Diplomat Turki dedah “rahsia” panggilan antara Iran dan Amerika sebelum serangan

Sumber diplomatik Turki mendedahkan satu panggilan rahsia antara Tehran dan Washington, melalui Ankara, sebelum serangan oleh Iran ke atas entiti Yahudi menggunakan peluru berpandu dan dron.

Sumber itu berkata bahawa melalui komunikasi tersebut, Iran telah memaklumkan kepada Amerika lebih awal mengenai waktu serangan melalui Turki, yang menunjukkan bahawa entiti Yahudi itu tahu bilakah (masa) Iran akan melancarkan serangan.

Sumber itu berkata, dalam kenyataannya kepada Reuters, bahawa Iran telah memaklumkan kepada Turki lebih awal mengenai operasi yang dirancangnya ke atas entiti Yahudi itu, yang sekali gus menjelaskan langkah-langkah yang diambil sebelum serangan oleh beberapa negara yang menutup ruang udara mereka, termasuk Jordan, entiti Yahudi dan Lubnan.

Beliau menambah bahawa Turki telah memaklumkan kepada Amerika mengenai kandungan mesej Iran, di mana Amerika menyampaikan kepada Iran (melalui Turki) bahawa operasinya mestilah dalam batas tertentu sahaja.

Beliau menegaskan bahawa Iran memaklumkan kepada Amerika bahawa operasinya hanyalah terbatas kepada tindak balas terhadap serangan di kedutaannya sahaja, dan skopnya tidak akan lebih dari itu.

Terdahulu pada hari Ahad, Menteri Luar Turki, Hakan Fidan memaklumkan rakan sejawatnya dari Iran melalui panggilan telefon bahawa Turki tidak mahu meningkatkan lagi ketegangan di rantau itu selepas serangan ke atas entiti Yahudi itu.

Berita ini menunjukkan bahawa Iran, melalui diplomasi pintu belakang, iaitu melalui Turki, telah memaklumkan terlebih dahulu kepada Amerika Syarikat tentang serangannya, dan melakukan serangan tersebut dengan koordinasi dengan Amerika.

Jadi, Amerika telah mempunyai maklumat awal mengenai serangan itu dan nampaknya telah membenarkannya.

Ternyata, Iran tidak berniat pun untuk mengisytiharkan perang terhadap entiti Yahudi melalui serangan ini, sebaliknya ia hanya mahu menyelamatkan air mukanya di hadapan rakyatnya, dan di persada antarabangsa.

Ini menunjukkan bahawa Iran tidak ikhlas dalam serangannya, dan tidak ada niat untuk mengisytiharkan perang terhadap entiti Yahudi serta menghapuskannya. Jika ya, ia pasti akan mengisytiharkan perang terhadap entiti Yahudi tatkala entiti haram itu menyembelih umat Islam di Gaza dan menduduki Palestin, dan ia pasti akan memusnahkannya dalam beberapa jam dengan tenteranya yang begitu besar.

Oleh itu, amat jelas bahawa tidak ada seorang pun penguasa negeri Muslim, termasuk penguasa Iran, yang sanggup menghapuskan entiti Yahudi, kerana mereka semua adalah hamba kepada kafir penjajah.

[Sumber: https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/sporadic-sections/media/95060.html]