ATM Tidak Akan Mempertahankan Keselamatan Saudara Seislam Kita Di Afghanistan

ATMPasukan ATM Ke Afghan Bukan Untuk Berperang Tapi Bangunkan Prasarana Perubatan…
MELAKA: Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mengatasi masalah kesihatan rakyat Afghanistan, merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa terhadap kemampuan angkatan tersebut.  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Afghanistan telah memohon kepada Malaysia agar menghantar pasukan perubatan ATM bagi membantu mengatasi masalah itu.  “Kita menghantar kumpulan perubatan ini bagi menterjemahkan keprihatinan kita terhadap masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Afghanistan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Bukit Katil di sini, malam Rabu.  Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas penghantaran satu kontinjen 40 anggota ATM bagi membantu membina semula prasarana kesihatan dan bantuan perubatan di Wilayah Bamyan, Afghanistan.  
Mereka yang akan bertolak ke Afghanistan hari ini, terdiri daripada 10 pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat daripada pasukan Perubatan, pasukan Pergigian serta Elemen Keselamatan Am dan Tadbir di bawah misi Operasi Interim Sokongan dan Bantuan Nasional ke Afghanistan.  Ditanya mengenai usaha menjalin kerjasama Umno dan PAS bagi memperkukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan parti.  Bagaimanapun, beliau berkata orang Melayu keseluruhannya perlu sama-sama memberi komitmen ke arah memperkukuhkan perpaduan kaum tersebut.   “Bukan hanya serah kepada orang politik untuk menentukan kesepakatan ini, ia perlu dibuat secara holistik dan bukannya hanya aspek tertentu sahaja,” katanya.  Hadir sama pada majlis itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Umno bahagian Bukit Katil.

Sumber: mStar Online 15/07/10

WAHAI ATM! TUGAS TENTERA ADALAH UNTUK BERPERANG, BUKAN JADI ALAT KERAJAAN UNTUK MERAIH PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA!

Malu dan hinanya apabila Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan ATM yang dihantar ke Afghanistan itu bukannya  untuk berperang tetapi sekadar untuk melakukan misi kemanusiaan. Ia dikatakan untuk membantu di dalam urusan kesihatan dan perubatan semata-mata. Pemikiran sebegini adalah sesuatu yang amat hina jika kita bandingkan dengan pemikiran yanag dimiliki oleh para pejuang Islam terdahulu. Adalah sesuatu yang amat malang apabila kekuatan dan kecanggihan yang dimiliki oleh ATM pada hari ini hanya digunakan untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa semata-mata dan bukannya digunakan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Wahai umat Islam! Bandingkanlah sekelumit kecil tinta-tinta emas yang mencatatkan sejarah kehebatan tentera-tentera Islam terdahulu sebagaimana contoh kisah yang berlaku pada tahun 711 Masihi, apabila seorang panglima tentera laut Khilafah Umayyah, iaitu Thariq bin Ziad dengan sejumlah kapal perang dan kelasi-kelasi beliau yang berketurunan Afrika melakukan rentasan menyeberangi Jabal Thariq (Selat Gibraltar) untuk membuka wilayah Andalusia. Ia menjadi titik permulaan tamadun Islam yang cemerlang dan gemilang di Andalusia (Sepanyol) selama 800 tahun lamanya. Beliau telah mengarahkan tentera-tentaranya membakar kapal-kapal mereka sebaik sahaja mendarat di bumi Andalusia sebab mereka tidak berhajat untuk berundur balik ke benua Afrika, tetapi mereka telah memberikan diri mereka dua pilihan, sama ada berjuang sehingga mencapai kemenangan dan berjaya membuka wilayah Andalusia dan menerapkan syariat Islam atau mati syahid di dalam peperangan. Akhirnya mereka menang di dalam peperangan tersebut dan ia menjadi titik permulaan penguasaan dan penyebaran Islam di bumi Eropah yang menyaksikan Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang menjadi lampu penyuluh kepada seluruh benua Eropah yang pada ketika itu sedang berada di dalam zaman kegelapan sesudah  kejatuhan empayar Rom. Sehingga kini, nama Thariq terpahat di dalam sejarah Islam sebagai penglima tentera laut yang amat mahsyur dan ternama.

Wahai Zahid! Bukankah di Afghanistan itu kini sedang bermerajalela kekuatan kufur yang diketuai oleh Amerika laknatullah? Kuffar NATO sedang enak membunuh dan menumpahkan darah saudara seIslam kamu di sana tanpa ada rasa belas kemanusiaan dan faktanya kita melihat bahawa tidak ada kekuatan di kalangan tentera umat Islam saat ini yang bergerak untuk berjihad di sana bagi membela dan melindungi nyawa dan darah umat Islam Afghanistan. Sedangkan umat Islam memiliki kekuatan yang cukup luar biasa dari sudut sumber daya manusia mahupun alam. Tetapi malangnya kekuatan itu dipegang oleh para pemimpin sekular yang lemah dan tunduk kepada telunjuk Amerika. Para pemimpin sekular umat Islam hari ini harus bertanggungjawab kerana telah memandulkan dan merantai seluruh anggota tubuh tentera-tentera yang ada pada hari ini. Wahai umat Islam! Yakinlah bahawa  Khalifah yang akan menjadi satu-satunya kekuatan yang akan sanggup dan berupaya untuk membuang dan memutuskan rantai-rantai yang membelenggu para tentera umat Islam kita hari ini.

Hanya Khalifah sahaja yang akan mengembalikan gegak-gempita gema laungan seruan jihad yang akan menyatukan seluruh kekuatan tentera-tentera kaum muslimin dan umat Islam yang ingin turut serta menghancurkan kekuatan kuasa kuffar! Seterusnya mereka akan mara berarak untuk menghancurkan seluruh kekuatan kuffar di Afganistan, Kashmir, Chechnya, Palestin untuk memenuhi seruan jihad fisabilillah di mana-mana sahaja umat Islam berada. Sudah terang lagi bersuluh, kita sudah dapat membaca dengan jelas bagaimana pemikiran Zahid Hamidi itu yang 180 darjah bertentangan dengan pemikiran yang dimiliki oleh Thariq bin Ziad. Begitulah betapa lemahnya para pemimpin sekular umat Islam hari ini di sisi Allah SWT kerana mereka telah diracuni dengan penyakit wahan iaitu kecintaan kepada dunia dan bencikan kematian.