Gaza terus diserang, pemerintah umat Islam terus khianat
BANDAR BARU BANGI, 15 Nov – Sekali lagi dunia dipaksa untuk melihat serangan dan keganasan yang dilancarkan oleh entiti haram Israel ke atas Gaza yang telah menyebabkan 34 kematian rakyat Palestin.
Sehubungan itu, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) menegaskan bahawa serangan entiti haram Israel ke atas Gaza sejak sekian lama akan terus berlarutan sekiranya tidak ada tindakan yang efektif dan benar untuk menyelesaikannya.
Pimpinan Pusat HTM, Ustaz Muadz Abu Thalhah berkata, hal itu disebabkan oleh diamnya para pemerintah umat Islam, khususnya yang berada di negara-negara Arab yang hanya menyaksikan pembantaian umat Islam di Palestin tanpa sedikit pun mahu menggerakkan kekuatan tentera untuk menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin.
Tambahnya lagi, tentera-tentera kaum Muslimin telah dirantai kakinya oleh para pemerintah, bahkan apa yang lebih menyedihkan dengan kekuatan tentera yang ada pula digunakan untuk membantai sesama umat Islam.
“Pemerintah umat Islam hari ini langsung tidak mahu menggerakkan tentera untuk selamatkan umat di Palestin dan di negara-negara lain seperti Kashmir, Xin Jiang , Rakhine dan lain-lain. Ini merupakan satu kelalaian dan pengkhianatan, bahkan lebih menyedihkan, mereka gunakan kekuatan tentera yang ada untuk membunuh umat Islam sendiri seperti yang dapat kita lihat apa yang dilakukan oleh Arab Saudi ke atas Yaman,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengulas tentang genjatan senjata yang dilakukan antara pihak entiti haram Israel dengan kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin itu sebagai perkara yang tidak akan membawa sebarang makna.
Menurutnya sebelum ini lagi sudah banyak kali gencatan senjata dibuat setelah entiti haram tersebut menyerang Gaza, tetapi selepas itu serangan tetap juga berlaku kerana sikap orang-orang Yahudi yang sememangnya suka mengkhianati perjanjian.
“Allah SWT dah sebut dalam al-Quran sebagai peringatan, orang-orang Yahudi ini memang suka langgar perjanjian, mereka ini tidak boleh dipercayai.
“Lihat berapa banyak kali entiti haram Israel itu tidak akur dengan genjatan senjata bahkan bertindak seperti seorang samseng jalanan,” katanya.