Enggan minta maaf atas pengeboman Hiroshima: Bukti keangkuhan AS sebagai negara pengganas
Ketegasan Amerika Syarikat yang enggan meminta maaf terhadap pengeboman yang dilakukannya ke atas bandar Hiroshima semasa penghujung Perang Dunia Kedua dahulu jelas memaparkan betapa angkuhnya negara Uncle Sam itu.
Pernyataan tersebut dinyatakan oleh salah seorang pegawai Jabatan Luar Negara AS yang menyertai rombongan John Kerry ke Jepun sewaktu persidangan G7 baru-baru ini. “Jika anda bertanya apakah Setiausaha Luar Negara datang ke Hiroshima untuk meminta maaf, jawapannya adalah tidak,” ujar pegawai tersebut kepada wartawan sebagaimana yang dilaporkan oleh Washington Post.
Demikianlah betapa sombongnya AS selaku negara pengganas. Semenjak bangkit menjadi kuasa besar dunia pasca Perang Dunia ke-2 sehingga ke hari ini, kita dapat lihat akan polisi-polisi luarnya yang berlagak seperti polis dunia tanpa menghiraukan hak-hak negara lain.
Dasar “might makes right” yang diamalkan oleh AS semakin menjadi-jadi setelah keruntuhan Kesatuan Soviet yang sekali gus telah menjadikannya sebagai sebuah negara adidaya tanpa pesaing yang setaraf.
Di samping menggunakan kekuatan ketenteraan, AS turut melebarkan hegemoninya ke seluruh dunia melalui kelicikan diplomasi dan penjajahan ekonomi melalui agensi dan badan kewangan dunia yang menjadi instrumen dalam menjayakan agendanya. Negeri-negeri kaum Muslimin antara mangsa enak bagi AS, bahkan menjadi agenda utama yang tidak akan dilepaskannya.
Seluruh dunia tahu yang hakikatnya Amerika-lah negara pengganas terbesar dunia. Penggunaan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, serta teknik “firebombing” yang digunapakai sewaktu Perang Dunia ke-2 merupakan fakta sejarah yang tidak terbantah bagaimana AS mula muncul sebagai pengganas utama dunia.
Berdasarkan catatan perang, sesungguhnya Jepun pada penghujung 1944 telah pun mulai mempertimbangkan untuk menyerah kalah, lama sebelum bom atom dijatuhkan ekoran ‘sekatan yang berkesan di perairan dan pengeboman konvensional’ [Memoir I Was There, Admiral William Leahy].
Atas dasar itu, justifikasi yang digunakan bagi mewajarkan pengguguran bom atom tidak dapat diterima akal sama sekali. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan daripada Jeneral George C. Marshal yang memantau Projek Manhattan yang menyatakan bahawa keputusan pengeboman ini dibuat atas dasar politik, bukannya ketenteraan.
Penggunaan bom atom tersebut bertujuan untuk meletakkan AS sebagai kuasa baru dunia pada waktu itu – sebuah matlamat yang berpaksikan kepentingan politik dan bukannya atas dasar strategi ketenteraan.
Inilah kejahatan dan keangkuhan kuffar Amerika, yang sedikit pun tidak merasa bersalah atas segala malapetaka yang telah mereka lakukan kepada masyarakat dunia. Sama sebagaimana kejahatannya ke atas umat Islam yang diperanginya habis-habisan atas nama perang melawan pengganas, AS dengan bongkak dan bangganya membunuh umat Islam tanpa merasa bersalah sedikit pun.
Inilah wajah hodoh sebuah negara yang merasakan diri mereka hebat. Mereka lupa bahawa ada kuasa yang Maha Hebat dan Maha Perkasa yang senantiasa mengawasi mereka dan seluruh alam ini, yang sudah pasti tidak akan membiarkan AS dengan kejahatannya selamanya.
AS boleh angkuh sekarang selagi belum munculnya kuasa besar lain yang menjadi tandingannya, dan AS tahu bahawa kuasa besar itu akan muncul tidak lama lagi. Kuasa besar tersebut tidak lain adalah Negara Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, yang tatkala ia muncul nanti, AS akan pasti berlutut, itu pun jika lututnya masih kuat pada waktu itu.