Penguasa khianat sertai ‘Lembaga Keamanan’ Trump bersama Netanyahu

Berita melaporkan yang Arab Saudi, Turki, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, dan Qatar telah secara rasmi menerima jemputan untuk menyertai ‘Lembaga Keamanan’ (Board of Peace) tajaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Ini merupakan satu lagi babak baharu pengkhianatan para penguasa Muslim terhadap Tanah Isra’ dan Mikraj Yang Diberkati. Pemerintah Arab Saudi, Turki, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Qatar, dan UAE telah menerima jemputan Trump untuk menyertai apa yang Trump namakan sebagai ‘Lembaga Keamanan. Dalam masa yang sama, si penyembelih Gaza, Netanyahu, juga bersetuju untuk menyertai “lembaga perang dan penjajahan” ini.

Lembaga ini tidak lebih daripada satu pakatan ketenteraan baharu para penguasa Muslim dengan Amerika Syarikat dan entiti Yahudi. Lembaga Keamanan ini bertujuan untuk memantau pelan bernilai $25 bilion bagi membangunkan Gaza untuk menjadi hab ekonomi bagi kuasa penjajah, sambil memastikan penghapusan sebarang perlawanan terhadap penjajahan entiti Yahudi.

Para penguasa Muslim ini sesungguhnya telah membina pakatan baharu dengan Amerika Syarikat biarpun negara itu telah memerangi Islam dan umat Islam selama berdekad-dekad, termasuk peperangan di Afghanistan dan Iraq yang telah menelan ratusan ribu korban. Mereka berpakat dengan Amerika biarpun Amerika sangat jelas merupakan pendukung utama entiti Yahudi dengan membekalkan pelbagai senjata maut untuk memerangi umat Islam dan menghalau umat Islam dari kediaman mereka.

Para penguasa Muslim ini sesungguhnya telah membina satu pakatan secara langsung dengan entiti Yahudi, sedangkan kaum terlaknat itu merupakan musuh Islam yang nyata, dan setiap jengkal tanah yang diduduki mereka itu adalah hasil penjajahannya ke atas tanah umat Islam. Bagaimana mungkin para penguasa ini boleh bersekutu dengan musuh yang menyerang dan membunuh umat Islam serta merampas tanah suci kita semua, sedangkan Allah (swt) berfirman:

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai temanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai teman, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [Al-Mumtahanah (60): 9].

Mustahil yang penguasa Muslim ini tidak sedar bahawa mereka sesungguhnya sedang membina satu pakatan untuk menjamin keselamatan entiti Yahudi daripada sebarang perlawanan bersenjata dari umat Islam! Sedangkan kewajipan mereka adalah mengerahkan tentera yang mereka miliki untuk membebaskan seluruh Palestin dari sungai hingga ke laut. Allah (swt) berfirman:

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

“Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan” [Al-Baqarah: 191].

Bagaimana mungkin para penguasa ini boleh mendakwa mereka tidak mampu memerangi entiti Yahudi? Sedangkan Pakistan mempunyai 660,000 tentera aktif, Turki 481,000, Mesir 438,500, Indonesia 404,500, Arab Saudi 247,000, Jordan 114,500, dan UAE 65,000. Secara kolektif para penguasa ini memiliki jutaan tentera, sedangkan tentera pengecut Yahudi hakikatnya tidak mampu pun untuk mencapai kemenangan ke atas sebilangan kecil pejuang mujahidin di Gaza yang kekurangan kelengkapan selama lebih dua tahun.

Sungguh tragis apabila para penguasa ini sebentar lagi akan menghantar tentera ke Gaza, di bawah arahan jeneral Amerika, untuk menjamin keselamatan entiti Yahudi daripada sebarang penentangan bersenjata Mujahihidin. Sungguh betapa berdosa dan hinanya para penguasa ini!

Sesungguhnya Gaza telah mendedahkan kebaikan dalam diri kaum Muslimin di sana dan umat Islam yang prihatin, serta dalam masa yang sama mendedahkan kejahatan dan pengkhianatan para penguasa Muslim. Gaza juga telah mendedahkan kejahatan demi kejahatan tatanan dunia Amerika dan keperluan mendesak untuk mendirikan perisai umat iaitu Khilafah Rashidah. Sesungguhnya melalui Gaza, Allah (swt) telah menampakkan kepada kita banyak perkara yang seharusnya menjadi “wake up call” kepada kita.

Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk berjuang untuk mengembalikan semula perisai kita (Khilafah) sehingga Allah (swt) memenangkan agama ini dan mengalahkan musuh-musuh-Nya. Kita semua tahu bahawa Allah tidak akan menurunkan malaikat untuk menegakkan Khilafah untuk kita, sementara kita hanya berdoa sambil berpeluk tubuh. Namun, Allah sudah pasti akan membantu kita dengan menurunkan malaikat-Nya apabila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu menegakkan agama-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh-Nya.

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan-Ku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq” [An-Nur (24): 55].

Maka, sedarlah wahai kaum Muslimin bahawa selagi kalian memiliki para penguasa khianat ini, dan selagi kalian tidak berusaha untuk menegakkan Khilafah, maka selagi itulah Gaza akan terus terjajah dan akan terus menjadi santapan lazat kaum kafir yang sekarang ini dibantu oleh para penguasa kalian untuk meratah daging-daging saudara-saudara kalian sendiri.