Menteri Austria Menganggap Penggunaan Ayat Al-Qur’an Oleh Hizbut Tahrir Sebagai Suatu Ancaman

Akhbar The Austria Times menerbitkan sebuah artikel yang bertajuk “Kumpulan Muslim Fundamentalis Mengancam Seorang Menteri Wanita.” Akhbar itu mengatakan bahawa terdapat sebuah organisasi Islam fundamentalis yang diharamkan iaitu Hizbut Tahrir telah mengirim sepucuk surat ancaman selepas hari Natal melalui e-mail kepada seorang menteri wanita daripada Parti Demokrat Sosial (SPO) iaitu Gabriele Heinisch Hosek.

Surat itu mempunyai tiga halaman di mana antara isinya Hizbut Tahrir mengecam dan mengutuk usaha menteri wanita itu untuk mengharamkan pemakaian purdah di Austria.

Akhbar itu menjelaskan bahawa ancaman yang dikirim oleh Hizbut Tahrir kepada Heinisch Hosek itu dapat difahami melalui penggunaan ayat al-Qur’an: “Dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras seksaanNya.” (TMQ Al-Baqarah [2] : 196).

Akhbar tersebut mengatakan bahawa Heinisch Hosek telah menyerahkan surat itu kepada Biro Persekutuan yang khusus dalam menangani jenayah. Akhbar itu menambah lagi bahawa sehingga ke saat ini, belum ada siasatan yang serius yang dilakukan terhadap kumpulan fundamentalis Muslim di Austria.

Seorang jurucakap Heinisch Hosek menjelaskan bahawa Heinisch Hosek telah menghubungi agensi perlindungan undang-undang dan   agensi pencegah keganasan di mana kedua-dua institusi itu menanggapi masalah itu dengan serius serta telah meletakkan Hizbut Tahrir di bawah pengawasan.

Akhbar itu melaporkan, menurut pakar pemerhati bahawa Hizbut Tahrir adalah sebuah gerakan yang diharamkan dan dikatakan sebagai gerakan pertama yang mampu menembusi sempadan Austria  serta menyeru kepada Khilafah atau negara Islam global. Hizbut Tahrir telah diharamkan di Jerman pada tahun 2003 kerana dikatakan mendukung kekerasan (keganasan).

Dilaporkan bahawa Heinisch Hosek pernah mengkritik tentang pemakaian purdah dalam sebuah wawancara bulan lalu (23/12/09) di mana ia berkata: “Saya menganggap bahawa purdah sebagai  simbol kepatuhan dan ketundukan wanita dan ini merupakan rintangan utama bagi wanita untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran. Dan jika wanita yang memakai purdah sudah ramai di Austria, maka pada masa itu saya akan berusaha untuk mengharamkan wanita daripada memakainya dan saya akan berusaha untuk mengambil tindakan undang-undang untuk mengenakan bayaran denda bagi para wanita yang memakainya di tempat-tempat awam.”

Heinisch Hosek menambah lagi bahawa Islam merupakan suatu ancaman terhadap hak-hak wanita terutamanya dalam membawa ‘dasar tiada toleransi politik’ seperti pemaksaan pemakaian hijab.

****

Semua ini menggambarkan sejauh mana ketandusan keintelektualan yang telah dicapai oleh Barat sehingga menjadikan mereka tidak lagi mampu untuk menerapkan budaya yang mereka yakini yang akhirnya mereka sanggup untuk ‘memakan tuhan’ (hak asasi manusia) mereka sendiri apabila mereka memerlukannya.
Ini juga menjelaskan betapa besarnya ketakutan yang dirasai oleh Barat terhadap pemikiran dan ideologi yang dibawa oleh Hizbut  Tahrir walaupun Hizbut Tahrir tidak melakukan sebarang bentuk akitivti fizikal (kekerasan/keganasan).

sumber: syabab.com