LGBT semakin marak akibat kegagalan sistem
BULETIN HTM – Isu LGBT kembali menjadi perhatian umum selepas serbuan ke atas sebuah spa songsang di Chow Kit, Kuala Lumpur yang membawa kepada penahanan lebih 200 individu, sebelum 171 warga tempatan dibebaskan apabila mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.
Perkembangan ini menimbulkan persoalan baharu tentang kelemahan undang-undang sedia ada dalam mengekang kegiatan tak bermoral itu, di samping persoalan yang lebih serius sama ada kerajaan sengaja tidak mahu mendakwa mereka yang terlibat kerana terdapat individu yang ditahan, yang ada kaitan dengan kerajaan dan parti pemerintah.
Dalam suasana kebimbangan ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) melalui Jurucakapnya, Ustaz Abdul Hakim Othman, tampil menjelaskan isu tersebut dalam program mingguan Kupas Tuntas bertajuk “Hukuman Mati Untuk Pengikut Kaum Nabi Luth” yang disiarkan secara live di Facebook dan TikTok pada 5 Disember 2025.
Beliau memulakan kupasan dengan menegaskan bahawa fenomena LGBT yang semakin menjadi-jadi sekarang ini bukan sekadar masalah perilaku individu atau kes terpencil, tetapi terdapat agenda yang sistematik, tersusun dan massive oleh kafir Barat untuk merosakkan umat manusia amnya, dan umat Islam khasnya, atas nama kebebasan dah hak asasi manusia.
Beliau melanjutkan bahawa maraknya LGBT saat ini merupakan manifestasi kegagalan sistem pemerintahan dan perundangan negara yang berakar daripada sistem demokrasi-sekular yang jelas lagi nyata bertentangan dengan Islam, bahkan bertentangan dengan fitrah manusia.
Beliau turut mempersoalkan sikap polis dan jabatan agama yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat meneruskan pendakwaan dalam kes ini kerana tiada mangsa yang mengaku selain kerana kekurangan bukti, sedangkan pendakwaan boleh dilakukan di bawah seksyen lain yang terdapat di dalam Kanun Keseksaan dan juga Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
Jurucakap HTM itu seterusnya menerangkan satu per satu dalil mengenai keharaman LGBT dan uqubat (hukuman) yang wajib dikenakan ke atas pelaku dan pendukung kaum pelangi itu. Kesalahan golongan ini sangat serius sehingga Islam memperuntukkan hukuman mati untuk mereka yang melakukan liwat, penzina muhsan (telah berkahwin) dan hukuman mati turut boleh dikenakan ke atas pendukung atau ejen propaganda kegiatan songsang ini.
Bagaimana pun menurut beliau, hukuman tersebut tidak diterapkan oleh pemerintah pada hari ini, yang menjadi penyebab kepada maraknya aktiviti kumpulan tersebut, yang boleh jadi semakin parah apabila mendapat “restu” daripada pemerintah sendiri.
Ustaz Hakim menegaskan bahawa individu pelaku LGBT tersebut memang salah dan wajib berubah, tetapi tanpa sistem dan negara yang menerapkan Islam, keadaan tidak akan membantu untuk membanteras gejala songsang ini. Jalan penyelesaian kepada masalah ini tidak terletak pada pihak polis atau jabatan agama, atau melalui pindaan undang-undang semata-mata, tetapi menuntut kembalinya sebuah pemerintahan Islam yang menerapkan Islam secara kaffah.
Di akhir program, Jurucakap HTM itu memberikan nasihat dan tips kepada golongan LGBT yang ingin bertaubat yang insya Allah jika direalisasikan oleh mereka, akan mengembalikan mereka ke jalan yang benar.