah super power yang akan disegani kawan dan lawan, dan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam, insya Allah.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia

Selasa, 29 Safar 1446 H
03/09/2024 M
Ruj: HTM 1446 / 05


Press Release

Malaysia Commemorates Independence: Yet, Where is True Independence and Who are the Real Traitors?

During his speech on Malaysia’s 67th Independence Day, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim addressed a variety of issues, seemingly positioning himself as a “hero” to the people. Anwar has been vocal about his commitment to eradicating corruption and abuse of power within the government. However, questions arise when considering that his own deputy, appointed by Anwar, has been implicated in numerous corruption cases, yet was controversially acquitted. The public can’t help but wonder: Would this deputy have been acquitted so easily, especially after a prima facie case had been established, if Anwar were not the Prime Minister?

In his address, Anwar strongly emphasized his dedication to ending the longstanding practices of corruption and power abuse since assuming leadership. He expressed his intent to foster a new culture where leaders are held accountable and are prevented from exploiting the nation’s wealth for personal gain. However, is Anwar genuinely unaware, or is he deliberately overlooking the fact that the nation’s wealth, from past administrations to his own, has never truly benefited the people? Malaysia’s abundant resources – such as oil, natural gas, timber, bauxite and many others – classified as public property (Al-Milkiyyah Al-Ammah), should ideally enrich the populace. Instead, into whose pockets the profits seem to flow, if not into those in power and their cronies?!

Anwar also lamented how, during the colonial era, foreign powers extracted Malaysia’s wealth for their own benefit. While this statement holds true, it raises a critical question: after achieving “independence,” who has taken on the role of the colonizers, if not the Malaysian leaders and their associates? The stark reality in Malaysia is that those in power often become extremely wealthy, while the citizens continue to suffer. From where do these leaders derive their wealth if not from the nation’s resources? Is Anwar ignoring this truth, or is he attempting to deceive the people?

The Prime Minister also brought up the issue of Batu Puteh Island, which was “relinquished” to Singapore. “Only a few nations in the world would casually relinquish even an inch of land or a grain of stone to another country. While we acknowledge the decision of the ICJ (International Court of Justice) regarding Batu Puteh… it was our own negligence that led to this betrayal of our country. No nation on earth surrenders its territory so easily. Countries go to war, losing lives to protect even the smallest of their lands,” Anwar stated. Although he did not name those responsible for Malaysia’s loss of Batu Puteh, it is widely known that Dr. Mahathir Mohamad was Prime Minister at the time.

Defending our territorial rights, even if it concerns a mere inch of land, is crucial. If this is Anwar’s stance, then Malaysia should also seek to reclaim the island of Singapore, which was “surrendered” to Singapore by Malaysia’s first Prime Minister in 1965. Moreover, Anwar should advocate for the restoration of our four northern regions – Songkhla, Narathiwat, Yala, and Pattani – that were ceded to Thailand under the “invalid” 1909 Bangkok Agreement, signed by the British and Thailand. These territories are lost parts of our nation, and Anwar ought to earnestly pursue their recovery if he is genuinely committed to his words.

Additionally, Anwar should strongly advocate for the liberation of the Aqsa Mosque, which is our mosque, and the entire Blessed Land of Palestine, which is our land, currently under Jewish occupation. Shouldn’t nations go to war to reclaim even a small portion of their occupied territory, as Anwar said? Why, then, has Anwar not taken such action to reclaim the Aqsa Mosque and Palestine? It is even more perplexing that Anwar supports a two-state solution for Palestine. Is he unaware that such a solution entails relinquishing a vast portion of our land (Palestine) to the Jewish occupiers? Shouldn’t the reclamation of at least a fragment of our territory be imperative? How can Anwar then justify ceding the largest portion of our land (Palestine) to usurpers through a two-state solution?!

Anwar also expressed his desire to make Malaysia a great nation, both in Asia and globally. While these aspirations are commendable, they will remain mere rhetoric if not pursued under the framework of Islamic Aqeedah and Shariah. It is impossible for Malaysia to achieve greatness while remaining a small nation-state subservient to Western influences. Greatness is unattainable if Malaysia continues to adopt the ideologies, systems, laws, culture, and even the mindset of the imperialists. Achieving true greatness is impossible if the country’s Aqeedah remains secular, separating religion from life and governance. What kind of greatness can we achieve when Malaysia has never truly gained “independence” in the real sense?

True independence for this country and its people can only be realized when their obedience and submission are directed solely to Allah (swt), rather than to the ideologies, systems, and laws imposed by imperialists. As long as the government rules according to the ideologies, systems, and laws inherited from the colonialists, real independence will remain elusive. In fact, those in power who govern according to these colonial frameworks are, in essence, the true traitors of the country and the Ummah, as they have failed to uphold the trust bestowed upon them by Allah (swt), which is to implement His Shariah in its entirety.

True independence for this country can only be achieved when its Aqeedah shifts from secularism to Islam, followed by a complete transformation of its system and laws from secular to Shariah. This transformation necessitates the establishment of the Khilafah (Caliphate), which will not only implement Divine Laws in their entirety but also serve to liberate and unify the Ummah and its lands under one umbrella. It is only through this path – the reestablishment of the Khilafah – that this Ummah and its State will achieve greatness and glory in all respects, positioning themselves as a respected global super power that spreads mercy to all corners of the world, Insha Allah.

Abdul Hakim Othman

Official Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Ref: HTM 1446 / 05
Tuesday, 29th Safar 1446 AH
03/09/2024 CE