Cegah Murtad
Memanglah berita sebegini merupakan suatu yang mengejutkan. Bukan sahaja kerana fenomena murtad yang melanda, tetapi juga cara masalah kronik ini ditangani. Seperti biasa, NGO pula disarankan dan digesa untuk menangani masalah tersebut sedangkan negara (kerajaan) berlepas diri (cuci tangan). Padahal hakikatnya, penyebab kepada berlakunya gejala tersebut adalah akibat kelalaian negara menerapkan peraturan Islam secara menyeluruh, bukannya kerana NGO tidak berperanan.
Bagi sebuah negara sekular, gejala murtad bukanlah soal penting. Ia ‘tidak setaraf’ isu ekonomi kerana hidup-matinya negara sekular seperti Malaysia adalah berdasarkan manfaat. Murtad tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada negara, lantas ia diabaikan, atau kalau diperhatikan pun, hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Gejala murtad adalah bagaikan virus yang akan terus menular dalam masyarakat selagi ia tidak dicegah. Sudah terlambat sekiranya murtad telah berada di hadapan pintu rumah kita, apatah lagi jika murtad telah menjejaki ahli keluarga kita hingga ke dalam rumah. Tidak ada jalan lain untuk menangani masalah murtad ini. Islam menetapkan bahawa negara perlu menghukum orang-orang murtad dengan hukuman bunuh sekiranya mereka enggan bertaubat. Murtad merupakan penghinaan kepada Allah dan Islam, maka selayaknya mereka dibunuh. Namun sebelum hukuman boleh dijalankan, harus ada usaha pencegahan. Dan ini hanya boleh dilakukan melalui sebuah negara Islam yang menerap, memelihara dan mengembang aqidah dan syariah Islam secara total. Negara itu adalah Khilafah, bukan negara sekular seperti Malaysia hari ini.