Anggota HT Bangladesh diculik dan diseksa rejim Hasina
Seorang aktivis Hizbut Tahrir yang berani, Ashraful Karim Rakib, 27, telah diculik dengan brutal oleh samseng suruhan Perdana Menteri Bangladesh yang membenci Islam, Hasina, pada tengah malam 23 Disember 2015. Hanya untuk menculik seorang pengembang dakwah yang tidak bersenjata, lebih daripada 20 orang ‘samseng’ Biro Siasatan Polis (PBI) menyerbu rumahnya di timur Dhanmondi, Dhaka.
Sudah lebih 3 minggu penculikan jenayah di tengah-tengah malam itu berlaku, namun rejim Bangladesh masih belum membawa Rakib ke mahkamah. Sebaliknya, Muslim yang tidak bersalah itu telah disumbat ke beberapa penjara rahsia polis di Bangladesh di mana beliau diseksa dengan kejam oleh samseng suruhan Hasina. Setiap hari, beliau dikenakan seksaan terancang selama 2-3 jam hingga menyebabkannya cedera parah yang hampir membawa maut.
Baru-baru ini ibu bapanya berjaya menemui beliau di balai polis tatkala beliau waktu itu dibawa keluar dari tempat tahanan dengan jari-jarinya yang telah remuk dan kecederaan parah di dada dan kaki. Sejak pertemuan itu hingga kini, ibu bapa Rakib tidak lagi mendengar apa-apa berita mengenai anak mereka kerana tidak lagi dibenarkan berjumpanya dan ibu bapa Rakib kini sangat risau akan keselamatannya.
Mereka yang berada dalam PBI dan lain-lain unit polis sepatutnya tidak mengundang murka Allah dengan mentaati arahan keji Hasina yang menjadi musuh Allah. Mereka tidak seharusnya menyeksa aktivis Hizbut Tahrir yang berani itu kerana hasilnya tidak akan ke mana kecuali menambah tekanan, keputus-asaan dan kesakitan kepada mereka sendiri. Mereka sepatutnya berhenti dari mengisytiharkan perang ke atas Allah Yang Maha Kuasa yang mereka tidak akan sekali-kali menang.
Hizbut Tahrir memberi amaran kepada mereka akan azab neraka Allah yang telah dijanjikanNya kepada musuh-musuhNya dan talibarut mereka. Mereka sepatutnya ingat dan waspada akan hari di mana mereka pasti dihadapkan ke mahkamah Khilafah dengan penuh kehinaan beserta dengan rejim Hasina boneka Barat. PBI dan lain-lain unit polis sepatutnya tidak menjual Akhirat demi meraih sedikit habuan dunia yang tidak bermakna. Mereka sepatutnya ingat akan firman Allah SWT,
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar” [Al-Buruj (85):10].