Dilarang menganjurkan Persidangan Khilafah, Aktivis Hizbut Tahrir Palestin ditangkap

Jurucakap Hizbut Tahrir Palestin di Ramallah, Baher Saleh mengatakan sekurang-kurangnya 1000 aktivis Hizbut Tahrir telah ditangkap oleh penguasa ketenteraman awam Palestin pada hari Sabtu (2 Ogos 2008) di Ramallah dan Tulkarem,
ketika mereka mengadakan persidangan memperingati kejatuhan Khilafah.  Penguasa Sekular Palestin mengikut perintah dari Amerika supaya terus berusaha untuk menghentikan seruan Khilafah di bumi isra’ wal mi’raj tersebut.
Saksi yang berada di tempat kejadian mengatakan akibat dari tindakan keras pasukan ketenteraman awam itu, puluhan anggota HT mengalami luka-luka yang mana sebahagian besar dari mereka adalah kaum wanita dan anak-anak.  Pihak berkuasa Palestin juga melarang para wartawan untuk melakukan liputan berita di beberapa hospital yang menjadi tempat rawatan mereka yang tercedera.
 
”Saya menyaksikan bagaimana pihak media telah diancam oleh pihak berkuasa untuk menghentikan liputan kegiatan ini yang penuh dengan ganguan dan kekejaman dari pihak berkuasa awam,” kata Issam.

Menurut saksi kejadian lagi, lebih dari 5,000 anggota polis dan pasukan ketenteraman awam dikerah untuk melakukan penangkapan terhadap para aktivis HT yang berkumpul di sekitar lebih 15 tempat yang setiap satunya seramai lebih kurang 300 orang.

“Saya berada di sebuah hospital dan ternampak seseorang yang luka dikepalanya. Beliau memberitahu saya bahawa Penguasa Sekular Palestin telah menangkap 10 orang dan salah seorangnya adalah lelaki tua yang mukanya dipenuhi darah,”kata saksi kejadian.

Dalam kenyataan sebelumnya, Baher Saleh mengatakan bahawa beberapa hari sebelum itu HT telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Palestin agar membenarkan  mereka mengadakan persidangan di Ramallah itu kerana mereka hanya berkumpul secara damai memperingati hari kejatuhan Daulah Khilafah. ”Kami juga tidak melanggar sebarang peraturan di Palestin kerana kami telah memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti kami. Undang-undang tidak mewajibkan kami untuk meminta izin dari pihak berkuasa tetapi cukup dengan hanya memaklumkan,”, katanya.

Hubungan HT Palestin dengan Pihak Berkuasa Palestin terus tegang sejak akhir tahun 2007, setelah pihak berkuasa Palestin melarang aksi damai yang di rancangkan oleh HT untuk membantah Persidangan Anapolis Disember 2007.  Pihak berkuasa Awam telah memaksa puluhan ribu aktivis HT yang berkumpul untuk bersurai dengan melepaskan gas pemedih mata dan seorang syabab HT Palestin dilaporkan maut didalam kejadian itu.

Menurut sumber, tindakan kejam dari pasukan keamanan tersebut adalah diperintahkan oleh Keith W. Dayton, seorang tentera Amerika Syarikat yang sekarang memegang jawatan sebagai Koordinator Keamanan AS untuk Pihak Berkuasa Palestin-Israel.

Seruan Khilafah yang dilaungkan oleh HT, sebuah parti politik Islam yang dikenali melakukan perjuangan intelektual (pemikiran) tanpa menggunakan kekerasan ini seringkali berhadapan dengan tindakan kejam dan ancaman pihak penguasa yang tidak mahukan Islam dan Khilafah kembali di muka bumi.