Takut Pada Allah Melahirkan Jiwa Satria Dan Perkasa – Bhg. 1
Allah SWT berfirman:
Allah SWT juga berfirman:
Sebagaimana firman Allah SWT yang lain:
Dan begitu juga dengan ayat-ayat yang lain yang sentiasa memuji mereka, iaitu yang di dalam hati mereka begitu besar rasa takutnya kepada Allah SWT. Disebabkan mereka sangat takut tentang murka dan seksaanNya sepanjang masa, mereka berusaha untuk meraih redhaNya dan begitu berharap untuk mendapatkan pahala daripadaNya.
Apabila warna seperti ini telah terbentuk dalam hati manusia, maka ia akan menjadi seseorang di antara mereka yang Allah sebutkan di dalam Al-Qur’an sepertimana firmanNya:
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang gugur (syahid). Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janji mereka).“ [TMQ Al-Ahzab (3) : 23].
Dan firmanNya:
Dengan demikian, jika tanaman bersih dan baik yang mana benihnya telah ditanam dalam hati seseorang mukmin dan telah berakar, maka ia akan berbuah dan memberikan banyak kebaikan. Berbeza dengan hati yang sakit, ia tidak layak dan tidak sesuai untuk benih yang bersih ini disebabkan tanahnya yang tandus, tidak layak kecuali pada yang keji dan kotor semata-mata.
Oleh kerana itu, hati ini terdapat dua jenis:
Pertama, hati yang baik dan bagus, yang takut kepada Allah baik ketika bersendirian mahupun ketika beramai-ramai. Ia takut akan rosaknya hubungan antara dirinya dengan Allah SWT sehingga ia berusaha sekuat tenaga
untuk mendapatkan keredhaanNya, walaupun ia harus dibeli dengan murka daripada orang lain.
Kedua, hati yang sakit dan rosak, tidak takut kepada Allah, secara terang-terangan melakukan kemaksiatan, tidak peduli dengan hubungan yang menghubungkan dirinya dengan Allah, dan tidak menghiraukan hisab (perhitungan) apa pun (termasuk perhitungan di hari akhirat). Ia dilihat mahu meraih kesenangan dan keredhaan daripada orang lain sehingga sanggup mendapatkan kemurkaan daripada Allah ke atas dirinya.
Berdasarkan kedua-dua jenis hati ini, maka kita dapat klasifikasikan manusia melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Tindakan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim dan menasihatinya, lalu dia ditangkap dan dibunuh oleh penguasa tersebut. Ini sudah semestinya berbeza dengan tindakan seseorang yang diberi oleh Allah pengetahuan tentang hukum-hukum agama, tetapi ia duduk bersama-sama penguasa zalim serta membuatkan fatwa-fatwa yang menghalalkan pelbagai aktiviti-aktiviti dan kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa tersebut. Manusia seperti inilah yang banyak dapat kita lihat pada zaman sekarang.
Bagi orang yang pertama tadi, ia adalah orang yang menyampaikan Islam. Apabila ia dibunuh oleh seseorang penguasa zalim pada saat ia menyampaikan nasihat (muhasabah) terhadapnya, maka ia merupakan syahid. Sedangkan bagi orang yang kedua, ia adalah orang-orang yang menjadikan serban-serban putih mereka dan kopiah-kopiah mereka sebagai kuasa untuk mengubah kata-kata dari maksud (dalil dan nas) yang sebenar. Dalam erti kata lain, mereka sanggup untuk berbohong atas nama Allah dan memutar belitkan nas-nas dalam memalingkan maksud-maksud isinya, lalu disesuaikan dengan keinginan mereka dalam rangka untuk menyenangkan hawa nafsu penguasa. Inilah yang difirmankan Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah daripada Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api neraka, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan mensucikan mereka, dan bagi mereka seksaan yang amat pedih.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 174].
Dan dalam firmanNya yang lain:
Begitulah juga bagi hati yang buta, yang tidak ada ketakwaan dan rasa takut kepada Allah sama sekali, ia hanya dipenuhi dengan rasa takut kepada para thaghut dan para wali syaitan. Oleh kerana itu, apabila hati telah buta, maka yang diambilkira pertama-tamanya adalah kemurkaan penguasa zalim sehinggakan mereka melupakan kemurkaan daripada Allah. Pahala dan seksaan akhirat dilihat remeh bagi mereka dan mereka sanggup untuk menukarnya dengan kesenangan dunia yang fana dan murah!!
Jadi adalah tidak menghairankan jika wujudnya fatwa-fatwa pelik yang dikeluarkan oleh orang-orang seperti mereka ini. Contohnya fatwa yang membolehkan untuk berdamai dengan negara haram Yahudi, membolehkan untuk meminta bantuan daripada kaum kafir untuk memerangi kaum Muslimin, membolehkan untuk membunuh (bughat atau kaum pemberontak) yang membangkang para penguasa yang melakukan kekufuran secara nyata (kufran bawahan). Membolehkan untuk menumpahkan darah, merampas harta dan kehormatan orang-orang yang ikhlas di antara umat ini, iaitu mereka-mereka yang melakukan amar makruf dan nahi munkar kerana mereka dianggap sebagai “teroris, ekstrimis dan penderhaka kepada penguasa”, dan fatwa-fatwa lain yang dibuat oleh mereka yang telah menjual dirinya kepada para penguasa jahat. Apapun tindakan dan ketetapan yang mereka lakukan, kesemuanya akan berhujung dengan kejahatan dan jenayah syari’e.