Amerika Lebih Memerlukan Pakistan Berbanding Dengan Pakistan Memerlukan Amerika

Amerika Syarikat (AS) memerlukan Pakistan lebih dari Pakistan memerlukan  Amerika – jika kita mengambil kira angka yang dinyatakan oleh Presiden AS Donald Trump dengan nilai nominal USD$ 33 billion dibandingkan dengan jumlah yang telah hilang dari ekonomi Pakistan kerana turut serta dalam perang bersama Amerika. Dijangkakan jika jumlah kerugian setahun sebanyak USD$ 7-9 billion, dengan nilai paling rendah untuk jangkamasa 15 tahun,  maka kerugian Pakistan kerana turut serta dalam perang Amerika telah mencecah sehingga USD$105 billion.

Tentera Amerika dan pasukan NATO hanya boleh berada di Afghanistan jika mereka dapat mempertahankan jalur saluran bekalan makanan dan logistik ke lokasi penempatan tentera mereka di Afghanistan dengan melalui Pakistan, kerana Afghanistan adalah kawasan daratan pergunungan yang terpencil dan tidak mempunyai jalan pesisiran pantai. Jadi, mereka mendapat sebahagian besar pasukan  tentera yang dihantar melalui jalan laut iaitu dari pelabuhan Karachi dan kemudian mengikut jalan darat di sempadan Afghanistan. Terdapat juga jalan lain melaui Utara Afghanistan tetapi ini akan menambahkan kos pengangkutan sebanyak tiga kali ganda. Ini benar-benar sangat mahal walaupun untuk jangkamasa pendek atau ketika bekalan diperlukan segera berbanding dengan jalan melalui pelabuhan Karachi.Tambahan pula jalan melalui Utara Afghanistan ini juga melibatkan kawasan Asia Tengah yang dibawah pengaruh Rusia. Bekalan yang dimaksudkan bukan hanya pasukan tentera, tetapi juga segalanya bekalan makanan hinggalah kereta kebal dan helikopter perang.

Secara ketentaraannya, AS mungkin memiliki teknologi yang canggih dan lengkap, tetapi AS tidak memiliki jaringan di antara kelompok-kelompok bersenjata tempatan sepertimana Pakistan untuk mempengaruhi hala tuju peperangan. Jadi AS memerlukan Pakistan untuk agenda yang paling penting iaitu penyelesaian politik bagi negara tersebut.

Masalahnya bagi AS adalah, hampir setiap orang Pakistan akan menolak pendudukan AS di wilayah ini, jadi apa yang harus mereka lakukan adalah menciptakan pelindungan politik bagi kepemimpinan Pakistan untuk memberikan bantuan kepada Amerika tanpa menimbulkan rusuhan rakyat Pakistan. Cara yang mereka gunakan adalah melalui kombinasi tujuan. Ini termasuk “bantuan” remeh yang Trump bicarakan (yang terkait dengan hasil perang berbanding dengan pembangunan umum) namun yang lebih penting adalah sebuah naratif politik bahwa perang tersebut terjadi adalah untuk kepentingan Pakistan dan bukan kuasa asing. Mereka menciptakan suasanayang menunjukkan bahwa kepemimpinan Pakistan tidak melakukan sesuatu mengikut kehendak Amerika dan disebabkan itu terjadi suasana ketegangan antara keduanya, padahal kenyataannya tidak ada. Jika benar ada ketegangan yang nyata berlaku antara AS dan Pakistan, tentulah Pakistan akan menutup jalur masuk bekalan  yang melalui Karachi sebagai satu contoh tindakan dan pastinya keseluruhan perang akan terhenti dalam beberapa minggu.

Kenyataannya adalah kepemimpinan Pakistan melakukan sebahagian besar apa yang Amerika inginkan untuk dilakukan sementara itu dalam masa yang sama menonjolkan imej bebas dari campurtangan kuasa asing kepada orang-orangnya dan beberapa elemen angkatan bersenjata yang mungkin bertanya apa yang sedang terjadi.

Contoh lain, Pakistan membangun pagar besar  sepanjang perbatasannya ratusan kilometer dengan Afghanistan untuk membantu Amerika mengendalikan keluar masuk kelompok pejuang tempatan ke Afghanistan.

Tweet dari Trump ini sejajar dengan sejarah 15 tahun terakhir ini untuk terus berpura-pura seperti ada ketegangan antara seorang tuan dan budak suruhannya di dalam kepemimpinan Pakistan, sehingga rakyat dan elemen anti-penjajahan ketenteraan dilihatkan bahwa Pakistan melakukannya dengan sendirinya.

Setelah semua itu, ia benar-benar mengarah pada halatuju kepemimpinan politik di Pakistan dan kurangnya kemahuan politik dalam mengerahkan dirinya sendiri tanpa perlu berperang bersama Amerika jika benar-benar ingin menghentikan penjajahan AS di Afghanistan. Dan ini adalah tema pengkhianatan politik yang sama dengan yang kita lihat dipelbagai belahan dunia umat Islam yang lain,  cumanya pelakon dan plot cerita yang berbeza di dunia Muslim samada di Arab Saudi, Turki, Mesir atau dimana pun.

Pada akhirnya jika penguasa muslim di semua tempat ini adalah pengkhianat kepada rakyat mereka berbanding apa yang Islam ajarkan mengenai persaudaraan dan persatuan umat Islam. Penguasa ini mencubaa untuk bersembunyi di balik kurangnya kemampuan untuk mengubah keadaan, walhal apa yang kurang sebenarnya adalah kemahuan politik untuk melakukan perubahan. Penguasa yang khianat ini takut pada kebangkitan rakyat jadi mereka mengambil pelbagai tindakan untuk menghentikan mereka mulai dari serangkaian alasan yang rumit dengan negara-negara seperti Amerika untuk secara langsung menindas rakyat mereka sendiri.

Jika ramai orang yang menyedari hal ini maka penguasa ini tidak akan bertahan lama. Ayat dari Surah Al-Ankabut (29) ayat 41  menjelaskan kita tentang situasi di mana Allah (swt) mengatakan,

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah sarang labah-labah kalau mereka mengetahui. [TMQ Al Ankabut(29:41)].

Sumber khilafah.com