Melalui Gencatan Senjata, Amerika Mencapai Dua Matlamat Penting dengan Pencerobohan Yahudi: Pengunduran Pasukan Hizbullah – yang Disokong Iran – ke Utara Sungai Litani, dan Pemisahan Dua Front!

بسم الله الرحمن الرحيم

Melalui Gencatan Senjata, Amerika Mencapai Dua Matlamat Penting dengan Pencerobohan Yahudi:

Pengunduran Pasukan Hizbullah – yang  Disokong Iran – ke Utara Sungai Litani, dan Pemisahan Dua Front!

(Terjemahan)

Pada 27/11/2024, satu gencatan senjata telah diumumkan di front (kawasan pertempuran) Lebanon antara entiti Yahudi dan Hizbullah. Salah satu syarat dalam gencatan tersebut ialah, entiti Yahudi akan mengundurkan tentera penceroboh mereka dari selatan Lebanon dalam masa dua bulan, manakala Hizbullah pula akan mengundurkan pasukannya ke utara Sungai Litani. Perjanjian gencatan senjata ini juga memberi kebebasan bergerak kepada tentera Yahudi di selatan Lebanon jika Hizbullah melanggar perjanjian, disertai dengan hak untuk Yahudi melakukan penerbangan secara berterusan di ruang udara Lebanon untuk tujuan pemantauan dan perisikan.

[Butiran perjanjian gencatan senjata, yang diterbitkan oleh Al-Jazeera pada 27/11/2024, termasuk:

Pengunduran tentera: Tentera ‘Israel’ akan berundur secara berperingkat dari selatan Lebanon, yang akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari. Hizbullah akan berundur ke utara Sungai Litani, kira-kira 30 kilometer ke utara sempadan ‘Israel’. Tentera Lebanon akan menempatkan sekitar 5,000 askarnya di selatan Sungai Litani, mewujudkan 33 lokasi di sepanjang sempadan ‘Israel’.

Mekanisme pemantauan: Mekanisme pemantauan tiga pihak yang sedia ada melibatkan Pasukan Sementara PBB di Lebanon (UNIFIL), tentera Lebanon dan tentera ‘Israel’ akan memantau pelaksanaan perjanjian ini. Ia akan diperluas untuk merangkumi Amerika Syarikat dan Perancis, dengan Washington menjadi ketua kumpulan ini].

Biar pun telah wujud perjanjian ini, entiti Yahudi telah menangkap empat orang yang pulang ke kampung mereka, atas sangkaan bahawa mereka adalah pejuang penentang. Entiti Yahudi juga turut mengenakan perintah berkurung di selatan Sungai Litani seolah-olah kawasan itu berada di bawah kawalan mereka.

Al-Sharq Al-Awsat melaporkan pada 27/11/2024:

[Tentera ‘Israel’ mengumumkan hari ini (Rabu) perintah berkurung ke atas penduduk selatan Lebanon menghala ke selatan Sungai Litani…

Jurucakap untuk bahasa Arab tentera ‘Israel’, Avichay Adraee menyatakan pada hari ini (Rabu):

“Sebarang pergerakan ke arah kawasan ini akan meletakkan anda dalam bahaya. Kami memaklumkan bahawa mulai jam 5:00 petang hari ini hingga 7:00 pagi esok, sebarang pergerakan di selatan Sungai Litani adalah dilarang sama sekali”].

Al-Arabiya Net menerbitkan butiran perjanjian pada 27/11/2024, yang menyatakan:

[Kebebasan bergerak: ‘Israel’ mempunyai hak untuk bertindak di kawasan selatan terhadap sebarang pelanggaran. Di luar kawasan ini, ia mengekalkan hak untuk bertindak terhadap ancaman yang mungkin timbul terhadap mereka, termasuk penyeludupan senjata haram ke Lebanon. Sekiranya Lebanon tidak mampu atau tidak mahu mengatasi ancaman ini, termasuk kes penyeludupan senjata haram ke Lebanon melalui sempadan, dan sekiranya ‘Israel’ memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap ancaman tersebut, maka ‘Israel’ akan memberitahu Amerika Syarikat dalam setiap keadaan yang memungkinkan. Penerbangan ‘Israel’ di atas ruang udara Lebanon akan menumpukan kepada perisikan, pemantauan, dan pengawasan, dan akan dibuat sedemikian rupa agar tidak kelihatan oleh mata kasar, dan akan mengelak daripada memecahkan halangan bunyi].

Perjanjian ini secara efektif memisahkan front Lebanon dan front Gaza, membiarkan Gaza terpisah dan terdedah kepada serangan Yahudi tanpa sokongan dari front Lebanon. Sementara itu, Amerika, Yahudi, dan rejim-rejim pengkhianat di sekeliling Palestin sedang merangka satu perjanjian yang akan memastikan kemenangan Yahudi ke atas Gaza, di bawah syarat-syarat yang mereka tetapkan. Ini berlaku secara terbuka di depan mata pemerintah yang sudah tidak takut kepada Allah dan sudah tidak punya rasa malu.

﴿قَاتَلَهُمُ اللهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ﴾

“Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling (dari kebenaran)?” [Al-Munafiqun (63): (4)].

Amerika dan sekutunya menyasarkan untuk memisahkan Gaza sepenuhnya, dalam rangka memberikan dominasi kepada Yahudi ke atasnya, ke atas Tebing Barat, al-Quds, dan seluruh Palestin. Perjanjian untuk memisahkan front (Lebanon dan Gaza) tersebut dan mengundurkan pasukan Hizbullah ke utara Litani telah dipermudahkan dengan kerjasama senyap (baca: diamnya) penguasa Muslim, terutama yang berdekatan dengan Palestin seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki, Iran dan Syria. Para penguasa ini bertindak seperti pihak yang neutral antara Yahudi dan Muslim, padahal sebenarnya mereka bersekutu dengan entiti Yahudi.

Malah Iran tidak mengerahkan tenteranya untuk menyokong partinya sendiri di Lebanon, agar partinya itu jangan terikat dengan sebarang perjanjian untuk mengundurkan diri dari kedudukannya, atau sebarang perjanjian untuk menghentikan sokongannya terhadap Gaza. Begitu juga dengan rejim Mesir dan Jordan, yang paling dekat dengan Gaza dan Tebing Barat, pun tidak mengerahkan tentera mereka untuk mempertahankan wilayah-wilayah ini. Sebaliknya, mereka bermesyuarat di Kaherah untuk membincangkan rundingan dengan Yahudi mengenai tanah Palestin, bukannya mengerahkan tentera mereka untuk menghapuskan duri yang ditanam oleh penjajah di Tanah Yang Diberkati itu.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh saluran “Yaum7” di laman sesawangnya pada 27/11/2024:

“Presiden as-Sisi dan Raja Jordan membincangkan usaha untuk menyelaraskan kedudukan mengenai perkembangan di wilayah Palestin…”

tanpa menyebut sepatah pun mengenai kerahan tentera untuk mempertahankan Palestin daripada jenayah kejam Yahudi, yang pencerobohannya menyasarkan apa sahaja baik manusia, pepohonan mahu pun batu-batuan!

Wahai kaum Muslimin! Kita tahu bahawa entiti Yahudi bukanlah entiti perang, kerana kehinaan dan aib telah ditimpakan ke atas mereka.

﴿وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ * ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ﴾

“Dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan * Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia” [Ali Imran (3): 111-112].

Rasa kecut telah di pateri dalam hati mereka, dan mereka tidak dapat berdiri teguh melainkan disokong oleh tali Allah atau tali manusia. Tali (hubungan) mereka dengan Allah telah terputus sejak zaman nabi-nabi mereka lagi, meninggalkan mereka dengan bergantung sepenuhnya kepada tali lain. Tali mereka kini dipegang oleh pemimpin kekufuran iaitu Amerika, bersama para penguasa Muslim yang khianat. Tanpa tali ini, entiti Yahudi lebih lemah daripada sarang labah-labah.

Fakta berbicara bahawa sudah lebih daripada 400 hari pembantaian, entiti Yahudi tidak mencapai matlamat mereka, walau pun terhadap kumpulan-kumpulan yang tidak mempunyai pesawat atau kenderaan berperisai.

Kita juga tahu bahawa penghapusan entiti Yahudi dan mencabutnya dari akar-akarnya tidak dapat dicapai melalui usaha kumpulan-kumpulan kecil. Satu-satunya cara untuk mencapainya ialah dengan bergeraknya tentera, sebagaimana firman Allah (swt):

﴿فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْبِ فَشَرِّدْ بِهِمْ مَنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ﴾

“Jika kamu menemui mereka dalam peperangan, maka cerai-beraikanlah orang-orang yang di belakang mereka dengan (menumpaskan) mereka, supaya mereka mengambil pelajaran” [Al-Anfal (8): 57].

Kaum penjajah menyedari sepenuhnya akan hal ini. Atas dasar itulah mereka memberikan arahan yang ketat dan tegas kepada para penguasa Muslim untuk terus mengunci tentera mereka di dalam berek-berek mereka. Kalian melihat wakil-wakil penjajah itu, terutamanya dari Amerika, yang pergi ke sana ke mari, dari Qatar ke Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki dan seterusnya, bagi memastikan penguasa boneka mematuhi arahan mereka, dengan para penguasa ini kena memastikan yang tentera mereka kekal tidak bergerak di dalam bilik masing-masing.

Wahai kaum Muslimin, wahai perajurit dalam tentera kaum Muslimin! Sesungguhnya malapetaka menimpa umat ini disebabkan oleh para penguasa mereka. Para penguasa ini menyaksikan sendiri jasad-jasad syuhada’ dengan mata mereka, mendengar sendiri tangisan anak-anak dengan telinga mereka, dan menyaksikan sendiri keluarga-keluarga diusir daripada rumah-rumah mereka, bersama anak-anak dan kaum wanita, dalam sebuah pemandangan yang sangat menyayat hati. Para penguasa ini telah melihat semua ini dan ia telah menyentuh pendengaran dan penglihatan mereka, tetapi ia tidak menyentuh kesatriaan mereka laksana Al-Mu’tasim

Walaupun mereka mengelilingi entiti Yahudi umpama gelang yang melilit di tangan, namun mereka gagal menggerakkan tentera atau bertindak balas terhadap tangisan yang meminta pertolongan. Mereka sudah tidak punya harga diri, tidak merasa apa-apa lagi dengan semua itu, umpama luka yang tidak lagi menyakitkan orang yang mati.

Wahai perajurit dalam tentera kaum Muslimin! Kalian pastinya tahu bahawa Palestin adalah tanah yang diberkati, tanah Islam yang mana Yahudi tidak mempunyai hak ke atasnya. Penyelesaian “dua-negara” tidak mempunyai tempat di sana. Seperti mana Umar al-Khattab membukanya, al-Khulafa’ ar-Rasyidin menjaganya, Salahuddin al-Ayubi membebaskannya, dan Sultan Abdul Hamid melindunginya daripada Yahudi; maka ia akan sekali lagi diambil alih melalui tangan-tangan tentera Allah yang ikhlas, yang dipimpin oleh ketua mereka di bawah panji Rasulullah (saw). Mereka akan merealisasikan sabda Rasulullah (saw):

«لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ…»

“…Kalian akan pasti berperang melawan Yahudi dan kalian akan pasti membunuh mereka.”

Wahai perajurit dalam tentera kaum Muslimin! Tidakkah kalian merindui untuk mengecapi salah satu daripada dua kemuliaan?

﴿يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ * وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ﴾

“Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kalian dan memasukkan kalian ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kalian) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar * Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kalian sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman” [As-Saff (61): 12-13].

Justeru, bangkitlah wahai tentera kaum Muslimin untuk membantu Tanah Yang Diberkati, agar ia sekali lagi bersinar sebagai Darul Islam, dan Allah adalah Penolong bagi mereka yang menolong agama-Nya:

﴿وَلَيَنْصُرَنَّ اللهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” [Al-Hajj (22): 40].

Hizbut Tahrir

27 Jumada I 1446 H

29 November 2024 M

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/leaflets/hizb/99010.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/leaflet/hizb-ut-tahrir/26901.html