AS, EU sokong sekatan ke atas Iran

BRDO, Slovenia 10 Jun – Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) hari ini memberi amaran kepada Iran bahawa mereka sedia untuk mengambil tindakan susulan bagi menyokong sekatan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), jika Teheran meneruskan program nuklearnya.

 

Presiden AS, George W. Bush yang dalam rangka lawatan ke Sidang Kemuncak EU-AS berkata, Iran mesti menghentikan program nuklearnya atau berdepan dengan pengasingan atau pemulauan.

Sementara Pesuruhjaya Hubungan Luar EU, Benita Ferreo-Waldner berkata, kesatuan itu sedia mengambil tindakan termasuk membekukan aset bank Iran di Eropah.

“Kami mahu menunjukkan kepada Iran bahawa kami serius mengenainya. Kami sedia melaksanakan pendekatan tambahan bagi menyokong sekatan yang dikenakan oleh PBB,” katanya.
– Agensi

Sumber: Utusan Malaysia 11/06/08

Ulasan:

Beginilah perangai orang-orang kafir yang akan sanggup bersatu apabila mereka menghadapi umat Islam. Program nuklear Iran telah lama menjadi ketakutan kepada Barat, khususnya “Israel” dan Amerika. Kedua negara kuasa syaithan ini tidak pernah berdiam diri sebaik mengetahui yang Iran sedang membangunkan projek nuklear. Walaupun telah berkali-kali dinafikan oleh Iran bahawa ia bukan membangun persenjataan, namun ketakutan yang ada Barat membuatkan mereka tak senang duduk.

Inilah yang gagal difahami oleh Iran. Barat sebenarnya takut kepada mereka kerana teknologi nuklear yang mereka miliki. Oleh sebab tekanan yang berterusan di terima oleh Iran, Iran nampaknya semakin tertekan. Walhal jika mereka berpegang kepada hukum Allah, mereka tidak perlu takut kepada Amerika, malah mereka boleh mengugut Amerika untuk melancarkan perang nuklear jika perlu.  Firman Allah,

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari kuda-kuda yang tertambat, yang (dengannya) kamu dapat menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya” [TMQ al-Anfal (8):60].

Terlalu jelas lagi bersuluh bahawa Barat sentiasa membangun kekuatan perang untuk melawan umat Islam, malangnya pemimpin umat Islam langsung tidak berani mengangkat muka dengan Barat. Sudahnya, umat Islam dibunuh di sana-sini tanpa pembelaan sedikit pun dari pemimpin negara umat Islam yang berjumlah puluhan banyaknya. Malah, pemimpin ini kebanyakannya membantu kuffar Barat untuk menghapuskan umat Islam, rakyatnya sendiri.

Kita berdoa dan berusaha agar Khalifah segera muncul untuk menerapkan hukum Allah dan melawan kekuatan Barat dengan kekuatan tentera-tentera Islam yang akan dipimpinnya nanti. Insya Allah.