Berwaspadalah! Raja Teroris Dunia Akan Singgah di Indonesia!

Presiden Imperialis abad ini, Barack H. Obama dijadualkan akan berkunjung ke Indonesia pada 20 sehingga 22 Mac ini. Beberapa pegawai negara ini telah pun memberikan reaksi untuk bersiap sedia dalam menerima kedatangan tulang belakang penjajahan Israel ke atas Palestin ini. Semua mengetahui bahawa penjajah Amerika Syarikat telah menumpahkan jutaan darah kaum Muslimin di sepanjang penjajahannya di Iraq dan Afghanistan serta yang sedang berlaku di Pakistan. Apa yang menghairankan adalah bagaimana  negeri kaum Muslimin terbesar di dunia ini (Indonesia) boleh menerima kedatangan Presiden penjajah tersebut sebagai tetamu kehormat?
 
Tetapi masih terdapat kaum Muslimin yang beriman daripada beberapa golongan para intelek kampus sehinggalah para ulama Islam telah bersepakat membantah keras kedatangan Obama ke negeri kaum Muslimin ini. Contohnya, ribuan ulama di Jawa Timur bersama-sama Hizbut Tahrir telah menyuarakan bantahan untuk menerima kedatangan Obama sebagai tetamu. Parti global Islam yang menyeru kepada Khilafah ini akan terus melakukan demontrasi aman dalam membantah kedatangan Obama.
Dalam hujah mereka, Hizbut Tahrir Indonesia mengatakan bahawa terdapat 10 sebab untuk menolak kedatangan Obama, Presiden Negara Penjajah. Sebab-sebab tersebut adalah:

1.    Obama adalah ketua negara dari negara penjajah Amerika Syarikat yang bertentangan dengan sikap politik Indonesia yang anti penjajahan

2.    Kedatangan Obama adalah untuk memastikan dan mengukuhkan Indonesia sebagai negara kapitalis sekular yang telah menjadi sumber pelbagai masalah di Indonesia.

3.    Kedatangan Obama bertujuan mengukuhkan penjajahan ekonomi melalui industri Amerika yang merompak kekayaan alam Indonesia di Aceh, Riau sehinggalah ke Papua.

4.    Kedatangan Obama merupakan sebahagian daripada politik serampang dua matanya di dunia Islam yang ingin menunjukkan imej positif Amerika dalam menutup kejahatannya di negeri-negeri kaum Muslimin yang lain.

5.    Obama memerangi kaum Muslimin di Afghanistan, bahkan menghantar 30 ribu tentera tambahan yang telah mengorbankan ribuan umat Islam termasuk anak-anak, ibu-ibu serta orang-orang tua.

6.    Obama tidak sepenuhnya menarik pasukan AS keluar dari Iraq yang mana sepanjang penjajahan AS di sana telah membunuh lebih daripada 1 juta umat Islam.

7.    Obama hingga ke saat ini masih belum menutup penjara Guantanamo sepertimana yang dijanjikan, yang menjadi tempat penahanan dan penyeksaan umat Islam yang tidak bersalah dan tempat melakukan penghinaan terhadap Islam dan Al Qur’an.

8.    Obama dengan setia menjadi nadi terhadap pencerobohan Israel ke atas Palestin sehingga mengorbankan ribuan nyawa umat Islam.

9.    Obama sama sekali tidak mengecam apabila Israel membunuh lebih kurang 1300 umat Islam di Gaza, bahkan sebaliknya menyokong tindakan kejam Zionis Israel itu.

10.    Status negara Amerika adalah Muhariban Fi’lan kerana membunuh umat Islam secara langsung, adalah haram untuk mengadakan hubungan dalam apa jua bentuk. Islam mengharamkan kaum Muslimin menyambut pembunuh umat Islam yang merupakan musuh Allah SWT dan musuh umat Islam, apatah lagi  menjadikan mereka sebagai sahabat dan tetamu kehormat.

Di kala tenggelamnya isu pengganas di negara ini, perkataan ‘teroris’ kini kembali menjadi perbincangan. Jika pengebom Bali dahulu yang telah mengorbankan beberapa orang sahaja dianggap sebagai teroris, dan pemikiran mereka pun dianggap sebagai teroris, lalu apakah gelaran yang lebih sesuai bagi seorang pemimpin sebuah negara yang telah membunuh hampir sejuta kaum Muslim? Bukan setakat membunuh, tetapi juga telah merampas sumber kekayaan alam dan merampas hak-hak hidup kaum Muslimin. Perkara tersebut terus Amerika lakukan hingga ke hari ini.

Pada tahun 2004, tentera teroris Amerika Syarikat telah melakukan pembunuhan dan pemusnahan ke atas rumah ibadah di Fallujah. Tentera penjajah juga menggunakan senjata kimia merbahaya seperti fosforus putih, yang menyebabkan penderitaan selama-lamanya buat generasi umat Islam di Fallujah. Ayman Al-Qays, pengarah hospital di Falujjah mengatakan bahawa terdapat dua atau tiga kes bayi Fallujah yang lahir dalam keadaan cacat di dua pecan pada tahun 2008. Hari ini anak-anak tersebut telah dikenalpasti mempunyai penyakit jantung dan cacat sistem saraf pusat. Ada juga yang dilahirkan dengan anggota tubuh cacat atau hilang. Jumlah mereka semakin berkembang dari tahun ke tahun.

Namun, apakah layanan kaum Muslimin terhadap pemimpin negara pembunuh umat Islam tersebut? Tidakkah kaum Muslimin dan dunia masih ingat atas pembunuhan dan keganasan yang dilakukan oleh tentara Amerika di Falujjah, Iraq serta pencabulan ke atas kaum Muslimah di negara tersebut, dan pencabulan yang menghinakan ke atas kaum Muslimin di penjara Abu Gharib dan penghinaan Al-Quran di Guantanamao? Apakah yang telah dilakukan oleh kaum Muslimin di negara ini termasuk para pegawai negara dalam menjawab jeritan dan tangisan saudara mereka yang sehingga hari ini menderita akibat perbuatan Amerika? Apakah yang akan kita jawab apabila seorang anak kecil di hari pembalasan nanti berkata, “Umat al-Quran ini tidak memperdulikan aku dan malah berjabat tangan dengan para pembunuh..”.

Sungguh menyedihkan. Apabila kewibawaan umat telah lenyap, pembunuh kaum Muslimin pun boleh dianggap tetamu, bahkan disanjung-sanjung. Ini sangat berbeza jika institusi politik umat Islam iaitu Khilafah berdiri suatu hari nanti. Sang penyatu kaum Muslimin sedunia ini akan mengadili para pembunuh tersebut sehinggalah penjajahan lenyap dan kehidupan umat manusia yang tenteram akan wujud. Kaum Muslimin sepatutnya berwaspada akan kehadiran teroris dunia ke negeri ini!