Food Flotilla mesti pergi bersama ketumbukan tentera

Derita umat Islam Myanmar (Rohingya) dilihat bagai tiada kesudahannya, dengan kekejaman demi kekejaman yang mereka hadapi daripada pihak pelampau Buddha dan rejim Myanmar. Rentetan dari respons rakyat Malaysia terhadap perkembangan terkini di Arakan, Perdana Menteri Malaysia dikhabarkan akan melepaskan misi pelayaran “Food Flotilla for Myanmar” di Pelabuhan Klang pada 3 Februari ini sebagai salah satu usaha untuk meringankan penderitaan Muslim Rohingya [Utusan Online, 12/1/2017].

Pelayaran Food Flotilla sebelum ini telah tertangguh disebabkan tidak mendapat izin masuk daripada rejim Myanmar. Namun setelah itu, Pengerusi Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Zahidi Zainul Abidin mendakwa tentera Myanmar mengenakan cukai terhadap bantuan tersebut dan menikmatinya bersama sami Buddha secara haram [Berita Harian, 21/12/2016].

Perkara tersebut bukanlah suatu yang di luar jangkaan. Apa yang kita harapkan jika kita berurusan dengan rejim yang dahagakan darah umat Islam? Justeru, bukan sahaja bantuan kemanusiaan seperti ini tidak sampai ke tangan mereka yang memerlukan, malah sampai pula ke tangan si pembunuh!

Sayangnya penaja misi tidak pernah memahami bahawa misi bantuan kemanusiaan seperti ini semata-mata tidak akan pernah menyelesaikan masalah. Kita bukan sekadar ingin “meringankan” beban mangsa, tetapi kita ingin menghapuskan terus masalah mereka daripada puncanya. Ini kerana, selagi punca kepada masalah tidak dihapuskan, maka selagi itulah masalah mereka tidak akan selesai dan kita akan terus menyaksikan pembunuhan demi pembunuhan dan kezaliman demi kezaliman dilakukan ke atas mereka.

Kita harus memahami bahawa masalah Muslim Rohingya sebenarnya saling tak tumpah dengan masalah penindasan ke atas umat Islam lainnya seperti di Kashmir, Palestin dan Bosnia satu ketika dulu. Realitinya, mereka dibunuh oleh rejim kafir kerana agama mereka adalah Islam, tidak ada sebab lain. Bukan sekadar itu, mereka diseksa secara sistematik, dibakar rumah dan perkampungan mereka dan dihalau keluar dari tanahair mereka sendiri. Inilah realiti yang terjadi di Rakhine ke atas Muslim Rohingya.

Justeru, bantuan kemanusiaan semata-mata yang bersifat sementara tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Mungkin hari ini mereka dapat menikmati makanan, pakaian dan perubatan yang kita sumbangkan, tetapi hari esok belum tentu mereka akan dapat hidup lagi. Mengapa kita hanya sibuk untuk meringankan beban “mangsa”, tetapi tidak pernah terfikir untuk menghapuskan “pemangsa”, walhal kita semua tahu bahawa selagi ada pemangsa, selagi itulah mangsa tidak akan selamat? Apa guna memberi makan dan mengubati pelanduk yang cedera sedangkan harimaunya langsung tidak dipedulikan dan terus dibiarkan menerkam pelanduk!?

Sesungguhnya masalah Muslim Rohingya hanya dapat diselesaikan dengan dua cara:-

Pertama: Pemerintah kaum Muslimin menghantar tentera untuk berjihad di Myanmar. Jika pemerintah tidak melakukannya, maka pasukan tentera wajib bergerak tanpa menghiraukan pemerintah yang memaksiati Allah ini. Hanya dengan terhapusnya pemangsa, maka Insya Allah tidak akan ada lagi mangsa dan masalah akan dapat diselesaikan dengan tuntas.

Kedua: Jika cara yang pertama di atas tidak berlaku, dan sememangnya tidak berlaku hingga ke hari ini, maka usaha-usaha dakwah untuk menegakkan kembali Negara Khilafah wajib terus digencarkan yang dengan tertegaknya perisai umat Islam ini nanti, Khalifah akan pasti menggerakkan bala tentera ke Myanmar dan ke seluruh dunia untuk menyelamatkan umat Islam yang dizalimi oleh puak kuffar laknatullah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu laksana perisai, di mana orang akan berperang dan berlindung di belakangnya. Jika dia memerintahkan takwa kepada Allah dan berlaku adil, maka dengannya dia akan mendapatkan pahala. Tetapi, jika dia memerintahkan yang lain, maka dia juga akan mendapatkan dosa/azab kerananya” [HR Bukhari dan Muslim].

Sudah berapa banyak bantuan kemanusiaan yang dihantar untuk membantu umat Islam di seluruh dunia, namun tidak pernah menyelesaikan masalah. Misi yang sama pernah dihantar untuk membantu Muslim Rohingya pada tahun 2012, namun ternyata pelampau Buddha dan rejim Myanmar terus rakus membunuh, merogol, menyeksa dan melakukan segala bentuk kekejaman ke atas Muslim Rohingya. Sampai bila kita ingin sedar bahawa bantuan kemanusiaan tanpa ketumbukan tentera untuk melakukan jihad fi sabilillah, tidak akan menyelesaikan masalah, malah menjadikan para penguasa Muslim terus selesa berada dalam kebaculan dan pengkhianatan ke atas umat Islam?