Apa yang kamu begitu geruni dengan Jannat Bespalova ?!
Pihak berkuasa Rusia telah menahan seorang wanita bernama Jannat Bespalova dari rumahnya sejak November 2017 di atas tuduhan penglibatan beliau dalam Hizbut Tahrir, yang mana Hizbut Tahrir telah diklasifikasikan oleh kerajaan Rusia sebagai organisasi pengganas. Bahkan hukuman terhadap anggota Hizbut Tahrir boleh mencecah maksimum sehingga dua puluh tahun penjara. Perbicaraan Jannat Bespalovaakan berlangsung pada 16 Mac ini.
Ulasan:
Ini bukanlah yang pertama kali pihak berkuasa Rusia telah menahan wanita Islam atas dakwaan terlibat dalam pergerakan Hizbut Tahrir dan merampas risalah-risalah penerbitan dan juga buku-buku yang mana pihak Rusia menganggap ia sebagai satu ancaman benar seolah-olah seperti ancaman-ancaman senjata fizikal lainnya . Dokumen-dokumen dan risalah-risalah yang dirampas di rumah tahanan, lelaki baik wanita, dianggap bagi agensi perisik Rusia sebagai senjata yang berbahaya, malah bukti yang mencukupi untuk menghukum mereka yang dituduh memiliki ancaman yang boleh mengancam keselamatan Rusia, dan menurut undang-undang “keganasan”, Hizbut Tahrir di labelkan sebagai organisasi “pengganas” walaupun ia tidak melakukan sebarang keganasan.
Vladimir Putin telah mengeluarkan kenyataan beberapa bulan yang lalu, dengan tegas dia berkata bahawa: “Moscow tidak akan membenarkan Rusia menjadi sebahagian Negara Khilafah” bagi membalas persoalan yang diajukan oleh seorang penerbit dari Amerika. Dia menyambung lagi “Kami tidak akan membenarkannya berlaku, sila beri perhatian supaya Washington tidak menjadi Negara Khilafah”, dalam usaha untuk memberi amaran dan menangani bahaya yang menanti di bandar-bandar di dunia Barat. Walaupun dia menegaskan sebelum ini bahawa agensi keselamatan Rusia ditugaskan untuk memerhatikan rakyat Rusia. Di sini, perlu diketahui bahawa jumlah umat Islam Russia kita telah menjangkau 20% daripada 140 juta keseluruhan penduduk Rusia, sementara penyelidik menjangkakan bahawa agama Islam akan menjadi agama pertama di Rusia menjelang 2050.
Dengan menyenaraikan Hizbut Tahrir dalam senarai gerakan paling berbahaya yang hanya mempromosikan idea “Islamisasi Global “, dan mengembalikan Negara Khilafah yang akan mencabar Rusia, Amerika, Eropah dan seluruh dunia secara intelektual, politik dan kekuatan ideologiny… Inilah yang menjadikan negara-negara Kufur bersatu untuk menentang dan menangkap ahli-ahli HIzbut Tahrir , termasuk para wanita dan ibu-ibu bagi kanak-kanak kecil. Malahan Rusia, menentang Islam dan kaum Muslim serta tidak mempedulikan pandangan dari masyarakat antarabangsa mahupun hak asasi manusia dan organisasi-organisasi antarabangsa ataupun kecaman terbuka oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kami telah menyaksikan jenayah kezaliman & kekejaman Rusia di As-Syam , di mana Rusia telah membunuh kanak-kanak, bayi-bayi , wanita dan lelaki serta menggunakan senjata larangan antarabangsa dan melakukan pembunuhan yang paling dahsyat terhadap saudara-saudara kami di Syria, dengan segala bentuk keganasan dan pemberontakan, dan sokongan penuh kepada jenayah yang dilakukan Bashar. Putin sendiri telah mengesahkan bahawa dia tidak menyokong Bashar sebagai menyokong negara Syria, kerana Rusia takut bahawa Khilafah akan dibangunkan di wilayahnya.
Oleh yang demikian, apa yang amat menakutkan mereka adalah usaha bagi mengembalikan Khilafah Rashidah (khilafah yang benar) dan pembinaan Negara Islam . Hal tersebut menjadi satu mimpi ngeri bagi Rusia dan Rusia bertindak memburu lelaki dan wanita Islam samada di dalam dan di luar sempadannya, dan mereka menentang Islam; dalam keadaan terdesak menentang Islam dari segi ideologinya , peruntukan-peruntukannya, per individu mahupun perkumpulan – walaupun ia kelihatan seakan berjaya untuk menghalang kebangkitan Islam yang semakin kuat biarpun persatuan kuasa-kuasa jahat dan mereka tidak mempercayai Rusia.
Apa yang menakutkan mereka kepada Jannat (Bespalova ) yang suci , adalah ketulenan aqidah yang dimiliki oleh beliau, sehingga meningkatkan keteguhannya , ketegasannya dan kekuatannya, dan menjadikan beliau dapat melihat kelemahan dan ketakutan yang ada pada mereka biarpun dengan penguasaan mereka dan peralatan-peralatan yang mereka miliki, tetapi mereka sebenarnya lemah dan pengecut. Mereka tidak mempercayai agama mereka ataupun ideologi mereka dan idea-idea mereka, sehingga mereka melawan kekuatan pemikiran dengan kekuatan hegemoni, kerana mereka tidak menyedari bahawa idea ini adalah senjata yang lebih kuat dan lebih kuat daripada semua senjata-senjata yang mereka miliki . Senjata-senjata mereka boleh menghancurkan manusia, batu-batuan dan pokok-pokok, tetapi senjata tersebut tidak dapat menghancurkan idea Islam yang sangat hebat. Idea bahawa Deen ini akan diguna pakai, serta idea bahawa Allah menguasai urusannya dan idea bahawa Aqidah ini akan mengembalikan sebuah negara dan tamadun yang akan memusnahkan semua struktur mereka.
Di sini, bagi kamu saudari Jannat , sesungguhnya segala doa untuk anda agar tetap teguh, kerana anda telah menakutkan musuh dengan keperibadian anda dan pemikiran anda, dan dengan Iman anda sebagaiman janji Allah (swt) dan juga Rasulullahnya s.a.w;
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ An Nur(24):55]
Ayat ini sahaja sudah cukup membina kesungguhan dan keteguhan dalam diri kita dan meningkatkan keteguhan dan kesungguhan kita kerana menentang kita!
Nisreen Buzhafiri
Terjemahan daripada: www.khilafah.com