Seruan Khilafah Bergema Di Negeri Di Bawah Bayu (Sandakan)

altSANDAKAN 23 Mei – Setelah sehari menginap di Tawau, team Seminar HTM Jelajah Malaysia 2010 bergerak pula ke Sandakan. Seminar ini yang pada asalnya sepatutnya diadakan di Masjid Daerah Sandakan, telah dibatalkan oleh pihak masjid di saat-saat akhir setelah mendapat tekanan hebat dari ‘tangan-tangan ghaib’ pihak yang cuba memadamkan cahaya Allah. Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi makar jahat mereka di mana seminar ini akhirnya berjaya di adakan di Dewan Perpustakaan Wilayah Sandakan.
Pihak penganjur menghadapi sedikit kesukaran untuk memaklumkan (di saat akhir) kepada hadhirin yang agak ramai hadir di Masjid Daerah Sandakan dan sebahagian dari mereka amat kecewa dengan pihak masjid yang tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu, walhal apa yang dianjurkan oleh HTM hanyalah sebuah seminar, bukannya demonstrasi ganas, rusuhan dan sebagainya.

Oleh kerana masalah ini, seminar telah bermula agak lewat sedikit dari jadual tapi segalanya berjalan lancar dengan izin Allah. Ahli panel pada seminar di Sandakan ini adalah Ustaz Umar Hussein yang juga Timbalan Presiden HTM dan Ustaz Abdul Hakim selaku Presiden.

Alhamdulillah sambutan amat baik dari hadhirin walaupun ada yang lewat sampai kerana telah terlebih dahulu pergi ke lokasi asal di masjid daerah. Dari kehadiran peserta ke seminar ini, khususnya golongan pemuda dan pemudi Islam di sekitar Sandakan telah membuktikan bahawa seruan Khilafah sudah mula diterima dan disahut oleh penduduk negeri di bawah bayu ini.

Dari persoalan yang dikemukan semasa sesi soal jawab, jelas menggambarkan bahawa umat Islam yang hadir begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Hizbut Tahrir dan Khilafah iaitu sebuah super power yang pernah memayungi dunia Islam selama lebih 1400 tahun lamanya.
 

alt

alt

alt

 alt

alt

alt