Bangladesh – Episod Baru dalam Perang Menentang Islam

altPada 21 April yang lalu, Presiden Sheikh Hasina mengulangi komitmennya untuk terus berlumba-lumba dalam perang menentang Islam. Antaranya adalah penangkapan yang dibuat ke atas seorang pensyarah senior dalam bidang bisnes dan administrasi di Universiti Dhaka, Prof. Mohiuddin Ahmed, yang juga merupakan jurucakap rasmi Hibzut Tahrir di Bangladesh. Penangkapan itu dilakukan atas arahan daripada tuan-tuannya di Washington, London dan New Delhi.

Penangkapan tersebut dibuat selepas suatu demonstrasi yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir berjaya diadakan di bandar Chittagong. Di dalam demonstrasi itu, anggota-anggota Hizbut Tahrir bersama-sama dengan umat telah memprotes latihan ketenteraan AS-Bangladesh yang dikenali dengan Tiger Shark 2. Ini adalah latihan ketenteraan kali kedua dibuat selepas latihan ketenteraan pertama yang dijalankan pada bulan November 2009. Daripada latihan ini, dapat dilihat dengan jelas persiapan untuk terjunnya Bangladesh di dalam perang bersama Amerika dalam menentang Islam.

Pada masa yang sama, Hizb bersama-sama umat sedang berjuang bersungguh-sungguh untuk menyegerakan supaya tertegaknya Daulah Islamiyah. Amerika, Britain, India dan konco-konco mereka khuatir jika pusat pertama Daulah Islamiyah itu berlaku di Bangladesh, Pakistan dan Indonesia di mana jumlah penduduknya mencecah sehingga 500 juta orang Muslim.

Ketakutan barat itu disuarakan melalui kata-kata bekas komandan tentera Britain iaitu Jenderal Richard Danant, dalam suatu wawancara dengannya dalam stesen televisyen BBC pada 14 Mei 2010. Di dalam wawancara tersebut, dia menegaskan bahawa perang yang berlangsung di Afganistan sekarang dan diperluaskan ke Pakistan adalah perang terhadap Islam. Dia menjelaskan dengan ungkapannya:

“Di sana terdapat rancangan Islami yang jika kita tidak lawan dan hadapi di selatan Afghanistan, atau di Afganistan atau di Asia Selatan, maka keadaannya akan menjadi semakin besar dan serius. Perkara ini penting. Kami menyaksikan semakin meluasnya perancangan itu dari Selatan Asia ke Timur Tengah dan ke Afrika sehingga merubah menjadi Daulah Khilafah seperti dahulu pada abad ke-14 dan ke-15.”

Dalam pada itu, setelah Hizbut Tahrir berjaya menganjurkan demontrasi di Chittagong dan mendapat liputan secara besar-besaran dan meluas oleh media massa serta berjaya membongkar nafsu Amerika di kawasan terbabit, lalu pemimpin salib terus memerintahkan pemerintah Bangladesh untuk menangkap jurucakap rasmi Hizbut Tahrir Bangladesh, Prof. Mohiuddin Ahmed. Pihak polis tidak dapat menangkap seorang pun daripada mereka yang ikut serta di dalam demonstrasi tersebut. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa syabab Hizbut Tahrir membela kepentingan umat dalam menghadapi ketegasan Hasina dalam melindungi kepentingan-kepentingan Amerika di Bangladesh.

Jika kita mengimbas kembali kejadian pada bulan November 2009, maka adalah jelas bahawa selepas Hizbut Tahrir melakukan perarakan demonstarasi menentang latihan ketenteraan Tiger Shark 1, Hizbut Tahrir telah diisytiharkan pengharamannya kerana aktiviti-aktiviti yang dibuat dalam memperbetulkan penguasa. Menteri Dalam Negeri Bangladesh menjelaskan alasan pengharaman itu adalah kerana permusuhan Hizb terhadap pemerintah dan demokrasi.

Prof. Mohiuddin Ahmed telah dijatuhkan hukuman tahanan dalam rumah. Sepanjang tempoh tahanan tersebut, telefon, internet, komputer dan semua peralatan komunikasi beliau diputuskan dan diharamkan penggunaannya. Beliau tidak dibenarkan keluar dari rumah termasuk untuk menunaikan solat Jumaat. Isteri dan anak-anak beliau juga dihalang untuk hidup dengan sewajarnya. Setelah kesabaran Amerika hilang, suatu hari pada tengah malam, anggota polis dengan sesuka hati telah menceroboh ke dalam rumahnya dan menangkapnya. Pada hari berikutnya 22 April, jurucakap rasmi Hizb itu telah dihadapkan ke mahkamah dan dibawa masuk melalui pintu belakang mahkamah dan dia dihalang daripada ditemani peguambela.

Mahkamah telah memanjangkan tempoh penahanan beliau daripada tiga hari kepada empat hari. Beliau didakwa mengatur kembali Hizb ketika beliau berada di dalam tahanan rumahnya, yang mana diawasi dangan sangat ketat oleh pegawai-pegawai polis yang berkuasa dan bersenjata, sedangkan beliau tidak memiliki telefon, internet, komputer atau sebarang peralatan komunikasi yang lain!

Pemerintah Sheikh Hasina tidak berhenti di situ. Pada 22 April, Sheikh Hasina juga telah menangkap wakil jurucakap rasmi Hizb iaitu seorang jurutera komputer yang juga pengusaha hartanah, Morshedul Haque. Pegawai polis telah menangkap beliau di rumah pada tengah malam tanpa sebarang dakwaan. Dakwaan baru dikenakan ke atas beliau di kemudian hari. Seleps itu beliau ditahan pula selama enam hari melalui keputusan mahkamah.  Tetapi kesemua itu langsung tidak melemahkan Hizbut Tahrir.

Mahbubullah, ketua kajian pembangunan di Universiti Dhaka di dalam sebuah wawancara televisyen mengatakan: “Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik berideologi. Tekanan, penjara dan tindakan undang-undang yang menindas tidak mungkin akan menguburkan parti ini. Langkah-langkah itu tidak ada gunanya. Akan tetapi, perlu ada parti politik berideologi yang lain untuk menghadapi Hizbut Tahrir atau untuk mengecilkan pengaruhnya di dalam masyarakat. Oleh kerana tidak ada parti ideologi intelektual di Bangladesh, maka tidak ada seorang pun mampu menghentikan Hizbut Tahrir”.

Pada akhir bulan April yang lalu, Hizb telah memulakan kempen barunya untuk menelanjangi watak Sheikh Hasina dalam bergandingan tangan dengan kaum salib Amerika untuk memasukkan Bangladesh dalam rangkaian baru perang Amerika terhadap Islam. Maka pemerintah pun telah melancarkan penangkapan secara besar-besaran ke atas syabab Hizbut Tahrir.

Pada 30 April 2010, pemerintah telah menangkap seramai 15 orang syabab dari pelbagai daerah di Bangladesh termasuk pemuda yang usianya belum mencecah 18 tahun yang sedang belajar untuk persiapan menghadapi ujian sekolah menengah di salah sebuah sekolah ilmiah di Dhaka. Pemuda yang gagah berani itu menolak untuk menandatangani dokumen yang menafikan hubungannya dengan Hizbut Tahrir sebagai imbalan agar  dilepaskannya.

Pada 10 Mei 2010 pula, pihak pemerintah telah menangkap 13 orang lagi syabab Hizb termasuk empat orang mahasiswa universiti Dhaka yang ditangkap di dalam kampus, guru besar sekolah swasta dan pensyarah di salah sebuah universiti swasta. Mereka semuanya dilemparkan ke dalam tahanan dengan sewenang-wenangnya.

Paling akhir sekali tetapi bukan yang terakhir, pada 17 April 2010, pihak polis terlah menyerang kota Chittagong dan pada tengah malamnya mereka telah memecah masuk rumah Syeikh Umar Rasul, bekas hakim mahkamah dan sekarang bekerja sebagai pensyarah di Jabatan Undang-Undang di Unversiti BGC, yang juga seorang peguambela di mahkamah Chittagong atas dakwaan merancang aktiviti-aktiviti Hizbut Tahrir di daerah Chittagong. Tetapi segala puji hanya bagi Allah, beliau tidak berada di rumah pada waktu itu dan beliau tidak berjaya ditangkap.

Benarlah, kejahatan-kejahatan pemerintah Sheikh Hasina yang tiada batasan ini setanding dengan kejahatan-kejahatan pendahulunya iaitu pemerintah Khaleda Zia. Kedua-duanya setia kepada kaum salib. Pemerintah ini telah menjadi penjahat dalam pembunuhan yang berlaku ke atas sekumpulan pasukan penjaga sempadan Bangladesh seramai 64 orang tentera, bertujuan untuk melemahkan kekuatan pertahanan Bangladesh. Melalui konspirasai bersama India, pemerintah ini telah membenarkan India mengakses ke atas pelabuhan Chittagong dan juga memberi pintu masuk kepada India untuk melemahkan kemampuan Bangladesh untuk menjaga keamanannya.

Pihak pemerintah ini juga menyerahkan puak pemisah India kepada India, sesuatu yang semakin menguatkan lagi keamanan India. Pemerintah ini juga tetap membisu seribu bahasa terhadap India yang melanggar sempadan di daerah Shalhat dan masalah-masalah yang lain. Di samping itu, pemerintah juga mengizinkan Amerika untuk mewujudkan pangkalannya di Bangladesh. Pemerintah ini juga telah merubah tentera Bangladesh menjadi tentera upahan untuk melayani kepentingan Amerika. Pemerintah Bangladesh ini bersama-sama India dan Amerika telah menandatangani kesepakatan kerjasama gabungan anti teroris, di mana ia adalah strategi yang diambil oleh Amerika untuk menyibukkan negeri-negeri Islam. Pihak pemerintah dan agensi keselamatannya yang memerangi Islam dan kaum Muslimin sebenarnya telah menjadi wakil kepada Amerika dan India untuk menghalang kembali tertegaknya Daulah Khilafah.

Hasina perlu sedar bahawa perang ini telah dijalankan oleh pendahulunya dengan segenap kekuatan yang dimiliki. Tuan-tuan mereka  pasti akan kalah apabila kaum Mukmin berjaya meraih kemenangan. Biarlah Hasina memulakannya dalam hari-hari yang tersisa untuknya sebelum Khilafah tertegak. Khilafah akan mengheretnya ke muka pengadilan yang hakiki untuk diminta pertanggungjawaban atas segala kejahatannya dan kerana memenjarakan pemimpin umat yang mukhlis seperti Prof. Mohiuddin Ahmed dan Morshedul Haque.


Abu Hamzah

Anggota Hizbut Tahrir dari Bangladesh

11 Jumaduts Tsani 1431 H / 25 Mei 2010 M

Sumber: syabab.com