Laporan CIA : Israel Akan Lenyap dalam 20 tahun
Pengacara antarabangsa, Franklin Lamb mengatakan bahawa laporan CIA tersebut telah menjangkakan sesuatu yang tidak dapat dihindari lagi tentang “penyelesaian satu negara” yang asal sebelumnya “dua-negara” , iaitu suatu usaha yang dilakukan oleh Washington dan Barat untuk melihat warga Palestin dan Israel tinggal bersama dalam satu tempat.
Laporan tersebut meramalkan akan kembalinya para pelarian Palestin ke kawasan-kawasan asal penempatan mereka seta dijangka berlaku pula pemindahan sebanyak dua juta penduduk Israel yang akan menuju ke Amerika Syarikat dalam tempoh lima belas tahun akan datang.
“Di sana (Amerika) ada lebih dari 500,000 warga Israel dengan pasport Amerika dan lebih dari 300,000 orang Israel yang tinggal di kawasan seperti California”, kata Lamb dalam suatu temu ramah yang disiarkan oleh Press TV pada hari Jumaat. Ia menambah lagi bahawa mereka yang tidak mempunyai pasport Amerika akan diberi layanan yang sama oleh Barat.
“Jadi saya merasakan, kelak akan ada tulisan di antara tembok-tembok umum Israel (yang berisi), sejarah akan menolak perusahaan kolonial, baik cepat atau lambat”, kata Lamb.
Ia mengatakan, laporan CIA itu juga menyentuh tentang tidak terduganya kejatuhan pemerintahan apartheid (perkauman) di Afrika Selatan dan kehancuran Kesatuan Soviet pada awal 1990-an. Kemungkinan tersebut boleh terjadi, sekaligus akan mengakhiri mimpi (cita-cita) tentang “Tanah Israel” atau impian itu akan “berakhir secepatnya”.
Kajian itu juga menjangkakan tentang akan kembalinya lebih dari satu setengah juta warga Israel ke Rusia dan ke beberapa negara Eropah, dan ini merupakan satu kemunduran bagi Israel. Ia dapat dilihat dari jumlah kelahiran dan populasi warga Palestin yang semakin meningkat berbanding warga Israel.
Beberapa anggota Jawatankuasa Senat Risikan Amerika telah diberi informasi berkenaan laporan tersebut, namun masih belum ada sebarang maklumbalas. Tel Aviv sendiri belum memberi apa-apa reaksi tentang kajian ini.