Ali Kimia Dihukum Gantung! Bagaimana Pula Dengan Bush Dan Blair?

Ali Kimia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Iraq

BAGHDAD: Mahkamah Iraq menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ali Hassan al-Majeed, atau lebih dikenali sebagai Ali Kimia, di atas kesalahan serangan gas pada tahun 1988 yang telah membunuh 5,000 orang puak Kurds.

Dia yang juga sepupu Saddam Hussein mendapat gelaran Ali Kimia susulan tindakannya menggunakan gas beracun, turut berdepan dengan beberapa kes lain yang membabitkan hukuman mati.

Tribunal itu turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas bekas Menteri Pertahanan Iraq, Sultan Hasem susulan serangan yang dibuat  ke atas bandar Kurds di Halabja. 

Ali Kimia ditangkap pada bulan Ogos 2003, hanya lima bulan selepas pencerobohan angkatan tentera AS dan penyingkiran Saddam Hussein. – Reuters.com

Sumber : Berita Harian, 170110

Ali Kimia Dihukum Gantung!  Bagaimana Pula Dengan Bush Dan Blair?

Jika ukuran kejahatan membunuh puak Kurds seramai 5,000 orang dijadikan alasan untuk menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Ali Kimia oleh Mahkamah Iraq, maka pihak mahkamah sekular itu juga sepatutnya menjatuhkan hukuman yang sama kepada dua penjenayah perang yang masih bebas bermaharajalela, iaitu Bush dan Blair laknatullah. Kedua-duanya telah terbukti secara terang-terangan melakukan jenayah perang yang paling hina di abad ini dengan melakukan pembunuhan dan penyembelihan terhadap  jutaan nyawa umat Islam di Iraq, Afghanistan, Palestin dan sebagainya di serata dunia. Jumlahnya jauh lebih besar daripada apa yang dilakukan oleh Ali Kimia walaupun persoalan jumlah itu tidak seharusnya dijadikan sebagai asas pertimbangan. Tetapi inilah dunia kapitalisme. Perangkap hanya mengenali kancil dan pelanduk tetapi tidak mengenali gajah mahupun unta. Yang bersalah hanyalah umat Islam. Yang dilabel sebagai pengganas adalah orang Islam dan kumpulan-kumpulan Islam. Yang diangkat sebagai hero dan penyelamat hanyalah barat.
 
Wahai umat Islam! Para pemimpin sekular dalam dunia Islam saat ini hanyalah boneka kepada barat dan mereka bekerja untuk tuan mereka iaitu AS. Oleh kerana itu, mana mungkin mereka berani untuk mengisytiharkan hukuman mati ke atas Bush dan Blair. Sedar dan ketahuilah bahawa hanya Khilafah satu-satunya institusi politik yang berani untuk memisahkan nyawa Bush dan Blair daripada jasad mereka.