Forum Muslimah paparkan kerosakan sistem demokrasi
Kehadiran Muslimah dari kalangan para ibu, pelajar dan juga remaja yang memenuhi dewan jelas menunjukkan sikap keprihatinan mereka terhadap isu yang dibincangkan. Forum ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah An-Nur (24):1-10 yang menerangkan dengan jelas mengenaihukum Allah SWT yang keras dan tegas terhadap kes perzinaan.
Forum yang dipengerusikan oleh Puan Safiyah dan Puan Asma’ sebagai moderator ini telah menghadirkan dua orang paneliaitu Puan Hana dan Ustazah Sumayah. Majlis dibahagikan kepada dua sesidan diakhiri dengan soal jawab antara para peserta dengan ahli panel.
Sesi pertama dimulai dengan Puan Hana memaparkan realiti gejala sosial yang berlaku di Malaysia khususnyakes-kes perzinaan, anak luar nikah, rogol dan sebagainya. Salah satu puncanya adalah kerana adanya kemudahan bagi para remaja untuk mengakses atau mendapatkan bahan-bahan pornografi tanpa batas khususnya internet. Hana telah membuktikan hal ini dengan statistik-statistik serta kajian-kajian ilmiah yang disertakan bersama pembentangannya. Graf pendaftaran anak luar nikah di kalangan kaum Melayu yang beragama Islam mengikut tahun 2006-2010 menunjukkan peningkatan yang amat ketara.
Ustazah Sumayahselaku ahli panel kedua membincangkan mengenai punca berlakunya pornografi dan seks bebas ini. Dewasa ini, masyarakat sering menuding jari ke beberapa pihak antaranya guru, ibu bapa, rakan sebaya, laman sosial, media cetak serta hukuman yang tak setimpal. Namun, Sumayah menjelaskan bahawa punca sebenarnya adalah kerana diri seseorang yang sudah terhakis ketakwaannyahasil acuan sistem demokrasi yang dipenuhi kebebasan.Demokrasi merupakan satu sistem yang meletakkan kedaulatan dan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat. Manusia mengambil hak Allah sebagai Al-Syari’ dan Al-Hakim dalam menetapkan hukum, yang seterusnya menghasilkan sebuah sistem yang dan undang-undang yang rosak teruk. Kebebasan bertingkah laku yang dibawa oleh sistem demokrasi memberi ruang untuk manusia bebas berperi laku tanpa dikenakan sebarang tindakan.Kesannya, ia menyemarakkan lagi kemaksiatan sehingga orang yang baik sekalipun turut menjadi rosak kerana berada dalam persekitaran yang merosakkan.
Sesi kedua diteruskan oleh PuanHana yang menjelaskan undang-undang yang rapuh berkaitan penggunaan dan penyebaran bahan-bahan pornografi, apatah lagi di internet. Seterusnya,Sumayah mengakhiri pembentangannya dengan menjelaskan penyelesaian hakiki dari perspektif Islam. Islam adalah ideologi yang berdiri di atas asas yang kuat iaitu aqidah Islam yang mana darinya terpancar peraturan (syariah) Islam yang mengatur setiap aspek kehidupan manusia dari segi politik, pemerintahan, ekonomi, pergaulan dan sebagainya.
Tiga paksi yang perlu dititikberatkan untuk melahirkan generasi Islam yang beriman ialah ketakwaan individu, kawalan masyarakat serta penerapan hukum syara’ oleh Negara. Apabila ketiga-tiga paksi utama ini berjaya memainkan peranan masing-masing, maka permasalahan umat akan dapat diselesaikan dengan tuntas dan menyeluruh.
Di akhir forum, moderator telah menyimpulkan bahawa hanya dengan Islam, segala permasalahan manusia akan di selesaikan dengan tuntas dan adil. Demi untuk meraih kembali izzah Islam itu, pihak moderator menyeru kepada semua peserta agar bersama-sama berjuang serta mendukung usaha untuk menegakkan kembali hukum Allah di negara ini khususnya dan seluruh dunia umumnya. Forum ini disudahi dengan bacaan doa oleh Ustazah Ainis.