Celakalah ke atas Rejim Turki Kerana Menzalimi Syabab Hizbut Tahrir

Dua hari sebelum persidangan anjuran Hizbut Tahrir Wilayah Turki di Istanbul, dan sehari selepas pemgumuman Hizbut Tahrir sempena peristiwa memperingati hari pembubaran Khilafah yang didalangi oleh British and agen-agen mereka di kalangan orang Arab dan Turki, dan juga dua hari selepas persidangan Ulama Islam anjuran Hizbut Tahrir Indonesia, iaitu bersamaan hari  Jumaat, 24hb Julai 2009, pemimpin Turki telah melakukan operasi penangkapan syabab Hizbut Tahrir di tempat kediaman para syabab Hizb di 23 buah kota secara serentak, dengan penangkapan ramai syabab dan kini ia dilakukan secara berterusan menandakan bahawa dengan izin Allah, tentera Khilafah yang hanya takut kepada Allah itu kini semakin tiba walaupun para penguasa zalim sekular Turki dan agen-agen Kuffar yang menyamar dengan berpakaian seperti umat Islam berusaha untuk menghalang kemunculannya.
Kedua-dua pihak itu telah bersekongkol di antara satu sama lain walaupun terdapat kepentingan berbeza daripada tuan taghut mereka, bersepakat kerana terdapat kebencian terhadap Islam dan umat Islam. Mereka melakukan komplot terhadap Khilafah dan mereka-mereka yang berusaha untuk menegakkannya, walaupun mereka sendiri tidak dapat bersepakat di antara satu sama lain di dalam pendirian mereka sebelum ini. Walaupun begitu mereka tetap meneruskan penangkapan terhadap syabab dan memburu tentera Khilafah. Ini adalah disebabkan oleh kekhuatiran mereka di mana Khilafah hampir-hampir menurunkan mereka daripada takhta-takhta mereka, selepas mengejutkan mereka daripada tidur.

Mereka sanggup bersekongkol walaupun tidak bersepakat kerana disebabkan oleh rasa kebencian dan marah lalu meneruskan tindakan zalim terhadap syabab Hizb, tetapi kami mengatakan kepada mereka apa yang Allah Subhanahu Wa Taala berkata kepada kuncu-kuncu mereka yang terdahulu,

“Katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.” [Al-Imran ( 3):119]

Dan mereka sepatutnya berfikir bahawa segala tindakan dan rancangan mereka terhadap Hizb adalah merupakan suatu yang akan memusnahkan mereka;

“(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan.” [Al-A’raaf ( 7):39]

Golongan sekular dan mereka-mereka yang menyamar sebagai muslim, tetapi hakikatnya adalah musuh Islam menyangka mereka boleh menghalang Khilafah daripada didirikan, maka mereka semakin menghampiri kebodohan, sekiranya mereka belum jatuh ke dalam kebodohan.

“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!” [Fussilat (41):23]

Dua golongan memikirkan bahawa mereka berjaya menghalang syabab, menghambat usaha syabab dan menjadikan mereka berputus asa, sebenarnya itu adalah angan-angan mereka, atau telah menghampiri angan-angan, sebab tentera Khilafah akan menjadi semakin kuat dengan bertambahnya ujian dan dugaan,

“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.” [Al-Imran ( 3):173-174]

Kedua-dua golongan yang bertindak untuk menghalang usaha Hizb untuk berbulan-bulan, atau berhari-hari, atau berjam-jam lamanya, sebenarnya mereka telah terperangkap di dalam kejahatan oleh tindakan-tindakan mereka.

“Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?” [At-Tuur ( 52):32]

Impian mereka yang kafir dan mereka yang sombong adalah memasuki syurga, tetapi harapan mereka mustahil seperti perumpamaan mahu memasukkan seekor ke dalam lubang jarum.

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.” [Al-A’raaf( 7):40]

Dan kepada mereka sama ada daripada kedua golongan itu, di mana hatinya tetap dalam Islam dan ayat-ayat Allah telah mempengaruhinya, bacalah firman Allah, Al-Qawwi, Al-Azeez,

“Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” [Al-Buruj, 85:8-10]

“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” [Al-Ahzab, 33:58]

Dan ingatlah kepada ucapan Rasulullah SAW;

“Dan sesiapa yang menyakiti hati Waliku (yang dekat kepada aku), maka dia telah memusuhi aku” [Tabaraani di dalam Al-Kabir daripada Abu Umaama].

Dan sabda Ralulullah (SAW.) lagi,

“Dan sesiapa yang memusuhi Awliya (yang dekat kepada Allah) Allah, akan kelak dimusuhi Allah” [Hakim diriwayatkan sebagai  sahih daripada  Mu’aadh bin Jabal].

Tidak dinafikan bahawa sesiapa yang memusuhi Allah Subhanahu Wa Taala dengan jelas akan memperolehi kerugian, dan akan tergolong di kalangan mereka-mereka yang sesat daripada Allah Subhanahu Wa Taala dan RasulNya Salallahu alaihi wa Salam dan mereka adalah dari kalangan yang dimurkai,

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghinaakan” [Al-Mujadilah, 58:5]

Dan kami daripada Hizbut Tahrir, memberikan peringatan yang keras kepada golongan sekular Turki, agen-agen British, dan mereka-mereka yang berpura-pura muslim tetapi hakikatnya adalah musuh Islam yang merupakan agen kepada Amerika, bahawa Khilafah semakin hampir dengan izin Allah, dan akan kembali semula kepada tempatnya yang dahulunya berakhir, kembali ke Istanbul, kembali ke kubu kuat Islam, dan pada ketika itu muka-muka golongan kafir dan zalim akan dihinakan.

“Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. “ [Ash-Shu’raa, (26):227]

Hizb ut Tahrir
3 Sya’ban 1430
25 Julai 2009