10 hakikat Perang Iran-‘Israel’ yang mesti difahami

Perang 12 hari di antara Iran dan ‘Israel’ telah pun berakhir di sebalik harapan yang tinggi oleh sebahagian umat Islam untuk melihat kehancuran entiti haram Yahudi itu di tangan negara Syiah tersebut. Apa yang pelik tapi benar ialah, masing-masing pihak, baik Iran mahu pun ‘Israel’ dan juga Amerika Syarikat, merasakan bahawa mereka adalah pemenang perang kali ini.

Biar apa pun propaganda oleh pihak mana sekali pun, terdapat 10 hakikat nyata dari perang ini yang perlu difahami oleh mereka yang mempunyai mata hati:

  1. Emosi umat Islam berpihak kepada Iran dan mahu melihat kehancuran Yahudi

Sebahagian besar umat Islam menyuarakan sokongan kepada Iran tanpa memandang lagi bahawa Iran merupakan sebuah negara Syiah, yang selama ini dilihat sebagai “musuh” kepada Sunni. Umat Islam sanggup melupakan “kejahatan” Iran yang selama ini bersekongkol dengan Basyar al-Assad dalam memerangi rakyatnya yang majoritinya Sunni. Umat Islam juga sanggup melupakan bantuan yang diberikan Iran kepada Amerika ketika Amerika memerangi Iraq dan Afghanistan. Apabila Iran berperang dengan ‘Israel’, umat Islam merasa bahawa ‘Israel’ adalah musuh bersama tidak kira Sunni atau Syiah. Dari sudut ini, kita tidak menafikan bahawa ia merupakan satu petanda yang positif, kerana sokongan kepada Iran diberi oleh umat Islam semata-mata atas dasar Islam.

  1. Amerika dan ‘Israel’ mahu menghapuskan program nuklear Iran

Hasrat ‘Israel’ dan Amerika untuk menghapuskan program nuklear Iran tidak penah tersembunyi. Iran berpotensi untuk membangun senjata nuklear dalam masa terdekat, suatu yang boleh menjadi ancaman terhadap ‘Israel’, khususnya jika rejim Iran yang sedia ada jatuh dan diganti oleh seorang pemimpin yang ikhlas dan takutkan Allah. Israel sering “mengganggu” Amerika dengan ancaman nuklear Iran yang mana entiti haram itu tidak senang duduk selagi ia tidak dihapuskan. Amerika juga tidak mahu Iran menjadi ancaman kepada anak nakalnya itu, dan dalam masa yang sama, Amerika tidak mahu Iran muncul sebagai satu kekuatan baru di Timur Tengah yang tidak terkendali. Jadi, keupayaan nuklear Iran mesti dihapuskan segera. Amerika ingin mewujudkan satu fasa baru hubungan ‘Israel’-Iran tanpa disibukkan lagi dengan isu nuklear Iran. Lagi pun, Amerika ingin menumpukan perang dagangnya dengan China yang selama ini terganggu disebabkan tumpuannya kepada isu nuklear Ira

  1. Iran hanya menyerang balas ‘Israel’ demi kepentingan nasional kerana negaranya diserang, bukan kerana ingin membebaskan Gaza atau Palestin

Kita tidak menolak kegembiraan umat Islam apabila Iran menyerang balas entiti Yahudi, dan menyebabkan beberapa kemusnahan di Tel Aviv khususnya. Namun, apa yang umat Islam perlu faham ialah tindakan Iran ke atas ‘Israel’ hanyalah sebagai membalas serangan, bukan sama sekali untuk membebaskan Palestin. Apa yang dilakukan Iran semata-mata untuk kepentingan nasional negaranya, dan untuk menjaga air mukanya di depan rakyatnya, bukannya untuk kepentingan Tanah Palestin Yang Diberkati. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Iran tidak pernah terlintas pun untuk membebaskan Palestin. Jadi, biar pun serangan bertubi-tubi dilancarkan Iran ke atas ‘Israel’ selama 12 hari berturut-turut, hakikatnya Gaza masih tetap dibantai oleh Yahudi, Palestin masih tetap terjajah, dan Masjidil Aqsa masih tetap berada di bawah kawalan Yahudi.

  1. Iran bukan berperang untuk menyelamatkan nyawa, darah atau maruah umat Islam khususnya di Gaza, tetapi semata-mata hanya kerana membalas serangan ‘Israel’ ke atas negaranya

Sangat terang lagi bersuluh bahawa serangan Iran ke atas ‘Israel’ bukannya bertujuan untuk membela atau menyelamatkan nyawa warga Gaza yang saban hari di bom oleh Yahudi la’natullah, tetapi hanya sekadar tindak balas ke atas ‘Israel’ yang menyerang negaranya. Iran tidak pernah peduli nyawa kaum Muslimin di Gaza sejak tragedi 7 Oktober 2023, malah sejak 1948 lagi pun Iran tidak pernah peduli akan darah dan nyawa warga Palestin yang ditumpahkan oleh Yahudi dari semasa ke semasa. Jika benar Iran peduli tentang darah, nyawa dan maruah warga Palestin, sudah lama Iran menyerang ‘Israel’ dengan penuh kekuatan bagi menyelamatkan mereka walau apa pun harga yang mesti dibayar oleh Iran.

  1. Iran bukan berperang untuk melenyapkan entiti Yahudi atau mengusir Yahudi dari tanah yang diduduki (Palestin)

Kita semua maklum bahawa Yahudi merupakan penjajah, pembunuh dan pengganas, dan kaum terkutuk itu telah menjajah Palestin dan mendudukinya serta membunuh dan menghalau kaum Muslimin selaku penduduk tempatan. Inilah faktanya sejak 1948 berdirinya entiti haram tersebut di tanah Palestin. Di sebalik serangan bertubi-tubi Iran selama 12 hari ke atas entiti haram itu, ternyata Iran berperang bukannya untuk menghancurkan entiti Yahudi, dan bukan juga untuk menghalau si penjajah itu dari bumi Palestin. Padahal kewajipan Iran (dan kesemua penguasa kaum Muslimin) ialah untuk melenyapkan entiti Yahudi, perampas tanah Palestin dan seterusnya memerangi serta mengusir kaum terlaknat itu dari Palestin. Iran tidak pernah mempunyai niat pun untuk melenyapkan entiti Yahudi dari muka bumi mahu pun mengusir si penjajah dari Tanah Palestin Yang Diberkati. Serangan selama 12 hari hanyalah sekadar serangan balas, bukannya serangan untuk menghancurkan entiti penjajah yang terlaknat.

  1. Amerika adalah di sebalik serangan Israel dan gencatan senjata

Perang yang berlangsung selama 12 hari ini tidak lain hanyalah di bawah arahan dan kendali Amerika, untuk memenuhi kepentingan ‘Israel’ dan Amerika di Timur Tengah. Terdapat bukti yang jelas bahawa Amerikalah yang memberi lampu hijau kepada ‘Israel’ untuk melancarkan serangan ke atas Iran. Amerika kemudian bertindak mengebom tiga fasiliti nuklear Iran, dan kemudian Amerikalah yang mengumumkan gencatan senjata. Ia bukan mengumumkan gencatan senjata bagi pihak ‘Israel’ sahaja, tetapi juga bagi pihak Iran, yang menunjukkan dengan jelas bahawa peperangan ini sebenarnya dimulakan oleh Amerika dan dihentikan oleh Amerika. Dengan kata lain, peperangan ini berada di bawah kendali Amerika sepenuhnya, di mana ia-lah yang membuat keputusan bila perlu dimulakan dan bila perlu dihentikan.

  1. Iran bergerak di orbit Amerika dan tidak pernah keluar darinya

Bagi mereka yang tertanya-tanya kenapakah Amerika yang mencadangkan (baca: menentukan) gencatan senjata, sedangkan pihak yang berperang ialah ‘Israel’ dan Iran, maka jawapannya cukup mudah, jelas lagi nyata untuk difahami oleh semua orang – kerana kedua-dua negara hanya berputar di orbit Amerika dan tidak pernah keluar darinya. Walaupun kedua-dua negara (‘Israel’ dan Iran) dilihat bermusuh, dan ada perseteruan yang tersendiri, namun hal ini tidak pernah menjadikan kedua-duanya keluar dari orbit Amerika. Sejarah hubungan Iran-Amerika sangat jelas bagi mereka yang mengkaji. Jadi, tidak hairanlah Iran terus bersetuju dan tidak membantah sama sekali apabila Amerika mengusulkan gencatan senjata, walau pun negaranya sudah musnah, dan rakyatnya ramai terkorban dek bom ‘Israel’ dan Amerika.

  1. Israel tidak kuat dan tidak mampu berperang tanpa bantuan Amerika

Tanggapan segelintir umat Islam bahawa ‘Israel’ merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak dapat dikalahkan, sesungguhnya merupakan mitos sejak dahulu. Jika tidak kerana pengkhianatan para penguasa Muslim, khususnya Arab, sudah lama entiti haram Yahudi itu lenyap dari muka bumi. Perang 12 hari ini menjadi bukti terbaru bahawa ‘Israel’ sememangnya tidak mampu berperang kecuali dengan bantuan Amerika. Dalam perang ini juga telah terbukti bahawa pertahanan entiti haram itu, yang kononnya sangat hebat, telah berjaya diboloskan oleh peluru berpandu dari Iran. Itu pun dalam keadaan sebahagian besar dari peluru berpandu tersebut dipintas oleh Jordan yang khianat, tetapi tetap sahaja ada yang terlepas dan berjaya masuk menembusi ‘Israel’.

  1. Pengkhianatan penguasa Muslim yang berterusan

Apa yang berlaku dalam perang Iran dan entiti Yahudi ini sekali lagi membongkar kepada dunia — khususnya kepada dunia Islam — tentang betapa khianat dan hinanya para penguasa umat Islam. Jordan menjadi benteng utama peluru berpandu Iran dengan pintasan yang mereka lakukan, serta dalam masa yang sama memberi laluan kepada tentera udara ‘Israel’ untuk menyerang Iran dan kembali semula ke ‘Israel’ dengan selamat. Para penguasa Muslim yang lain pula terus menjadi pemerhati yang hatinya sudah mati. Malah, para penguasa ini, termasuk Iran, sejak sekian lama tidak pernah pun menyerang untuk menghapuskan ‘Israel’ walaupun mereka sering bermuka-muka sebagai pendukung utama perjuangan rakyat Palestin. Jika tidak kerana pengkhianatan mereka, entiti Yahudi tentunya telah lama terkubur. Mereka adalah sebenar-benar pengkhianat terhadap Allah, Rasul-Nya, kaum Mukminin dan terhadap Palestin.

  1. Umat Islam sangat terdesak memerlukan Khilafah sebagai satu-satunya solusi

Sesungguhnya satu-satunya solusi untuk masalah Palestin ialah dengan jihad fi sabilillah – memerangi Yahudi habis-habisan dan melenyapkan entiti haramnya dari muka bumi. Hanya dengan cara ini, warga Palestin dapat dibela dan diselamatkan, serta Tanah Palestin Yang Diberkati dapat dibebaskan sepenuhnya. Namun, semua ini tidak akan terjadi di bawah para penguasa yang khianat, termasuk penguasa Iran, kerana mereka semua tidak pernah mahu membebaskan Palestin mahupun membela darah kaum Muslimin yang tumpah di bumi yang diberkati itu. Oleh itu, kita wajib berusaha untuk mendirikan semula Daulah Khilafah dan melantik seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa, yang insya Allah akan menjadi perisai bagi kaum Muslimin di mana kaum Muslimin akan berperang dan berlindung di belakangnya.

Sesungguhnya tegaknya Khilafah itu merupakan janji daripada Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga dengan kehancuran Yahudi yang merupakan janji daripada Allah dan Rasul-Nya. Apa yang kita dituntut sekarang ialah untuk mengusahakan tegaknya kembali Khilafah dengan jalan yang benar sebagaimana dperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Wallahu a’lam.