Adakah Mahathir Faham Masalah Palestin?

 

mahathirFahami derita Palestin – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu rakyat Malaysia sentiasa belajar dan memahami masalah penduduk Palestin untuk terus memberi sokongan sehingga akhirnya merealisasikan kewujudkan sebuah negara Palestin yang aman dan merdeka.  “Kita (rakyat Malaysia) perlu menyumbang apa yang termampu bagi membantu penduduk Gaza sehingga masalah ini diselesaikan,” katanya ketika melancarkan Viva Palestina Malaysia (VPM) di sini malam ini.  Beliau berkata, sebagai contoh, penduduk Palestin amat memerlukan bekalan air dan makanan.  “Mereka sentiasa kekurangan bekalan (air dan makanan) dan bergantung kepada sikap prihatin masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan,” katanya. 
Dr. Mahathir juga berharap rakyat Malaysia sentiasa mempunyai keyakinan yang teguh dan memahami impian perjuangan penduduk Gaza bagi memperoleh kehidupan lebih baik di negara sendiri yang berdaulat.  Beliau berkata, serangan dan kekejaman membabitkan rejim Israel terhadap penduduk Palestin sepatutnya telah lama berakhir, jika tidak kerana sokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain kepada Israel. — Bernama

Sumber: Kosmo Online 23/01/11

Adakah Mahathir Faham Masalah Palestin?

Ternyata Mahathir sendiri tidak faham masalah sebenar Palestin. Kenapa dikatakan begitu? Ini berdasarkan kepada kenyataan Mahathir di atas yang secara jelas menunjukkan beliau sendiri tidak memahami masalah mendasar umat Islam di sana. Bolehkah masalah umat Islam Palestin diselesaikan hanya dengan bantuan makanan, minuman, ubat-ubatan dan lain-lainnya sebagaimana yang kita perhatikan sering dilakukan oleh banyak pihak hari ini?  Isu Palestin  tidak akan dapat dinoktahkan selagi mana regim kufur Israel laknatullah masih wujud di atas bumi Palestin.

Selama mana Israel masih berdiri tegak maka selagi itulah masalah sebenar umat Islam di Palestin tidak akan dapat dirungkai dengan tuntas. Oleh itu bagi menyelesaikan masalah di Palestin para pemerintah umat Islam di seluruh dunia saat ini perlu menggerakkan tentera mereka yang jumlahnya puluhan juta untuk berjihad melenyapkan Israel dari bumi Palestin. Oleh itu Mahathir  harus mengingatkan Najib akan kewajiban yang terbeban di atas bahunya selaku orang yang paling berkuasa  di Malaysia agar menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia menyertai misi dan tugas yang mulia ini, iaitu berjihad di bumi Palestin. Ketahuilah bahawa persoalan di Palestin itu bukanlah hanya masalah umat Islam Palestin semata-mata, tetapi ianya adalah persoalan dan masalah bagi seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada saat ini. Namun, agak sukar bagi kita untuk membayangkan Tun Mahathir untuk melakukan perkara ini kerana beliau sendiri adalah seorang pemimpin yang berpemikiran sekular seperti Najib. Selama 22 tahun beliau berkuasa beliau langsung tidak menerapkan Islam dalam pemerintahannya. Malahan sebaliknya beliau terus berbangga dengan pendekatan politik sekularnya. Lihat: SN128 – PALESTIN BERDARAH LAGI