Bashar Membinasakan Wanita dan kanak-Kanak ….Di Manakah Tentera Islam dan Para Lelaki?

Kenyataan Akhbar
Bashar Membinasakan Wanita dan Kanak-kanak dengan Membunuh lebih daripada 800 di Banyas! Di Manakah Tentera Islam? Di Manakah Para Lelaki?!
(Diterjemahkan)
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria dan lain-lain, beratus-ratus wanita dan kanak-kanak terbunuh di kebanyakan kawasan di seluruh bandar Banyas,  Syria dan menyaksikan beratus-ratus keluarga melarikan diri kerana takut akan “pembunuhan beramai-ramai terbaru” selepas pembunuhan beramai-ramai di bandar berhampiran, al-Bayda. Tindakan melarikan diri ini berlaku berikutan giatnya pelaksanaan hukuman di khalayak ramai oleh tentera rejim dan militan yang setia di al-Bayda, di mana 29 orang awam termasuk enam kanak-kanak dibunuh, sehari selepas 150 orang dikenakan hukuman; dengan beberapa orang disembelih di jalan-jalan bandar.

Siri pembunuhan, kemusnahan, keganasan dan ugutan oleh Bashar si pembunuh dan rejim hina yang menindas dengan pembunuhan beramai-ramai secara keji yang berterusan ini belum pernah berlaku dalam sejarah moden. Pembunuhan beramai-ramai di al-Bayda dan Banyas membuktikan bahawa Bashar dan rejimnya tidak tergolong dalam umat manusia, kerana hati mereka keras seperti batu, bahkan lebih keras, kerana tragedi ini telah mendedahkan bahawa beratus-ratus mangsa telah dihukum dengan kejam, sama ada ditembak, disembelih atau dibakar.  Menurut Majlis Revolusi Tentera di Banyas, sehingga malam tadi, bilangan yang syahid telah mencapai 800 di al-Bayda sahaja, termasuk keseluruhan keluarga, kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga tua, dan mayat-mayat mereka memenuhi jalan-jalan dan laluan. Terdapat khabar mengatakan lebih daripada seratus orang mati syahid di kawasan Ra al-Nabi ‘di bandar Banyas yang ditakluki oleh Bashar’s Shabiha yang mempunyai tujuan untuk membunuh dan merogol.

Ini semua berlaku sementara masyarakat antarabangsa, yang diketuai oleh Amerika, memerhatikan dengan berdiam diri tanpa apa-apa reaksi, membenarkan penglibatan dan perancangan mereka, walaupun Amerika Syarikat, dalam kenyataan Jennifer Psaki (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat), berterusan menipu dan mendakwa laporan pembunuhan beramai-ramai ini adalah “ngeri”. Manakala jurucakap Rumah Putih, Josh Ernst menegaskan kepentingan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap perlanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa yang serius ini untuk memberikan penjelasan, seolah-olah bukan Amerika yang memerintahkan pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhan kejam yang mengerikan ini kerana ia adalah demi kepentingan mereka. Walaupun fakta-fakta menunjukkan tentang revolusi Syria dan orientasi Islam, konflik ini diperpanjangkan supaya negara Islam tidak ditubuhkan yang akan mengancam kepentingan Amerika dan mengancam kewujudan negara Yahudi dan melemahkan cengkaman dan kesabaran rakyat al-Sham serta memaksa mereka untuk menerima cadangan penyelesaian yang  dangkal untuk mengalihkan mereka sejauh mungkin daripada matlamat mereka penubuhan Khilafah Islam.

Rejim yang memerintah di tanah Arab dan Islam sekarang bukan sekadar rejim yang hina dan pemerintah-pemerintah yang memalukan dan anjing peliharaan, mereka juga bersubahat dengan kezaliman ini kerana sikap pengecut mereka dan kegagalan untuk menyelamatkan orang ramai dan saudara-saudara mereka, padahal mereka bersubahat menentang mereka dan revolusi mereka. Tambahan pula, mereka merasa cukup hanya dengan menerima pelarian yang tiba ke negara mereka melarikan diri daripada pengkhianatan, pembunuhan dan penyembelihan, iaitu, tidak keterlaluan kita labelkannya sebagai kem kematian yang memenjarakan mereka saat mereka tiba.

Ejen-rejim ini tidak menggerakkan seorang pun askar dalam pasukan tentera mereka, atau melepaskan satu peluru pun dari stok simpanan mereka yang dipenuhi dengan senjata dan peluru untuk menyelamatkan wanita dan kanak-kanak al-Sham! Manakala di bawah Negara Islam, peranan tentera Khilafah adalah untuk melindungi umat dan menyokongnya; di mana Khalifah akan mempersiapkan tentera dan kelengkapan; melaungkan takbir sambil tentera turut sama melaungkan “Maju untuk Jihad” demi kemenangan Deen Allah, untuk membela wanita yang merayu meminta bantuan dan memanggil Khalifah, serta menyelamatkan seorang tua atau kanak-kanak yang diseksa. Seorang askar dengan aqidah dan imannya adalah setara dengan keseluruhan pasukan tentera musuh, seperti firman Allah:

((وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ))

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia,…[TMQ al-Hajj (22):78]

Wahai para tentera yang masih berdiam di bereknya:

Cukuplah anda berdiam diri! Adakah tragedi pembunuhan, penyembelihan, kebakaran dan rogol yang dilakukan tanpa henti terhadap wanita, kanak-kanak dan warga tua tidak memicu kemarahan anda?!  Di manakah orang-orang lelaki? Di manakah orang-orang yang mempunyai keikhlasan terhadap agama dan umat mereka? Di manakah pembuat keputusan yang akan bertindak balas demi maruah wanita, darah orang yang mati syahid dan penderitaan orang-orang yang cedera?

Anda tidak dihimpunkan untuk melindungi pemerintah-pemerintah itu atau melawan saudara-saudara seagama anda. Tempat anda bukannya pada sempadan-sempadan tiruan yang dibuat untuk menanamkan konflik dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Sebaliknya, kedudukan anda adalah untuk mempertahankan kaum Muslimin.  Peranan anda adalah untuk menyokong yang Haq (kebenaran) dan Agama Islam, dan juga menyokong mereka yang ingin mengembalikan semula hukum Allah di Bumi ini.  Kami di Hizbut Tahrir, di bawah kepimpinan ulama’ yang terkemuka, pemimpin yang ikhlas Ata ibn Khalil Abu Rashta, menyeru kepada anda untuk memberikan Nusrah (pertolongan) kepada Hizb untuk menubuhkan negara Khilafah untuk membela wanita anda dan darah para syuhada’ anda. Jadi, bersegeralah wahai tentera…Jadi penyokong-penyokong Allah untuk mencapai kemuliaan di dunia dan akhirat.

((فَآَتَاهُمُ اللهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الآَخِرَةِ))

“Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat... [TMQ ali-‘Imran (3):148]

 

Bahagian Muslimah
Di Pejabat Media Pusat
 Hizbut Tahrir