Forum Terbuka HTM kupas peranan Islam sebagai solusi kehidupan

Kuala Lumpur – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan sebuah forum terbuka bertajuk “Islam Solusi Kehidupan”, pagi tadi bertempat di Khilafah Centre, Kuala Lumpur. Forum tersebut mengupas mengenai peranan dan kedudukan Islam selaku sebuah mabda’ (ideologi) yang diwahyukan sebagai solusi kehidupan manusia.

Majlis dibuka dengan ucapan alu-aluan serta bacaan ayat suci al-Quran, sebelum diteruskan oleh Sdr Mashudah selaku moderator bagi memulakan forum yang membariskan dua orang pimpinan pusat HTM iaitu Sdr Barakath dan Sdr Mus’ab selaku ahli panel.

Dalam forum tersebut, kedua-dua ahli panel membentangkan realiti yang terjadi di negara ini di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan serta implikasi perlaksanaan polisi-polisinya, termasuk terhadap kedudukan Islam di negara ini.

Mereka juga menjelaskan bagaimana Islam berperanan sebagai solusi kehidupan dalam menyelesaikan permasalahan demi permasalahan yang tercetus pada hari ini.  Ahli panel turut menegaskan peranan tersebut akan hanya dapat direalisasikan secara tuntas apabila syariat Islam diterapkan secara kaffah (menyeluruh), serta keterkaitannya dengan kewajipan mendirikan semula Khilafah Rasyidah. Di samping itu, hadirin turut dijelaskan mengenai method yang perlu ditempuh untuk menegakkan semula Khilafah berdasarkan manhaj yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Mereka kemudiannya menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam sesi soal jawab sebelum menutup majlis dengan rumusan daripada forum yang disampaikan. Forum Islam Solusi Kehidupan ini turut disiarkan secara langsung melalui akaun rasmi Facebook HTM.