Ancaman Bendera: Khilafah penyelesaian sebenar

Ancaman Bendera tidak akan jadi kenyataan: Jakarta

JAKARTA: Ancaman satu kumpulan tidak berdaftar di Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk menyerang Malaysia dengan buluh runcing esok hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan menjadi kenyataan, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah, berkata ancaman itu juga tidak masuk akal kerana mustahil bagi mereka yang membawa senjata tajam seperti buluh runcing dapat melepasi kawalan sempadan kedua-dua negara.

“Walaupun ancaman itu tidak mungkin terjadi, kami juga tidak menutup mata dan telah melakukan langkah-langkah antisipasi seperti berkoordinasi dengan pihak polis Indonesia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media massa sebelum ini kononnya kumpulan Bendera itu yang pernah cuba melakukan “sweeping” atau mencari rakyat Malaysia di Jakarta untuk dihantar pulang baru-baru ini, akan mengirim 1,500 orang bersenjata buluh runcing untuk menyerang Malaysia esok.

Sambil menganggap kumpulan tidak berdaftar itu terdiri daripada orang yang kecewa dalam hidup dan tidak boleh berfikir dengan waras, beliau berkata media massa tempatan Indonesia juga sudah tidak melaporkan mengenai mereka.

“Satu hal yang ingin saya tekankan adalah bahawa aksi-aksi yang mereka lakukan sama sekali tidak menggambarkan sikap masyarakat Indonesia. Jangan diberi ruang, jangan sampai mereka berpeluang memburukkan hubungan baik kedua-dua negara,” katanya.

Sehubungan itu juga, beliau meminta media massa tidak lagi memainkan isu itu sehingga kumpulan itu merasa mendapat publisiti dan sokongan ataupun merasa dipandang sebagai kumpulan yang serius, sedangkan mereka merupakan kumpulan yang tidak jelas kedudukannya.

“Saya juga berharap agar masyarakat Indonesia dan Malaysia tidak terprovokasi oleh tindakan yang berkemungkinan bertujuan memperkeruh hubungan kedua-dua bangsa ini,” katanya.

Bendera sebelum ini melakukan “sweeping” kononnya kerana marah terhadap pemerintah Indonesia yang mereka dakwa tidak bertindak tegas ke atas Malaysia berkaitan tuduhan di media massa tempatan kononnya Malaysia mencuri tarian dan kebudayaan Indonesia.

Teuku Faizasyah berkata, selama ini kedua-dua menteri luar Indonesia dan Malaysia telah bersepakat untuk bersama-sama menangani dengan baik apa juga masalah sensitif yang timbul antara kedua buah negara.
Dalam satu berita di sebuah laman web tempatan, beliau juga memberikan keterangan sama iaitu:

“Yang penting pihak berkuasa Indonesia akan memastikan bahawa ancaman dari kelompok tersebut tidak akan terjadi.” – Bernama

Sumber: Berita Harian 7/10/2009

Ancaman Bendera: Khilafah penyelesaian sebenar

Gempa bumi di Padang, Indonesia yang mengorbankan beribu-ribu nyawa seolah-olah tidak sedikitpun menjadi pengajaran bagi kelompok Bendera. Pembangunan Padang yang mengambil masa puluhan tahun lenyap hanya dengan gegaran 30 saat. Ketika dunia sibuk meraih simpati dan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa, kelompok Bendera menyibukkan diri mereka dengan isu yang pastinya tidak menguntungkan sesiapa. Nilai tarian pendet dianggap lebih penting daripada nyawa saudara-saudara mereka yang terlibat dalam runtuhan gempa bumi. Mereka mengira bahawa mereka sedang melakukan kebaikan yang kononya membela maruah bangsa dan Negara mereka. Walhal, seruan mereka itu merupakan seruan yang cukup hina dan telah ditegah oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud:

 “Barangsiapa berperang di bawah panji kesesatan; dia marah kerana ashobiyyah dan menyeru kerana ashobiyyah, maka dia berada di neraka.” (HR Muslim)

“Barangsiapa yang menisbatkan dirinya dengan penisbatan jahiliyyah, maka katakan kepadanya agar menggigit kemaluan bapaknya…”(HR. Ahmad dalam Musnadnya)

Maksud sabda Rasulullah yang menyebut mengenai sandaran pada panggilan jahiliyyah adalah mereka yang ta’sub kepada penduduk negerinya dan teman-teman mereka dengan meremehkan selain dari golongan mereka. Umat Islam di Malaysia dan Indonesia harus sedar bahawa mereka seharusnya berpegang teguh dengan Deen Allah. Aqidah kita satu, agama kita satu dan sembahan kita satu. Namun semua kesatuan ini menjadi sulit bahkan mustahil untuk dilaksanakan sekiranya kita masih dikongkong undang-undang sekular dan sistem demokrasi-kapitalisme yang diterapkan oleh para pemerintah Indonesia dan Malaysia. Tidak akan muncul penyelesaian terhadap krisis ini melainkan sekiranya Islam diterapkan secara kaffah. Wahai para pemerintah Malaysia dan Indonesia!! Terapkanlah Islam, nescaya kalian akan memperoleh kemuliaan, namun sekiranya kalian engkar, sesungguhnya balasan Allah itu amat memedihkan!