Ahli Politik Belanda Takut Dengan Seruan Boikot Pilihanraya Oleh Hizbut Tahrir Belanda
Dalam kempen mereka, Hizbut Tahrir Belanda telah mewujudkan laman web khusus tentang pilihanraya umum 2010. Dalam laman khas tersebut dibuat bertujuan untuk menerangkan mengapa kaum Muslimin tidak boleh unutk turut serta dalam pilihanraya demokrasi.
“Kami menyeru umat Islam agar tidak turut serta dalam pilihanraya kerana parti politik yang tiada kepentingan umat Islam tidak akan membela dan tidak mengikut cara Islam dalam memperbaiki keadaan umat Islam.”
Berikutan dengan seruan boikot pilihanraya ini, menteri muda dalam negara Belanda mengajak umat Islam supaya memberikan undi dalam pilihanraya parlimen akan datang. Ini adalah salah satu bahagian penting dalam kehidupan bermasyarakat di Belanda, tambahnya.
Hizbut Tahrir sentiasa memperjuangkan negara Islam berdasarkan syariah. Menurut mereka, tidak ada satu pun calon parlimen yang menjanjikan hal yang baik untuk umat Islam. “Tidak mengundi tidak akan mengubah suasana politik Belanda, kerana hasilnya tidak sedikit pun membawa sebarang impak positif untuk umat Islam di Belanda.”
Organisasi Islam ini juga menyebarkan risalah-risalah di masjid-masjid yang menyeru agar tidak mengundi. Sebaliknya, Masjid Magribi, dalam khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid, dan juga organisasi-organisasi Islam yang lain memberikan reaksi yang negatif ke atas seruan Hizbut Tahrir ini. Demikian menurut laporan Splits.
Parti Islam terbesar di dunia ini mewujudkan laman web khusus yang berisi pandangan dan kempen Hizbut Tahrir agar kaum Muslimin tidak terjebak dalam permainan demokrasi. Informasi lanjut tentang kempen Hizbut Tahrir Belanda ini dapat dilayari di http://www.hizb-ut-tahrir.nl/verkiezingen2010/.
Hizbut Tahrir termasuk salah satu gerakan yang sangat aktif berdakwah di Belanda. Kelantangan seruan kepada syariah dan Khilafah di Belanda inilah yang telah membuatkan para pembenci Islam melakukan kempen dengan cara-cara tidak intelek untuk menghina Islam seperti kes pembuatan filem fitnah oleh anggota parlimen Belanda dahulu.
Namun, semua ini menunjukkan kepada kita bahawa janji Rasulullah semakin dekat. Islam akan meliputi dunia, mulai dari hujung timur sehingga ke hujung barat, insyaAllah.
Sumber : www.syabab.com