Hukuman mati bagi penghina Al-Quran – Jurucakap HTM

Buletin HTM – Isu penghinaan terhadap Al-Quran oleh seorang pelajar yang memuat naik gambar dia memijak kitab suci tersebut, telah mendapat perhatian serius dalam program Kupas Tuntas Bersama Jurucakap HTM yang bersiaran langsung pada 27 Feb 2026.
Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman, menjelaskan bahawa kemarahan umat Islam terhadap isu ini menunjukkan bahawa roh Islam masih hidup di hati umat, namun kata beliau ia tidak boleh berhenti di situ, kerana umat ini seharusnya turut sensitif apabila pemerintah tidak menerapkan hukum-hakam Al-Quran dalam konteks bernegara.
Beliau menghuraikan beberapa pandangan ulama dalam isu penghinaan Al-Quran yang mana jumhur (majoriti) berpandangan bahawa penghina Al-Quran wajib dihukum mati, tidak kira ia Muslim mahu pun non-Muslim. Ini kerana, jika ia Muslim, perbuatannya telah menjadikannya kafir (murtad), atas dasar itu ia akan dihukum bunuh sesuai dengan hukuman ke atas orang yang murtad.
Sedikit ikhtilaf (perbezaan pandangan) hanya berlaku dalam kes-kes berikut: jika ia melibatkan Muslim, dia kembali bertaubat, atau jika melibatkan non-Muslim, dia masuk Islam. Sebahagian Ulama menyatakan bagi kedua-dua kes ini, ia terlepas dari hukuman mati.
Namun, hukuman Islam ini tidak berjalan di Malaysia yang merupakan sebuah negara sekular. Atas dasar itu umat Islam wajib faham, menurut beliau, bahawa tatkala si penghina Al-Quran melakukan dosa besar dengan perbuatannya, pemerintah pada hari ini juga melakukan dosa besar kerana tidak menerapkan hukum-hakam Al-Quran.
Kata beliau, “Walaupun pemerintah tidak memijak Al-Quran, tidak mengoyak Al-Quran, tetapi mereka telah mencampakkan hukum-hukum Al-Quran yang mana ini jelas merupakan dosa besar. Selain itu, ini merupakan tindakan yang disebut dalam aduan Rasulullah (saw) kepada Allah (swt) bahawa kaum baginda telah mengambil Al-Quran secara acuh tak acuh (mahjuran)”.
Selain tidak berhukum dengan Al-Quran, pemerintah tidak pernah mengambil tindakan tegas dalam kes penghinaan terhadap Al-Quran, bidas Jurucakap HTM itu, sehingga kes seperti ini terus berulang dari semasa ke semasa. Atas dasar itu, tidak ada jalan lain jika ingin mengembalikan keseluruhan hukum Al-Quran, umat Islam wajib berusaha menegakkan Khilafah, sebuah Negara Islam yang telah terbukti menerapkan Islam secara kaffah dan menjaga kesucian Al-Quran, malah menjaga kesucian maruah umat Islam itu sendiri selama lebih 13 abad.
Ketika sesi soal-jawab, Ustaz Hakim mengingatkan bahawa dalam Islam, kita tidak boleh mengambil tindakan sendiri terhadap penghina Al-Quran, tetapi kes mesti dibawa untuk diadili di mahkamah, dan mahkamahlah yang berhak menjatuhkan hukuman. Masalah kat Malaysia ini ialah apabila mahkamah tidak berhukum dengan hukum Islam, itulah sebabnya kita kena berusaha menegakkan Khilafah, tegas beliau.