Diktator Rusia dan Rejim Asia Berhimpun di Tashkent untuk Memerangi Hizbut Tahrir
Pertemuan ini berlangsung beberapa hari selepas tragedi serangan keretapi bawah tanah yang berlaku di Moskow dan bandar Kizlyar di Caucasus Utara Rusia, Republik Dagistan.
Pada 29 Mac yang lalu, dua ledakan bom telah menggegarkan stesen Park Kultury dan Lubyanka pada pagi tersebut yang telah mengorbankan seramai tiga puluh sembilan orang dan ramai lagi yang cedera. Pada hari Rabu pula, dua ledakan di Kizlyar telah mengorbankan dua belas orang. Tindakan keganasan ini akhirnya menjadi dalih dan ‘alasan empuk’ bagi rejim setempat untuk membanteras gerakan-gerakan Islam termasuk para pejuang Khilafah yang berjuang tanpa keganasan.
Sergei Smirnov mengatakan bahawa para peserta dalam pertemuan tersebut membincangkan pembentukan kumpulan kerja ahli tetap yang akan menyelaraskan usahasama anggota-anggota SCO yang bertujuan untuk memerangi organisasi antarabangsa Hizbut Tahrir.
SCO juga membahaskan bantuan sokongan terhadap Rusia dalam menjamin keselamatan di sepanjang perayaan Hari Kemenangan pada tanggal 9 Mei ini. Kerjasama dengan kawasan-kawasan dan organisasi-organisasi antarabangsa yang lain sebagai tanggungjawab untuk memerangi terorisme dan ekstrimisme juga diharapkan dapat dibahas, kata Smirnov.
Organisasi Kerjasama Shanghai itu terdiri daripada Rusia, China, dan republik-republik bekas Kesatuan Soviet iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.
Uzbekistan ialah tempat berlangsungnya pertemuan tersebut di mana ia terkenal dengan rejimnya yang korup dan sangat aktif dalam memerangi kaum Muslimin. Di bawah kepemimpinan Yahudi Karimov, mereka tidak segan silu untuk melakukan keganasan terhadap kaum Muslimin bahkan membunuh mereka.
Tragedi Andijan pada bulan Mei 2005 lalu tidak boleh dilupakan. Ketika itu, ribuan kaum Muslimin dibunuh dengan muncung senjata Karimov yang dibantu oleh tentera-tentera Rusia. Kebanyakan yang terkorban adalah anggota dan para pendukung Khilafah dan Hizbut Tahrir.
Negara-negara di Asia Tengah benar-benar tidak mampu dalam menghadapi debat intelektual yang sentiasa diseru oleh kumpulan Hizbut Tahrir. Di bawah slogan “perang melawan teroris”, rejim korup negara-negara bekas Soviet tersebut terus menerus melakukan penangkapan terhadap para pengembang dakwah yang ikhlas bekerja untuk memberikan penyelesaian Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Perkara itu terus menerus berlaku sehingga ke hari ini.
Ketika kaum Muslimin di Asia Tengah terus menerus diuji keimanan mereka dengan penentangan ke atas dakwah dalam bentuk penganiayaan, propaganda jelek dan pemboikotan, maka apakah alasan kaum Muslimin di negeri Muslim terbesar di dunia ini (Indonesia) yang berdiam diri bahkan mengkhianati perjuangan mereka dengan berjabat tangan dengan idea-idea demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan.
Sudah sampai masanya kaum Muslimin bersatu padu kembali dengan mengambil Islam dan segera mewujudkan kehidupan Islam di bawah naungan Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan jalan kenabian yang mana apabila tiba waktunya, ia (Khilafah) akan mengadili Rusia dan rejim-rejim bekas Kesatuan Soviet ini atas tindakan kejam mereka terhadap kaum Muslimin, insyaAllah. Allahu Akbar!
Sumber : www.syabab.com