Belasungkawa dan Takziah dari Amir Hizbut Tahrir atas Kematian Jurutera Ismail Al-Wahwah (Abu Anas)

 (Terjemahan)

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

“Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)” [Al-Ahzab (33): 23].

Amir Hizbut Tahrir mengucapkan takziah kepada umat Islam umumnya, dan kepada Syabab Hizbut Tahrir khususnya, atas kematian saudara kita yang terhormat, Abu Anas pada subuh hari Khamis, 18 Mei 2023, di Australia.

Abu Anas rahimahullah merupakan salah satu tiang Hizb. Beliau adalah anggota Maktab al-Amir, dengan sejarah panjang menentang kezaliman, dan teguh di atas kebenaran, tanpa goyah dengan segala cabaran atau ujian mahupun penjara atau seksaan oleh para penguasa diktator. Sebaliknya, beliau senantiasa semakin kuat dan berjuang dengan jujur dan ikhlas dengan izin Allah…

Dalam kehidupan dunia ini, matanya hanya memandang kepada rayah (panji) Rasulullah (saw), yang terus meningkat dari satu kemuliaan ke satu kemuliaan yang lebih tinggi…dan di akhirat sebagaimana firman-Nya:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَهَرٍ* فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa” [Al-Qamar (54) :54-55].

Semoga Allah (swt) merahmati saudara kita dan memasukkannya ke dalam syurga-Nya yang luas, dan mengumpulkannya bersama para Nabi (as), as-Siddiqin, asy-Syuhada’ dan as-Solehin. Kita memohon kepada Allah (swt) untuk kita, untuk keluarganya dan untuk umat Islam, agar menjadi seperti Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang berfirman,

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ * أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya-lah kita kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” [Al-Baqarah (2): 156].

Semoga Allah (swt) merahmatimu wahai Abu Anas, dengan rahmat yang luas…Kami hanya mengatakan apa yang dia (saw) katakan ketika dia kehilangan anaknya dan penyejuk matanya, Ibrahim:

«إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُون»

”Sesungguhnya mata menangis dan hati berduka, namun kami hanya mampu mengucapkan apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Wahai Ibrahim, sungguh kami sangat sedih kerana berpisah denganmu” [HR Bukhari dan Muslim].

Semoga Allah (swt) merahmatimu wahai Abu Anas, sahabat dan teman sejalan kami.. وإنا لله وإنا إليه راجعون (dan sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali).

Saudaramu dan teman sejalanmu,

Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah

Amir Hizbut Tahrir

28 Syawal 1444 H

18 Mei 2023 M