Forum – Gaza Berdarah, Di manakah Kita?
Alhamdulillah sambutan yang diberi amat menggalakkan. Dewan Kuliah Masjid Al Ubudiyah itu bukan sahaja dipenuhi oleh Muslimin dan Muslimat yang tinggal di Shah Alam tetapi juga dari luar. Terdapat peserta yang terpaksa mendengar dari luar dewan kerana tempat duduk yang penuh di dalam dewan. Bagaimanapun, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka untuk terus kekal hingga ke akhir program.
Apabila moderator membuka ruang persoalan, suasana forum agak hangat apabila para hadirin tidak sabar-sabar untuk bertanya soalan mahupun melontarkan pendapat masing-masing. Secara umumnya para hadirin bersetuju dengan penyelesaian yang di rumuskan oleh ahli-ahli forum mengenai cara penyelesaian yang sebenar terhadap isu Gaza iaitu dengan menggerakkan bala tentera negeri-negeri kaum Muslimin ke Gaza untuk membalas kebiadaban Israel laknatullah. Malangnya tidak ada seorang pemimpin umat Islam yang ingin atau sanggup melakukannya. Selain jihad, penyelesaian yang hakiki hanya dapat dicapai apabila tertegaknya Daulah Khilafah, yang mana Khalifah akan pastinya menghantar bala tentera ke Gaza bagi menyelamatkan saudara-saudara kita di sana, seterusnya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Israel.
Selain dari forum, para hadhirin turut dihidangkan dengan tayangan video bertajuk “Ila mata (Sampai Bila)” yang mana rata-rata mereka menumpukan sepenuh perhatian dan tersentuh emosi dengan video yang dipaparkan
Di sepanjang forum tersebut, pameran tentang Palestin dan Khilafah turut di adakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para peserta.
Di kesempatan ini, Hizbut Tahrir Malaysia ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Muslimin dan Muslimat yang hadir, dan tak lupa, kepada pihak masjid yang memberi kerjasama yang amat baik kepada HTM.
Kami berdoa semoga usaha ini diberkati dan mendapat keredhaanNya dan di buka pintu hati umat Islam untuk bergerak menegakkan agama Allah dengan jalan mengembalikan semula Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah.
Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dirakam untuk dikongsi bersama:-