Amat Sukar Untuk Menutup Tempat-tempat Maksiat Di Dalam Sistem Kapitalis

DBKL tiada kuasa bertindak
 

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja tidak memiliki kuasa untuk menutup premis menjual gajet seks dan ubatan berkaitan malah ia turut dikecualikan daripada dikenakan lesen sejak penghujung tahun lalu.

Ini kerana di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan 1986, kondom beraneka bentuk dan rasa, pelincir, alat merangsang seks, pakaian dalam dan sebagainya dianggap sama seperti cenderamata biasa misalnya cawan, tali leher, pen dan jam tangan.

Justeru Pengurus Komunikasi Korporat DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, aktiviti menjual ‘cenderamata’ sedemikian dianggap tidak mendatangkan kacau-ganggu atau aktiviti yang tidak berisiko.

Sumber: Kosmo Online 13/03/2010


Masalah Kecil Pun Tidak Dapat Diatasi Oleh Sistem Kapitalis, Apatah Lagi Yang Lebih Besar

Beginilah keadaannya tatkala peraturan yang digunapakai di dalam kehidupan lahir daripada akal-akal manusia, sehingga perundangan yang diterapkan bersifat lemah dan terbatas. Situasi di atas merupakan sebahagian kecil dari permasalahan yang dihadapi dalam usaha pembanterasan tempat-tempat maksiat yang wujud di dalam negara yang menerapkan Sistem Kapitalis. Di sini ada 3 perkara yang perlu diperhatikan:
 

Pertama, Sistem Kapitalis sangat lemah dalam menjaga akidah dan syariat Islam.
 

Kedua, Sistem Kapitalis bukan sahaja tidak mampu untuk menutup kedai-kedai seks yang menjadi mangkin terhadap gejala seks bebas, bahkan Sistem Kapitalis juga tidak mampu dan tidak pernah berusaha untuk menutup kilang arak, tempat perjudian yang secara langsung mendapat lesen daripada kerajaan. Ini belum tempat-tempat pelacuran yang tumbuh bagaikan cendawan, sebagaimana yang telah didedahkan oleh akhbar-akhbar tempatan sebelum ini.
 

Ketiga, Sistem Kapitalis bukan sahaja akan menjahanamkan umat Islam, bahkan akan merosakkan umat manusia sejagat. Ini kerana, Sistem Kapitalis adalah sistem yang sangat lemah dalam segenap aspek dan bukan berasal daripada al-Khaliq yang Maha Mengetahui.

Dengan manfaat sebagai tolok ukur bagi setiap tindakan penganut Kapitalisme, maka tidak hairanlah jika pusat-pusat perjudian, pelacuran serta kilang-kilang arak yang tumbuh bagaikan cendawan terus wujud dan sukar untuk dibendung dan dilupuskan.
 

Dalam Daulah Khilafah, tempat-tempat maksiat sebegini tidak akan pernah wujud, dan tidak akan dibiarkan wujud kerana Sistem Khilafah adalah sistem yang lahir daripada wahyu Ilahi yang berasal daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sahaja umat Islam yang akan merasakan ketenteraman hidup di bawah Islam, bahkan seluruh alam termasuk tumbuh-tumbuhan akan merasakan rahmatnya.. Wallahu’alam.