LGBT Simptom Sistem Sekular

altSejak seminggu yang lalu, kita telah menyaksikan pelbagai ceramah, seminar dan perhimpunan yang diadakan untuk membantah agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Di antara yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan adalah berkenaan tuntutan dalam agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender ini yang mana mereka mahukan hak mereka untuk menyayangi dan disayangi oleh pasangan masing-masing walaupun jantinanya sama.

Ya, sudah tentulah kita amat membenci golongan-golongan lesbian dan gay ini kerana ia dibenci oleh Allah SWT. Lihatlah bagaimana Allah menghancurkan kaum Nabi Luth kerana mengamalkan hubungan liwat sesama mereka. Firman Allah SWT:

 “Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka ),kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu seelum fajar menyingsing. Sebagai ni’mat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia ( Luth ) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu” [TMQ Al Qamar : 33-36]

Maka sudah tentulah semua usaha-usaha dan tindakan mengecam golongan ini mesti disokong dan dihargai kerana ia adalah sebahagian tugas  para nabi, iaitu menghapuskan kemungkaran.

Namun, usaha ini seharusnya dilakukan secara berterusan dan bukannya dilihat seolah-olah bermusim. Sebelum ini, memang ada usaha-usaha sebegini dilakukan namun ia tenggelam tetapi sejak kebelakangan ini, ia muncul dengan ‘nafas baru’ sehingga semangat dan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan benar-benar ‘memancing’ orang ramai untuk turut serta sambil melaungkan sokongan.

Cuma, persoalannya sekarang adalah, mengapa hanya agenda LGBT sahaja yang kena? Padahal jika kita mengkaji tugas para nabi, kita akan mendapati mereka  bukan sahaja mengajak orang ramai kepada kebaikan tetapi juga mencegah perkara mungkar yang lain. Contohnya Rasulullah SAW bukan sahaja mengajak kepada Islam, tetapi baginda juga mengkritik amalan menipu di pasar dan amalan-amalan maksiat lain yang dibenarkan oleh penguasa Mekah ketika itu.

Jadi, melihat kepada keadaan di sekeliling kita, terlalu banyak perkara mungkar yang sedang berlaku terutamanya amalan-amalan yang lahir akibat penerapan sistem yang mengatur kehidupan kita pada hari ini. Ini termasuklah daripada Sistem Ekonomi sehinggalah kepada Sistem Pendidikan yang semuanya berasal daripada akal manusia yang diwarisi daripada penjajah, British.

Jadi bukan LGBT sahaja yang mendatangkan kemurkaan Allah, sebenarnya dengan pelbagai sistem yang selain daripada Islam yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan  juga sebenarnya mengundang kemurkaan Allah SWT.

Rujukan : Utusan Malaysia 23/4/2012