Pakatan Amerika dan El-Sisi Mengembalikan Mubarak

Pada 14 Ogos 2013 dunia telah menyaksikan berlakunya peristiwa ngeri apabila tentera Mesir yang dipimpin oleh Jeneral El-Sisi, dengan kejamnya dan tanpa belas kasihan telah menyembelih, membelantan, dan meredah dengan jentolak ke atas penunjuk perasaan di Kaherah. Operasi pembersihan yang dilakukan itu begitu dahsyat sehingga digambarkan jalan-jalan di Kaherah dibasahi dengan darah, manakala kaki lima jalanan pula telah berubah menjadi hospital sementara dan rumah mayat. Ratusan rakyat Mesir telah mati dan ribuan yang lain tercedera di tangan tentera, pasukan keselamatan dan polis rahsia. Tanpa rasa menyesal di atas tindakan jahatnya, rejim interim ini tanpa segan silu berterus terang mengecam para penunjuk perasaan.

obama-sisiOrang suruhan El-Sisi, Perdana Menteri Interim Hazem El-Beblawi mengatakan: “(tindakan penunjuk perasaan) melakukan keganasan terhadap orang awam dengan membawa senjata, menghadang jalan, merosakkan harta awam dan mengenepikan kepentingan rakyat, bukanlah merupakan kebebasan bersuara. Ia merupakan pencabulan ke atas maruah Negara, bukan sahaja rakyat. Agar negara dapat berjalan dengan baik dan melaksanakan urusan pemerintahannya, tindakan seperti ini perlu disanjung tinggi.”

Sungguh ironi! Bukankah pihak tentera yang sebenarnya telah menggunakan kereta kebal, jentolak, kereta perisai, mesingan, penembak tepat dan melontar gas pemedih mata sehingga kelihatan seolah-olah seperti sebuah pesta bunga api sedang berlansung dan pada masa yang sama kekejaman itu bukan sahaja meliputi lelaki tetapi juga wanita dan kanak-kanak?

Manakala berkenaan dengan pencabulan maruah negara pula, bukankah tentera udara Yahudi yang sebenarnya telah mencabuli kedaulatan ruang udara Mesir dengan melancarkan serangan peluru berpandu terhadap militant beberapa hari yang lalu? Mengapakah pihak tentera beserta kelengkapannya tidak digunakan untuk mempertahankan Mesir? Malah sekiranya kepimpinan tentera tidak mampu untuk mempertahankan integriti persempadanan wilayah Mesir atau mempertahankan rakyatnya sendiri, maka apakah layak bagi orang suruhan El-Sisi itu mendakwa mereka berhak disanjung atas segala kekejaman yang telah dilakukan?

Operasi pembersihan yang dilaksanakan oleh El-Sisi, si agen Amerika ini, bukanlah sesuatu yang tidak di sengajakan atau tidak dirancang. Ia telah pun dirancang dengan teliti dan dikawal selia oleh tuannya di Washington yang baru-baru ini telah datang melawat beliau untuk mengarahkan apa yang perlu dilakukan dan dikatakan.
Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, William Burns dan dua Ahli Dewan Negara Amerika, John McCain dan Lindsay Graham telah melawat El-Sisi dan berkongsi dengannya sebahagian daripada perancangan Amerika untuk menamatkan bantahan para penyokong pro-Morsi. Sejurus selepas pertemuan tersebut, El-Sisi, di atas alasan perdamaian, telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang Islami dan mengugut mereka supaya bekerjasama dengan tentera dan menolak kepimpinan Morsi ataupun bakal berhadapan dengan kemusnahan. Kumpulan pembangkang itu bagaimanapun enggan bekerjasama walaupun mendapat tekanan antarabangsa.

Seterusnya, El-Sisi telah mengumumkan perlantikan 25 gabenor wilayah yang mana 19 daripadanya adalah Jeneral: 17 tentera, 2 daripada polis, dan 2 orang awam yang dikenali sebagai penyokong setia Mubarak. Perlantikan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa iaitu sehari sebelum operasi pembersihan itu bermula. Perlantikan ini dilakukan sebagai persediaan untuk meletakkan Mesir di dalam keadaan darurat dan ketidakstabilan yang berpanjangan. Dengan demikian, untuk tempoh 6 minggu selepas penggulingan Morsi, El-Sisi dikatakan dapat mengembalikan sepenuhnya kekuasaan rejim Mubarak.

obama-mubarakManakala bagi negara Turki, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Kuwait yang seolah-olah terkejut ke atas peristiwa ini sebenarnya harus memikul tanggungjawab yang sama seperti tentera Mesir terhadap pembunuhan rakyatnya. Bantuan sebanyak USD 13 Billion atau lebih yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan ini telah membolehkan El-Sisi menyemarakkan lagi keganasannya terhadap rakyat Mesir.

Tambahan pula, wang ini telah menjadi alat penyamaran untuk Amerika berlakon menarik balik bantuan tahunannya kepada tentera Mesir (sebanyak USD 1.3 Billion setahun) demi mewujudkan pandangan umum masyarakat dunia yang baik terhadapnya—seolah-olah Amerika mengutuk dan tidak sehaluan dengan tentera Mesir. Amerika amat yakin bahawa agennya akan memiliki dana yang cukup untuk menghancurkan lawannya. Ia juga sebagai ganjaran kepada pegawai-pegawai tinggi tenteranya sebagai balasan ke atas kesetiaan mereka terhadap Amerika. Pegawai-pegawai tinggi inilah yang seterusnya akan mengerahkan askar-askarnya yang miskin untuk melakukan kerja-kerja kotor membunuh saudara seakidah mereka.

Ini bukanlah kali pertama umat Islam di Mesir melihat wajah hodoh kepimpinan tentera mereka melaksanakan perintah Amerika. Malah, ia bukanlah juga kali pertama mereka menyaksikan kepimpinan tentera melakukan campur tangannya untuk melindungi kepentingan Amerika dengan mengembalikan semula rejim Mubarak dan menggunakannya untuk melawan anak-anak mereka.

Seawal-awal revolusi, Field Marshal Tantawi telah pun bekerjasama dengan Amerika, kemudian SCAF pula bekerjasama dengan Amerika, dan pada hari ini pula, El-Sisi yang bekerjasama dengan Amerika! Adakah ini akan membenarkan kezaliman seperti ini terus-menerus menindas kalian dan menundukkan agama kalian? Ataukah umat Islam akan melakukan sesuatu untuk perkara ini?

Rasulullah (SAW) bersabda,

“لا يُلدغ المؤمن من جحر مرتين”

“Tidaklah dipatuk seorang mukmin itu dari lubang yang sama kedua kalinya”

Sesungguhnya Amerika amat mengetahui bahawa ia tidak mendapat sokongan dari kalangan umat Islam atau dari kalangan mereka yang lidah-lidahnya mereka sekadar menyebut idea-idea sekular namun di dalam hati mereka tetap teguh kepada Islam. Malah agen-agennya daripada kumpulan pembangkang pada ketika ini sedang menggeletar ketakutan lantaran berasa malu yang amat sangat dengan apa yang telah dilakukan oleh El-Sisi dan kini bergegas untuk menjauhkan diri dari terlibat dengan segala kezaliman yang dilakukannya olehnya.

Disebabkan itulah, satu-satunya harapan Amerika adalah El-Sisi dan sekumpulan kecil pegawai yang bersekongkol menjual diri mereka yang benar-benar sujud dan patuh terhadapnya serta melaksanakan perintahnya! Tentang mereka itu Allah SWT berfirman:

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ ﴿١٤﴾ اللَّـهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ ﴿١٥﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, “Kami telah beriman. ”Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin mereka) mereka, mereka berkata, “Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.” Allah akan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambingdalam kesesatan. Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk.” (TMQ Surah al-Baqarah 2:14-16)

Masanya telah tiba untuk umat Islam Mesir melupakan kesilapan yang telah dilakukan oleh saudara-saudara mereka, memaafkan antara satu sama lain, merapatkan barisan dan ukhuwah serta bergandingan bahu menghadapi El-Sisi dan tuannya Amerika. Ingatlah firman Allah:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Dan berpegang teguhlah kalian kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kalian dahulu (masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hati kalian, sehingga dengan kurniaan-Nya kalian menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kalian berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian darinya. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kalian mendapat petunjuk.”
(TMQ Surah A`li Imran 3:103)

Dengan pemikiran ini, mereka hendaklah mendekati para tentera secara terbuka, menyusuplah masuk ke dalam barisan dan struktur mereka, doronglah mereka untuk berpaling menentang agen Amerika, El-Sisi, dan berkumpullah di sekitar orang-orang yang ikhlas dan berusaha untuk mengembalikan semula Daulah Khilafah ‘ala Minhaj an-Nubuwwah. Pastinya, Daulah Khilafah akan selama-lamanya menyelamatkan mereka dari cengkaman Amerika.

((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ))

“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.
(TMQ Surah al-Anfal 8: 24)