Perang AS-Iran: Punca, peringatan dan wake-up call untuk penguasa dan umat Islam

Terdapat satu persoalan mendasar bagaimana Amerika boleh menyerang Iran padahal Iran merupakan sebuah negara yang mengorbit Amerika sejak sekian lama. Berapa banyak kesepakatan-kesepakatan jahat yang telah dimasuki oleh Iran dengan Amerika. Kerjasama dan bantuan Iran kepada Amerika dalam perang di Iraq, Afghanistan, Syria, Lebanon dan Yaman bukanlah suatu yang tersembunyi. Lalu, kenapa Amerika boleh menyerang Iran sedangkan Iran telah lama berkhidmat kepada Amerika?
Jawapan kepada persoalan ini adalah seperti berikut:
- Iran mempunyai keupayaan nuklear yang boleh mengancam ‘Israel’ dan hal ini tidak disukai oleh ‘Israel’. Melalui kerjasama strategik dan kepentingan bersama dengan Amerika, ‘Israel’ sepakat melancarkan serangan bagi menamatkan ancaman nuklear Iran, sekali gus membolehkan Amerika menguasai Iran sepenuhnya jika menang perang.
- Amerika tidak mahu Iran selamanya menjadi “negara orbit”, kerana negara orbit kadang-kadang boleh “terlari” dari orbit bila kepentingan mereka tidak sama. Amerika mahu menjadikan Iran sebagai “negara agen” yang tunduk patuh sepenuhnya kepada Amerika, sama sebagaimana Arab Saudi, Mesir, Jordan, UAE, Qatar, Turki, Pakistan dan lain-lain.
- Perangai Amerika sejak dulu tidak pernah berubah iaitu ia akan menyingkirkan penguasa mana pun, termasuklah boneka atau ejennya sendiri, setaat mana pun mereka, apabila mereka sudah tidak lagi berguna kepada Amerika, atau apabila perkhidmatan mereka telah tamat pada pandangan Amerika, atau apabila kepentingan Amerika tergugat, atau apabila kepentingan Amerika memerlukannya berbuat demikian. Demikianlah yang sedang terjadi dengan Iran.
Demikianlah sifat politik antarabangsa, khususnya oleh kuasa besar, yang tidak pernah berdiri atas dasar prinsip, sebaliknya berdiri di atas kepentingan. Negara-negara besar menggunakan sekutu mereka dan alat-alat tertentu untuk mencapai matlamat. Apabila peranan “alat” tersebut selesai, ia akan diganti dengan yang lain. Inilah yang berulang kali berlaku dalam sejarah dunia. Amerika akan menyokong rejim tertentu kemudian menjatuhkannya, memasuki kesepakatan yang bersifat sementara, lalu mengakhirinya dengan konflik.
- Perlu difahami bahawa konflik dengan kuasa besar bukan sekadar konflik ketenteraan, tetapi konflik kuasa, politik, ekonomi, pengaruh dan peradaban. Iran telah lama mahu meluaskan pengaruhnya di Timur Tengah, dan ini tidak disukai oleh Amerika. Begitu juga dengan China yang semakin akrab dengan Iran dan mempunyai pengaruh ekonomi yang cukup besar di rantau tersebut. Hal ini juga tidak disukai oleh Amerika. Setelah jalan rundingan gagal mencapai matlamat, atau sengaja dibuat-buat gagal, maka satu-satunya jalan untuk Amerika menyekat semua pengaruh tersebut ialah dengan menyerang Iran (dan berharap akan menang perang).
- Amerika adalah musuh Islam sejak sekian lama, benci pada Islam, dan tidak mahu Islam kembali bangkit sebagai super power di bawah Khilafah. Permusuhan Amerika dengan Islam sangat nyata dan ia tidak pernah memandang umat ini sama ada Syiah atau Sunni. Bagi Amerika, asalkan Muslim, maka ia adalah musuh. Jika tidak boleh ditundukkan dengan hegemoni politik, atau meja rundingan, maka perang merupakan pilihan terakhir. Atas sifat sebagai musuh, mana Amerika akan terus memerangi Islam sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah (swt):
﴿وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا﴾
“Mereka tidak akan berhenti memerangi kalian sehingga mereka dapat memalingkan kalian dari agama kalian sekiranya mereka sanggup” [Al-Baqarah (2): 217].
Peringatan Allah untuk umat Islam, khususnya penguasa
Walaupun Allah (swt) telah mengingatkan kita tentang perangai musuh-musuh-Nya yang tidak akan berhenti memerangi kita, namun malangnya para penguasa tidak pernah mengendahkan peringatan ini sedikit pun. Mereka terus berbaik dengan musuh, mencari kemuliaan di sisi musuh, bahkan sampai ke tahap membantu musuh membantai saudara-saudara mereka sendiri. Demikianlah betapa hina dan khianatnya para penguasa umat Islam, dan penguasa Iran tidak terkecuali.
Terlepas daripada semua itu, apa yang wajib dilakukan Iran sekarang ialah untuk terus berjihad melawan Amerika semata-mata kerana Allah, bukan kerana bangsa, bukan kerana negara, bukan kerana kepentingan ekonomi, bukan kerana untuk membangga diri, dan perlawanan ini bukan untuk sementara waktu lalu kembali ke meja rundingan apabila Amerika mahu berunding. Jihad ini wajib diteruskan sehingga Amerika benar-benar lumpuh dan entiti Yahudi dihancurkan dan Tanah Palestin Yang Diberkati dibebaskan sepenuhnya.
Manakala menjadi kewajipan syarie bagi negeri-negeri yang berdekatan dengan Iran untuk bergabung dan membantu Iran mengalahkan Amerika dan entiti Yahudi.
Namun persoalannya, adakah Iran dan negeri-negeri sekitarnya akan berbuat demikian?
Di sinilah pentingnya untuk umat Islam memahami politik antarabangsa, percaturan kuasa-kuasa besar, pengkhianatan para penguasa, konflik-konflik yang berlaku, dan yang lebih penting ialah, bagaimanakah solusi Islam dalam masalah ini, agar umat Islam tidak terus dipimpin oleh para penguasa Ruwaibidhan yang khianat, dan dapat mengalahkan Amerika dan entiti Yahudi, serta kembali muncul sebagai umat yang terbaik dan negaranya (Khilafah) kembali menguasai dunia dengan penuh kemuliaan dan kebaikan.
Berikut ialah sebahagian peringatan dari Allah dan Rasul-Nya yang wajib diperhatikan oleh umat Islam, yang sekali gus menjadi solusi kepada masalah mereka:
- Jangan mengambil orang kafir sebagai wali (teman, penolong, pelindung):
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang beriman. Inginkah kalian mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyeksa kalian)? [An-Nisa’ (4): 144]
- Secara khusus, jangan mengambil Yahudi dan Nasara sebagai wali:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin kalian. Sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kalian mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” [Al-Maidah (5): 51].
- Jangan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai kita:
﴿وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا﴾
“Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman” [An-Nisa’ (4): 141]
- Fahami perangai musuh-musuh Allah dan pembohongan mereka:
﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ﴾
“Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan” [Al-Baqarah (2): 11]
- Wajib memerangi orang-orang kafir yang memerangi kita:
﴿وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ﴾
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, (tetapi) janganlah kalian melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” [Al-Baqarah (2): 190]
- Wajib bersatu di bawah persaudaraan Islam, dan di bawah satu negara, dengan memecahkan sempadan negara-negara bangsa yang dicipta dan diberi oleh musuh kepada kita:
﴿وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ﴾
“Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kalian dahulu (semasa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kalian, lalu menjadilah kalian kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian berpetunjuk” [Ali Imran (3): 103]
- Wajib menolak para penguasa yang jahat lagi khianat. Jabir bin Abdullah menuturkan bahawa Nabi (saw) pernah bersabda kepada Kaab bin Ujrah:
أَعَاذَكَ اللَّهُ مِنْ إِمَارَةِ السُّفَهَاءِ قَالَ وَمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ قَالَ أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِي لَايَقْتَدُونَ بِهَدْيِي وَلَايَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَأُولَئِكَ لَيْسُوا مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُوا عَلَيَّ حَوْضِي وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَأُولَئِكَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُمْ وَسَيَرِدُوا عَلَيَّ حَوْضِي«
“Aku mohon perlindungan kepada Allah untuk dirimu dari Imaaratu as-Sufahaa`.” Kaab bertanya, “Apa itu, wahai Rasulullah?” Rasul bersabda, “Iaitu para pemimpin yang ada sesudahku, mereka tidak mengikuti petunjukku dan tidak meneladani Sunnahku. Siapa saja yang membenarkan mereka dengan kebohongan mereka dan menolong mereka atas kezaliman mereka, maka dia bukan dari golonganku, dan aku pun bukan dari golongannya dan dia tidak merasa telagaku. Sebaliknya, siapa yang tidak membenarkan mereka dengan kebohongan mereka, dan tidak menolong mereka atas kezaliman mereka, maka dia termasuk dari golonganku, aku pun termasuk dari golongannya dan dia akan merasa telagaku” [HR Ahmad, al-Bazzar, Ibnu Hibban dan al-Hakim].
- Wajib berusaha menegakkan Khilafah yang akan menjadi perisai kita dalam menghadapi musuh:
إنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Sesungguhnya al-Imam (Khalifah) itu (laksana) perisai, di mana orang-orang akan berperang dan berlindung di belakangnya” [HR al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’i, Abu Daud, Ahmad].
Sekiranya umat Islam mengambil semua peringatan ini, maka insya Allah ia akan menjadi jalan keluar buat umat Islam daripada dipimpin oleh para penguasa Imaaratu as-Sufahaa’, dan daripada terus menjadi mangsa yang enak kepada musuh-musuh Islam, terutamanya Amerika dan Yahudi.
Kesimpulan
Apa yang berlaku ke atas Iran sekarang seharusnya menjadi wake-up call kepada seluruh umat Islam bahawa musuh tidak akan pernah berhenti memerangi umat Islam selagi umat ini berpecah-belah di bawah negara bangsa, yang telah menjadikan umat ini berada dalam keadaan lemah dan tercera-berai. Hari ini Iran diserang, kelmarin Palestin, Lubnan, Yaman, Iraq, Afghanistan, Bosnia dan banyak lagi telah menerima nasib yang sama. Esok giliran siapa pula?
Musuh-musuh Islam, khususnya Amerika dan ‘Israel’ tidak mahu umat ini bersatu di bawah Khilafah sebagaimana ucapan yang jelas keluar dari mulut-mulut mereka sendiri. Khilafah merupakan mimpi ngeri mereka, dan mereka cukup sedar bahawa kemunculan Khilafah bermakna kematian mereka. Maka, ayuh kita tingkatkan lagi usaha untuk menegakkan Khilafah jika kita mahu menyaksikan kehancuran Amerika dan berkuburnya entiti Yahudi serta kembalinya Islam sebagai super power dunia buat kali yang kedua.
Wallahu a’lam.