DISKUSI MUSLIMAH: Muslimah Menuju Hijrah Yang Hakiki

10 November 2013, Bangi – Sempena Maal Hijrah 1435H, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) telah menganjurkan Diskusi Muslimah dengan tajuk ‘Muslimah Menuju Hijrah Yang Hakiki’ bertempat di Bilik Seminar Khilafah Centre, Seksyen 7. Diskusi Muslimah pada kali ini menampilkan 3 orang panel iaitu Ustazah Ummu Hajar, Dr. Ainul Shuib dan Puan Sumayyah Amar dan dikendalikan oleh saudari Huda selaku moderator.

Diskusi Muslimah pada kali ini mengajak para Muslimah untuk menelusuri dan mencermati peristiwa Hijrah Rasululullah SAW agar para Muslimah dapat memahaminya secara benar dan seterusnya dapat mengambil iktibar dari peristiwa besar ini untuk diterapkan di dalam kehidupan.

Ummu Hajar selaku panel pertama terlebih dahulu menceritakan kisah Hijrah Rasulullah saw dan menjelaskan bahawa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukan hanya sekadar perubahan tempat malah perubahan daripada keadaan umat Islam ditindas dan dihalang untuk melaksanakan syariat Islam kepada Islam dimenangkan dan syariat Islam diterapkan ke atas masyarakat.

Dr.Ainul Shuib selaku panel ke dua menjelaskan makna Hijrah dari segi bahasa dan syarie. Beliau juga menjelaskan hukum-hukum yang terkait dengan Hijrah ketika telah tertegaknya Daulah Islam di mana hukum-hukum ini berubah mengikut kemampuan dan keadaan seseorang itu. Dr. Ainul menjelaskan bahawa sekiranya seseorang yang masih tinggal di Darul Kufur, yang mana keadaan mereka masih mampu melaksanakan syariat Islam dan mereka bukan dari golongan yang lemah, mereka dituntut untuk berusaha dengan segala keupayaan mereka untuk mengubah Darul Kufur tersebut menjadi sebahagian daripada Darul Islam.

Panel ketiga iaitu Puan Sumayyah Amar, pula mengajak para hadirat merenung kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap umat Islam. Ditinjau dari pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sosial, umat Islam masih lagi dalam posisi terkebelakang, mundur dan keadaan ini semakin parah. Keadaan ini menuntut umat Islam termasuk para Muslimah untuk bangkit dan bergerak menegakkan Islam secara kaffah di dalam seluruh aspek kehidupan.

Diskusi pada kali ini dibahagikan kepada dua pusingan diikuti sesi soal jawab dan penggulungan. Program pada kali ini turut disiarkan secara live streaming di laman sesawang rasmi Hizbut Tahrir Malaysia iaitu www.mykhilafah.com.

Di dalam sesi penggulungan ketiga-tiga ahli panel menyeru kepada seluruh kaum Muslimin khususnya para Muslimah untuk bangkit menuju Hijrah yang Hakiki iaitu penerapan Islam secara kaffah dan sesuai dengan fitrah di bawah naungan Daulah Khilafah Rasyidah di atas minhaj kenabian Rasulullah SAW.

MHTM mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang hadir pada program kali ini dan mengikuti Diskusi secara live streaming. Semoga Allah SAW memberikan kita taufik dan hidayah serta kekuatan untuk bangkit dan memperjuangkan Islam.

Wallahu A’lam Bissawab.