Ghouta dimusnahkan dengan dahsyat dan wanita-wanitanya mengangkat senjata. Dimanakah tentera-tentera umat Islam ?!

Laman media rasmi dan media sosial melaporkan imej-imej yang mengerikan mengenai serangan, pembakaran dan penghapusan lebih daripada 400,000 orang Islam di Ghouta Timur. Hadi al-Abdullah, aktivis Syria, berkata dalam akaun Facebooknya: “Mereka tidak dapat mengira para syuhada. Dalam tempoh dua hari, lebih daripada 200 orang telah mati syahid “.

Komen:

Ghouta Timur: Tanah berlakunya peperangan agung  seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dan merupakan tempat bekalan makanan rejim. Lokasi ini telah diusahakan oleh rejim selama bertahun-tahun untuk dikuasai demi mempertahankan laluan bekalan dan perlindungan yang selamat untuk Lapangan Terbang Damsyik dari pengeboman pihak revolusi. Di atas tanah ini rakyatnya dibunuh secara kejam, menyerupai dengan apa yang terjadi di Grozny, Chechnya’s oleh Rusia beberapa tahun yang lampau.

Adakah senario Aleppo berulang? Adakah ianya perancangan untuk membawa balik apa yang berlaku di Grozny? Dengan berita utama seperti ini,  Al Jazeera tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Seolah-olah ketakutan yang sampai ke seluruh tubuh umat tidak mencukupi untuk menjatuhkan moral dengan tajuk-tajuk utama seperti itu,  yang menunjukkan walaupun secara tidak langsung, akibat hasil kekalahan yang pasti seperti dahulu!

Imej yang menyedihkan muncul dari Ghouta ketika mereka muncul dari Aleppo dan Homs. Walau bagaimanapun, kali ini kekejaman rejim dan kroninya lebih besar berbanding di Aleppo dan Homs, seperti yang dikatakan para aktivis. Seorang janin yang terkeluar dari perut ibunya dalam kedaaan sudah tidak bernyawa dan cacat akibat ibunya dibakar hidup-hidup, dan selepas kulit ibu pecah. Satu laras tembakan ke dalam dada seorang kanak-kanak yang berumur tidak lebih dari sepuluh tahun, yang kesalahannya adalah bahawa dia adalah seorang Muslim!

Tetapi, di tengah-tengah kejadian menakutkan ini, sabda Rasulullah saw terhadap penduduk di bumi As-Syam terbukti benar,  dengan izin Allah, kerana mereka adalah umat yang sentiasa bersiap siaga umat yang terbaik di bahagian bumi yang Allah  paling sayangi.  Mereka adalah penduduk yang hebat yang telah mengharungi peperangan yang agung.

Tidak ada putus asa dan tiada merasa lemah. Jadi, kita menyantuni mereka dan Allah adalah sebaik-baik yang membalas. Imej video yang diterima, memaparkan  wanita-wanita telah mengangkat senjata dan membentuk batalion pertempuran bersama lelaki, dan seorang ibu yang baru kehilangan anak kesayangnya menuju ke medan pertempuran.

Kesungguhan yang berlaku, serta penceritaan realiti dengan jujur, tidak memalsukan fakta dan tidak membebankan orang-orang Ash-Syam lebih daripada apa yang mereka dapat tanggung. Ya, mereka teguh, tegas, dan meneruskan jihad mereka. Tetapi mereka juga adalah sebahagian dari Ummah yang hebat dimana mereka telah dimalukan kerana walaupun adanya tentera dan penguasa umat Islam, tetapi mereka membiarkan umat ini menderita tanpa menyelamatkan mereka, sebaliknya menyerahkan mereka kepada pembunuh, yang mencemarkan kehormatan dan tubuh badan mereka dengan berdiam diri dan berserah diri.

Wanita-wanita  yang keluar membawa senjata, mereka juga berteriak: Kami adalah anak-anak perempuan Umat Muhammad, kami adalah waniat-wanita Islam, jadi dimanakah  Umat Islam dan dimanakah  tentera umat Islam ?!

Airmata derita telah mengguris hati-hati kaum Muslimin yang hanya mampu berkata-berkata. Di sini kita teramat terluka dan sakit hati dengan pembakaran dan penyerahan Ghouta: Kami berseru dengan para wanita Ghouta “Wahai tentera-tentera kaum Muslimin… sahutlah panggilan Allah dan bantulah  hamba-hambaNya. Kerana demi Allah: sama ada penghormatan kamu di tempat tinggal sementara mahupun yang abadi  atau kehinaan demi penghinaan di dunia ini dan penyeksaan azab yang pedih lagi menyakitkan di akhirat:

(إلا تنفروا يعذبكم عذابا أليما ويستبدل قوما غيركم ولا تضروه شيئا والله على كل شيء قدير)

“Jika kamu tidak pergi berjihad , Dia akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan akan menggantikan kamu dengan orang lain, dan kamu tidak akan membahayakan Dia sama sekali. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. ” [TMQ At-Taubah (9):39]

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh Bayan Jamal

Sumber khilafah.com