Bukan perkukuh, tetapi sistem kehakiman sekarang wajib diganti dengan hukum Islam

Berita:

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat yang dianugerahi Darjah Kebesaran Persekutuan hari ini, berazam untuk meneruskan usaha menambah baik sistem kehakiman negara. Tengku Maimun, yang ditemui pemberita selepas istiadat penganugerahan itu di Istana Negara, berkata beliau akan meneruskan agenda penambahbaikan (reform) dalam sistem kehakiman yang telah diusahakan  penyandang jawatan itu sebelum ini. [Sumber: http://www.kosmo.com.my/terkini/tengku-maimun-tekad-perkukuh-sistem-kehakiman-negara-1.967856]

Komentar:

Sistem kehakiman negara mestilah berdasarkan kepada akidah Islam. Justeru itu, sistem kehakiman hari ini bukannya perlu diperkukuh tetapi sebaliknya ia wajib digantikan dengan sistem kehakiman yang menerapkan hukum-hakam Islam iaitu yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber perundangan. Perlu kita akui bahawa bentuk hukuman yang diguna pakai oleh sistem kehakiman hari ini ialah undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah.

Dalam Islam terdapat 4 jenis hukuman yang kesemuanya itu bersumberkan daripada al-Quran dan as-Sunnah, iaitu:

  • Hudud
  • Jinayat
  • Ta’zir
  • Mukhalafat

Cukuplah dua ayat di bawah menjadi peringatan kepada semua pihak terutamanya kepada pihak hakim yang memegang jawatan saat ini untuk mereka bersedia tunduk kepada hukum-hakam yang telah diturunkan oleh Allah (swt).

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ (49) أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ (50)

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan oleh Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia itu orang-orang yang fasik. Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Maaidah (5):49-50]

Ustaz Umar Hussein
Anggota Lajnah Fa’aliyat HTM