Golongan Muda Sokong ‘Saatnya Khilafah Memimpin Dunia’
Lebih menarik, buat julung kalinya Munaqashah kali ini dihadiri oleh pelajar non-Muslim yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam dari Hizbut Tahrir dan seterusnya ingin mengetahui perjuangan Hizbut Tahrir di dalam menegakkan Khilafah. Di akhir Munaqashah, pelajar tersebut yang datang dengan sekumpulan rakan-rakannya begitu teruja berbincang dengan Ustaz Abdul Hakim, selaku salah seorang ahli panel yang juga merupakan presiden HTM. Pelajar non-Muslim terbabit menyatakan kesudiannya untuk mempelajari dan mengkaji Islam dengan lebih mendalam dan tertarik dengan hujah dan ajakan Ust Hakim untuk beliau memeluk Islam. Kita mendoakan agar Allah SWT membuka pintu hatinya kepada hidayah untuk masuk ke agama Allah ini, Insya Allah.
Persembahan yang penuh bersemangat dari kedua-dua ahli panel menyebabkan dewan di Khilafah Centre terus gamat dengan laungan Takbir dari para peserta yang begitu teruja dengan fakta dan nas yang diberikan yang menandakan bahawa Khilafah sudah semakin hampir.
Abdul Hakim menutup ucapannya dengan mengajak semua peserta agar bersama-sama dengan Hizbut Tahrir untuk menggalas tugas mulia ini dan jangan hanya berdiam diri kerana ia akan menjerumuskan seseorang Muslim itu ke lembah dosa.